Page:Pengasuh Bil 1/2

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has not been proofread.

2 Pengasuh - Bilangan 1 pada 1 Syawal 1335 - 11 Julai 1918


yang berbahagia maka tiada tersembunyi pada sesi mereka yang

memperharikan ummah yang telah terdiri dengan ketinggian dan yang telah
jadi di dalam tiap-tiap perlumbaan kehidupan ialah tulisan
pelajaran dan bahas yang menerangkan segala ehwal kejadian maka
diketahuilah daripadanya tiada beratur kehidupan ummah dan tiada dapat
mencapai bunga-bungaan perhiasan kelebihannya melainkan kemudian daripada telah
menerima bagi dirinya pelajaran yang tinggi dan melatihkan dengan
latihan adab yang sempurna serta menjadikannya pakaian yang lazim
bagu seluruh anggotanya.

Ilmu itu penggal bagi manusia dan perbendaharaan segala

hakikat dan dengan dia boleh menolaki segala bencana dan menyampaikan
kepada perhinggaan yang betul dan ialah syarat dan rakan yang
menambatkan kelebihan. Kemuliaan dan kesentosaan pada dunia dan akhirat
telah diketahui ummah di dalam alam ini telah jadi berlebih
kurang kuasanya dan tinggi rendah martabatnya ialah dengan sebab
pengetahuan dan amalannya maka menyeru akan kita beberapa surat-surat
khabar dan majalah Melayu, Arab dan lainnya dengan berbagai-bagai
seruan ialah semata-mata kerana hendak meninggikan jenis bangsanya
kepada beberapa lapis langit kemuliaan dan kesempurnaan maka
setengah daripadanya mendirikan tiang tujuan dengan ilmu, setengahnya
dengan siasah. Setengahnya dengan perniagaan dan pertukangan maka
"Pengasuh" mengambil tanggungan dengan adab kerana ia setengah
daripada ilmu yang memaniskan dan menyempurnakan manusia dan dengan dia
membawa berjinak-jinak setengah dengan lain dan dengan Allah kami berserah.

Dato' Seri Paduka Raja

Mahmud bin Ismail


Naib Yang di-Pertua Majlis Yang Kehormat

Kemanusiaan


Adalah kejadian manusia itu semulia-mulia kejadian di sisi Tuhan

kita ?? ??nya "wa laqad karamna Nabi Adam" ertinya :-sungguhnya
telah kita ?? ?? anak Adam, dan seelok-elok kejadiannya

dengan dalil firman-Nya "wa laqad khalaqnal insana fi ahasani taqwim"
ertinya :- dan sungguhnya kita telah jadikan manusia itu pada
seelok-elok perdirian, dan ialah suatu makhluk yang banyak diamat
amati akan dia oleh Tuhan daripada yang lain dengan dalil firman-Nya
"wa hual lazi khalaqa lakum ma fil ardh jami'a" ertinya:- Dan
iaitu Tuhan yang menjadi segala barang yang ?? dalam bumi kerana kamu.

Sungguhnya dengan hal yang demikian ?? ??lah makhluk yang daif

dengan dalil firman-Nya "wa khalaqal insana daifa" ertinya:-
dan dijadikan manusia itu daif ?? tiada boleh ia buat
segala pekerjaan itu ?? atau pekerjaan adat
istimewa pula pekerjaan berhimpun itu ?? pekerjaan yang disuruh
bagi mereka yang tiada cukup menjaga dirinya maka lazim
daripada berhimpun itu beberapa perkara yang ?? buat akan dia
dan beberapa pula perkara yang ditegah ??nya.

Bermula dalil atas suruh berhimpun ?? setengah akan setengah

itu sembahyang jemaah pada tiap-tiap waktu ?? jalan fardu
kifayah dan sembahyang Jumaat atas jalan fardu ain dan membuat
haji sekali setahun fardu kifayah atas ?? umum dan seumur
sekali fardu ain atas jalan ??. Jangan kita
sangka bahawa segala suruhan dan tegahan itu suatu yang
mudaratkan kita dan memberi manfaat kepada ?? kerana ia Tuhan
Yang Maha Suci daripada mengambil faedah daripada ?? perbuatannya.

Adalah segala makhluk itu terbahagi ?? ?? bahagi pertamanya

tiada bernyawa seperti langit bumi dan ?? dan keduanya
yang bernyawa itu terbahagi pula kepada tiga ?? pertamanya bangsa
yang berakal yang sunyi daripada hawa nafsu iaitu malaikat dan
kedua berakal serta ada hawa nafsu iaitu manusia ?? dan
ketiganya bernafsu sahaja iaitu segala binatang. Bangsa yang kedua
itu jika ia taat, terlebih afdal daripada bangsa yang pertama
dan jika ia derhaka, lebih rendah daripada bangsa yang ketiga.

Tatkala adalah berhimpun manusia itu pekerjaan yang lazim seperti

perkataan hukma? "al-insan madani bil tabi" ertinya:- Manusia