Page:Hikayat Bayan Budiman.djvu/7

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has not been proofread.

terlalu kerja tuan itu apabila datang tuan laki-laki nescaya diadukannyalah pekerjaan tuan itu dalam kejahatan jadilah malu akan orang akan seperti hamba ini tiadalah mau melihatkan tuan jatuh pada jalan kejahatan yang keji pada dunia akhirat pada niat hamba hendakkan bertambah-tambah kebajikan tuan daripada sehari-hari ini kerana kasih tuan terlalu amat banyak akan hamba maka laku ini datanglah seperti hikayat seekor bayan yang dicabut bulu oleh isteri seorang saudagar demikianlah tuan dengan hamba jika jahat sekalipun tuan perbuat akan hamba nescaya kebajikan juga hamba balaskan baiklah tuan segera pergi pada anak raja itu maka datang tuan lelaki pun atas hambalah membunyikan rahsia tuan itu maka sahut bini khoja maymun betapa peri hika yat bayan dengan isteri saudagar itu maka kata bayan pergilah tuan dahulu bertemu dengan anak raja itu karena lama ia menanti pada fikir hamba terlebih baiklah tuan bertemu dengan kekasih tuan itu dahulu kemudian hamba ceterakan maka kata bibi jainab hikayatkan juga dahulu kemudian aku pergi maka lalu diceterakan oleh bayan itu alkisah inilah hikayat cetera yang kedua kata bayan ada seorang saudagar laki isteri menaruh seekor bayan terlalu bijaksananya maka terlalulah kasih saudagar akan bayan itu seperti anaknyalah sehari-harilah ia duduk ber kata-kata dengan isterinya ia hendak berlayar maka bayan itu ditinggalkan pada isterinya serta ia berpesan pada isterinya jika tuan kasih akan hamba hendaklah tuan peliharakan bayan