Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/27

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.
27
Universiti dan Kolej Universiti


(b) tertakluk kepada apa-apa amanah atau kuasa budi bicara tentang penggunaannya yang diberikan oleh mana-mana Akta atau kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan kepada Universiti atau orang lain yang mentadbirkan skim simpanan itu, semua wang dan faedah yang terbit daripada mana-mana skim simpanan itu hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat pencarum yang mati atau apabila pencarum itu mati tidak berwasiat;
(c) tiada apa-apa derma atau caruman kepada sesuatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan atau apa-apa bunga atas derma atau caruman itu boleh diserahhakkan atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau tentang apa-apa jua hutang atau tuntutan melainkan hutang yang kena dibayar kepada Universiti;
(d) tiada apa-apa derma atau caruman atau bunga boleh tertakluk kepada hutang pencarum dan juga tiada apa-apa derma, caruman atau bunga itu boleh berpindah kepada Ketua Pengarah Insolvensi apabila pencarum menjadi bankrap, akan tetapi jika pencarum dihukum menjadi seorang bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut hukuman Mahkamah, derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan Perlembagaan dan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan, disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya apabila pencarum mati;
(e) kebankrapan seseorang pencarum tidak menghalang potongan yang dibuat daripada gaji pencarum mengikut mana-mana Akta atau kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan tetapi sebaliknya potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong itu tidak boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;