mari mengadap duli sah alam patik pi[n]ta diperhamba ke bawah duli sah alam kerana berapa salah patik ini berbuat kebaktian kepada raja iraq tiada juga kelihatan padanya maka patik dengar khabar duli sah alamlah yang sangat mengasih akan anak hulubalangnya sekelian inlah sebab maka patik mari hendak berhambakan diri ke bawah duli sah alam maka titah raja tabustan baiklah engkau duduklah di sini bersama-sama dengan hamba maka lalu dianugerah ia oleh baginda akan ta'if itu daripada emas dan perak serta dikurniai serta adat hulubalang dan dikurniai rumah dan kampung adapun adat raja tabustan itu tiga hari sekali ia berjamu sekelian hulubalangnya makan minum maka tatkala itu ta'if itu pun dihadir mengadap raja tabustan setelah bawa cawan seorang minum itu maka mabuklah maka ia pun bercakaplah sembahnya demikian cakapnya ya tuanku shah alam tiada siapa yang lebih daripada patik melawan seteru musuh shah alam itu dan berbagai-bagailah cakapnya ta'if itu maka jadi ditertawa oranglah masing-masing men[d]engarkan cakap ta'if itu dan segala menteri hulubalang pun tertawa akan cakap ta'if itu maka baginda pun tiada berkenan akan cakap ta'if itu dalam hati baginda haruslah orang tiada berguna pada raja arak pun tiada berkenan kerna lawak barang katanya maka ta'if itu pun (setanti?) seraya berbuat kebaktian pada baginda itu maka pada suatu malam raja tabu setana men[d]engar bunyi suara katanya telah keluarlah aku siapa dapat mengembalikan aku setelah didengar raja bunyi suara itu maka
Page:Hikayat Bayan Budiman.djvu/14
Appearance