Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/104

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
104
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

Melindungi pemberi maklumat daripada diketahui


56. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui.

(2) Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa, dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah, mengandungi apa-apa pencatatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat mana ia perlu untuk melindungi pemberi maklumat dari diketahui.

(3) Jika semasa perbicaraan mengenai apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, mahkamah setelah menjalankan siasatan penuh terhadap kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat secara tidak sah di sisi undang-undang telah membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya adalah palsu atau tidak dipercayai sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak berkenaan tanpa identiti pemberi maklumat diketahui, maka adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menerima pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.


Perlindungan bagi Penolong Pengawal dan pegawai polis


57. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh diambil, dimulakan atau dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibenarkan dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-