Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/19

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
19
Hak Cipta

"Timbalan Pengawal" ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pengawal di bawah subseksyen 5(2) atau (3);

"Tribunal" ertinya Tribunal Hak Cipta yang ditubuhkan di bawah seksyen 28; dan

"warganegara" termasuklah seseorang yang, sekiranya dia masih hidup pada hari berkaitan, adalah layak menjadi warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Penerbitan

4. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, bagi maksud Akta ini—

(a) sesuatu karya sastera, muzik atau seni atau sesuatu edisi karya tersebut, hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan karya itu telah disediakan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah, sama ada melalui jualan atau sebaliknya;

(b) sesuatu filem hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan filem itu telah dijual, disewakan atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan dengan persetujuan penciptanya atau manamana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah;

(c) sesuatu rakaman bunyi hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan rakaman bunyi itu telah disediakan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah; dan

(d) suatu persembahan yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu salinan atau salinan-salinan persembahan yang ditetapkan itu telah disediakan dengan persetujuan pelaku dengan cara yang