Pantun

From Wikisource
Jump to: navigation, search


== Pantun Kasih == :Nasi lemak buah bidara : sayang selasih hamba lurutkan; :Buang emak buang saudara :kerana kekasih hamba turutkan :Dua tiga kucing berlari :mana nak sama si kucing belang; :Dua tiga boleh kucari :mana nak sama dikau seorang :Tanam selasih di tengah padang :sudah bertangkai dirubung semut; :Kita kasih orang tak sayang :halai-balai tempurung hanyut :Anak beruk di kayu rendang :turun mandi ke dalam paya; :Biar buruk di mata orang :cantik manis di mata saya :Limau purut lebat di pangkal :sayang selasih condong di uratnya; :Angin ribut dapat ditangkal :hati kasih apa ubatnya :Nasi lemak buah bidara :sayang selasih saya lurutkan; :Buang emak buang saudara :kerana kasih saya turutkan :Sekali pergi menuba :sekali ikan merambat; :Sekali adik disapa :setahun rindu terobat daripada : park chanyeol kkkk lol

Pantun Nasihat[edit]

Apa guna berkain batik
kalau tidak dengan sucinya;
Apa guna beristeri cantik
kalau tidak dengan budinya
Pulau Pandan jauh ke tengah
gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang jua
Siakap senohong
gelama ikan duri;
Bercakap bohong
lama-lama mencuri
Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti;
Hutang emas dapat dibayar
hutang budi dibawa mati
Tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut
budi baik rasa nak sanjung
Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa
Ada ubi
ada talas;
Ada budi
ada balas


Jalan-jalan ke pasar baru
Jangan lupa beli sagu
Janganlah engkau melawan ibu
Kerana syurga ada di telapak kaki ibu

orang sipit sama smess sidavid sama messi

ni ada pantun buat lo dari gua marcel zakaria == Pantun Sindiran ==

Mengata dulang
paku terserepih;
Mengata orang
kamu yang lebih
Sudah gaharu
cendana pula;
Sudah tahu
bertanya pula
Puas sudah kutanam padi
nenas juga dimakan orang;
Puas sudah kutanam budi
emas juga dipandang orang
Buah langsat kuning mencelah
senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah
tanduk tidak berguna lagi
Pinggan tak retak
nasi tak dingin;
Engkau tak hendak
aku tak ingin ok!!!! ><

Pantun Pelbagai[edit]

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
Kalau roboh Kota Melaka
papan di Jawa hamba dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata
badan dan jiwa hamba serahkan
Chau Pandan anak Bubunya
hendak menyerang kota Melaka;
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung di air mata
Kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati
Kalau subang sama subang
kalau sanggul sama sanggul;
Kalau hilang sama hilang
kalau timbul sama timbul

Pantun Berkait[edit]

Kupu-kupu terbang melintang
terbang di laut di hujung karang *
Hati di dalam menaruh bimbang
dari dahulu sampai sekarang *#
Terbang di laut di ujung karang *
burung nasur (nasar) terbang ke Padang *#*
Dari dahulu sampai sekarang *#
banyak muda sudah kupandang *#*#
Burung nasur terbang ke Padang *#*
bulunya lagi jatuh ke Patani *#*#*
Banyak muda sudah kupandang *#*#
tiada sama mudaku ini *#*#*#
Bulunya lagi jatuh ke Patani *#*#*
dua puluh anak merpati
Tiada sama mudaku ini *#*#*#
sungguh pandai memuji muji

MARCEL ZAKARIA NX'wolez