Surat Saudagar Priya

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search

Barang maklum kiranya hadhrat kekanda maka daripada hal adinda berlayar daripada Pulau Pinang pergi ke Perak. Maka sampai ke Perak mudiklah adinda ke ulunya. Maka sampai adinda ke Ulu Perak itu berjalanlah adinda turun ke Ulu Pahang ada kira-kira dua bulan di jalan dalam hutan rimba. Maka dengan tolong Allah sampailah adinda ke Pahang. Maka serta adinda sampai ke Pahang maka adinda men[d]engarlah khabar kekanda itu saudagar Nasruddin sudah kembali ke rahmatullah. Maka serta adinda men[d]engar khabar itu terbanglah arwah adinda daripada sangat percintaan dan kedukaan. Maka apa boleh buat sudah untung nasib. Demikianlah sudah takdir Allah melakukan atas hamba-Nya. Maka berlayarlah adinda dari Pahang ke Terengganu. Maka serta sampailah adinda ke Terengganu bertambah-tambah percintaan adinda melihatkan segala anak-anak kekandaa itu sudah jadi yatim dan melihatkan rumah tinggal gampung. Maka segala harta bendanya pun habis diangkat orang bawa masuk ke dalam dan pakaian anak-anak kekanda pun habis diambil orang bawa masuk ke dalam dan segala anak-anak kunci habis dibawa di dalam. Maka sampai adinda pun tiadalah dipulangkan orang sesuatu pun kepada adinda hingga yang Dipertuan suruhkan adinda berniaga jual beli tetapi barang sesuatu dagangan hendak dikeluarkan dari gedung pergi beritahu ke dalam. Maka datang orang dari dalam membawa anak kunci membuka gedung. Maka hal adinda ini dibuat orang antara percaya dengan tiada sudah untung. Demikian itu tetapi insha Allah Ta'ala pada musim ini adinda memohon juga ke bawah Duli yang Dipertuan hendak pulang mengadap bonda dan kekanda sekelian.

Diperbuat surat pada sembilan likur hari bulan Muharram pada sanah 1208(H/1792M)