Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/29

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
29
Universiti dan Kolej Universiti


mengadakan, mengikut Akta ini dan Perlembagaan Kolej Universiti itu, pelajaran tinggi dalam cawangan pelajaran yang ditentukan;
(b) memberikan nama kepada Kolej Universiti itu; dan
(c) menentukan letaknya tapak tempat Kolej Universiti itu akan didirikan.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melalui suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.


Perlembagaan Kolej Universiti


21. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa meminda Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti itu.

(3) Peruntukan Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.

(4) Apa-apa perkara yang dilakukan atau pelantikan yang dibuat untuk dan bagi pihak Kolej Universiti sebelum tarikh Perlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh atau bagi pihak Kolej Universiti itu.


Pemakaian peruntukan dalam Bahagian III kepada Bahagian ini


22. Subseksyen 6(2), seksyen 7, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 15A, 15B, 15D, 16, 16B, 16C dan 17 yang terpakai bagi sesuatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mutatis mutandis terpakai bagi sesuatu Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan sebagai