Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/28

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
28
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia


(f) tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan segala wang yang kena dibayar atau yang dibayar dari mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah skim simpanan apabila mati seseorang pencarum hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat pencarum yang mati itu atau apabila pencarum itu mati tidak berwasiat, atau mengikut penamaan dalam borang yang ditetapkan di bawah skim itu, akan tetapi tidak boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka pencarum itu atau tidak boleh digunakan untuk membayar hutangnya.


Peruntukan peralihan


18. Yang di-Pertuan Agong boleh, mengenai Perlembagaan, mengadakan apa-apa peruntukan peralihan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud mencapai tujuan Universiti.


BAHAGIAN IV

KOLEJ UNIVERSITI


Larangan ke atas penubuhan Kolej Universiti


19. Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf Kolej Universiti boleh ditubuhkan kecuali mengikut peruntukan Akta ini atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.


Perbadanan dan penubuhan sesuatu Kolej Universiti


20. (1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan negara supaya suatu Kolej Universiti ditubuhkan dia boleh dengan perintah—

(a) mengisytiharkan supaya ditubuhkan suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Kolej Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud