Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/5

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.


7. Tujuan jangka panjang Komunis itu tidak pernah berubah, tetapi tipu muslihat dan chara²-nya, baik yang di-pegang mahu pun yang di-pakai-nya, ada-lah berubah² dan kerap kali teramat lichin. Di-Persekutuan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya dengan sifat-nya sa-bagai perwakilan tempatan Pergerakan Komunis Dunia ada-lah merupakan ikhtiar yang utama yang boleh di-dapati oleh Komunis² itu untok menggalakkan faham Komunis di-sini. Perkara ini bukan-nya-lah ikhtiar yang tunggal kerana ada juga badan² luar yang sama bekerja. Semenjak di-adakan Congress yang ke-²0 Parti Komunis Soviet Union pada tahun 1956, empat chara yang ada berkaitan ada-lah di-gunakan untok mengembangkan pengaroh Komunis di-negeri² yang bukan Komunis dan juga di-Persekutuan Tanah Melayu :

(a) Mendirikan Alat² Parti.

8. Suatu perishtiharan yang di-terbitkan dalam Persidangan Komunis di-Moscow pada bulan November, 1957 telah menegaskan peranan penting Parti² Komunis kebangsaan dengan berkata "Parti² Komunis ada mempunyai tanggong-jawab yang mustahak terhadap kapada untong nasib peratoran socialis* dunia dan pergerakan Komunis antara bangsa."

9. Sa-bagaimana di-dalam semua Parti Komunis yang tulin, diri persa-orangan ahli² Parti Komunis Malaya ada-lah terikat satu sama lain pada fahaman-nya dengan jalan menerima ajaran² theori faham Marx-Lenin dan kewajipan menyebarkan theori² sa-umpama itu. Perishtiharan Moscow pada bulan November, 1957, itu berkata : " . . . . pelajaran pegawai² Parti dan ra'ayat sakalian mengikut faham Marx-Lenin ia-lah suatu tugas yang mustahak bagi Parti² Komunis." Parti² Komunis ada-lah berdasarkan kapada sususnan dan tatatertib Parti Komunis Soviet Union; maka sa-panjang yang mengenai diri persa-orangan ahli², ini berma'ana ia telah menerima penoh bukan sahaja ajaran Komunis bahkan juga tatatertib Parti yang keras, dan


* Komunis² menggunakan perkataan "faham sosialis" itu dalam erti kara yang istimewa untok menggambarkan chara susunan Kerajaan yang ada di-negeri² Komunis. Tafsiran Komunis itu, jangan-lah di-kelirukan dengan erti perkataan itu dari segi demokrasi.