Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/64

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
64
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


(4) Lesen yang diberi di bawah seksyen ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diluaskan sehingga termasuk pengeksportan salinan:

Dengan syarat bahawa penghantaran salinan kepada negara lain oleh Kerajaan atau mana-mana pertubuhan Kerajaan tidak akan menjadi eksport jika semua syarat berikut dipenuhi:

(a) penerimanya adalah individu yang menjadi rakyat Malaysia atau pertubuhan yang mengumpulkan individu sedemikian;
(b) salinan itu hanya akan digunakan bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan;
(c) penghantaran salinan itu dan pengedarannya kepada penerima kemudiannya adalah tanpa maksud perdagangan; dan
(d) negara ke mana salinan itu dihantar telah bersetuju dengan Malaysia untuk membenarkan penerimaan, ataupun pengedaran itu atau kedua-duanya.

(5) Lesen itu adalah sah hanya bagi penerbitan terjemahan di dalam Malaysia dan semua salinan yang diterbitkan di bawah lesen tersebut hendaklah mengandungi notis dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain menyatakan bahawa salinan itu adalah tersedia bagi pengedaran di Malaysia sahaja.

(6) Mana-mana lesen yang diberi di bawah seksyen ini akan tamat jika suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain dan dengan kandungan yang sebahagian besarnya sama dengan yang baginya lesen itu telah diberi telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya dengan harga yang semunasabahnya berkaitan dengan yang dikenakan di Malaysia bagi karya yang setanding dengannya:

Dengan syarat bahawa mana-mana salinan yang telah dibuat sebelum lesen tamat boleh, walau bagaimanapun, terus diedarkan sehingga stok kehabisan.

(7) Jika karya yang akan diterjemahkan mengandungi sebahagian besarnya ilustrasi, tiada lesen boleh diberi di bawah seksyen ini.