Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/60

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
60
AKTA 30
Undang-Undang Malaysia



Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan Kaedah-Kaedah


28. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Lembaga boleh membuat, meminda atau membatalkan mana-mana Kaedah.

(2) Draf mengenai sesuatu Kaedah berkenaan dengan—

(a) apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan 27(a), (b), (c), (d) dan (i); atau
(b) apa-apa perkara dalam bidang kuasa Senat,


hendaklah dicadangkan oleh Senat; dan Lembaga boleh meluluskan draf itu atau merujukkannya kembali kepada Senat dengan apa-apa pendapat atau cadangan untuk pindaan, dan tiada Kaedah sedemikian boleh dibuat sehingga Senat telah bersetuju dengannya.


Peraturan-peraturan


29. (1) Lembaga dan Senat boleh masing-masing membuat peraturan-peraturan mengenai tatacaranya sendiri.

(2) Lembaga boleh selepas berunding dengan Senat membuat peraturanperaturan mengenai tatacara Jawatankuasa Pemilih.

(3) Senat boleh membuat peraturan-peraturan mengenai tatacara sesuatu Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut atau Jawatankuasa Pengajian, atau mana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tertakluk kepada bidang kuasa Senat.

(4) Senat boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan kursus pengajian atau sukatan pelajaran bagi peperiksaan.

(5) Peraturan-peraturan boleh dibuat oleh mana-mana Pihak Berkuasa jika Pihak Berkuasa itu diberi kuasa oleh Perlembagaan ini, Statut atau Kaedah-Kaedah.


Menyiarkan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan


30. (1) Apabila sesuatu Statut atau Kaedah baru dibuat, dipinda atau dibatalkan tiap-tiap Statut, Kaedah, pindaan atau pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.

(2) Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa hendaklah disiarkan dalam bentuk buku mengikut lat tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga, dan naskhahnya hendaklah diadakan untuk dibeli oleh orang awam dengan harga yang berpatutan.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—