Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/50

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
50
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


Rujukan skim pelesenan kepada Tribunal


27C. (1) Jika semasa skim pelesenan dikendalikan pertikaian berbangkit antara pengendali skim pelesenan itu dengan—

(a) seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki suatu lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya skim pelesenan itu terpakai;
(b) suatu pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang sedemikian; atau
(c) seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai, pengendali, orang atau pertubuhan itu boleh merujukkan skim pelesenan itu kepada Tribunal setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan itu.

(2) Suatu skim pelesenan yang telah dirujukkan kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.

(3) Tribunal hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah skim pelesenan itu setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.


Rujukan lanjut skim pelesenan kepada Tribunal


27D. (1) Tertakluk kepada subseksyen 2, jika Tribunal telah atas suatu rujukan terdahulu skim pelesenan di bawah seksyen 27B atau 27C atau di bawah seksyen ini membuat suatu perintah berkenaan dengan skim pelesenan itu, maka, semasa perintah itu tetap berkuat kuasa—

(a) pengendali skim pelesenan itu;