Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/49

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
49
Hak Cipta


(b) mempersembahkan, menunjukkan atau memainkan karya itu kepada awam;
(c) menyampaikan karya itu kepada awam;
(d) menyiarkan semula karya itu;
(e) menyewakan secara komersial karya itu kepada awam; atau
(f) membuat adaptasi karya itu.

(2) Bagi maksud seksyen 27B hingga 27G, "skim pelesenan" ertinya mana-mana skim pelesenan yang diperihalkan dalam subseksyen (1).


Rujukan skim pelesenan yang dicadangkan kepada Tribunal


27B. (1) Terma suatu skim pelesenan yang dicadangkan untuk dikendalikan oleh suatu badan pelesenan boleh dirujukkan kepada Tribunal oleh mana-mana pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang yang mendakwa bahawa dia menghendaki lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya skim pelesenan itu terpakai, sama ada secara am atau berhubungan dengan mana-mana perihalan hal.

(2) Tribunal hendaklah pertamanya memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh menolaknya atas alasan bahawa rujukan itu adalah terlalu awal.

(3) Jika Tribunal memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan perkara yang dirujukkan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah skim pelesenan yang dicadangkan itu, sama ada secara am atau setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4) Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.