Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/98

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
98
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.


Kuasa untuk memintas komunikasi


50B. (1) Walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, Pendakwa Raya, jika difikirkannya bahawa apaapa komunikasi berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang relevan bagi maksud apa-apa penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh, atas permohonan Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, membenarkan pegawai itu untuk memintas atau mendengar apa-apa komunikasi yang dipancarkan atau diterima oleh mana-mana komunikasi.

(2) Apabila seseorang dipertuduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima dalam perbicaraannya sebagai keterangan.

(3) Kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.

(4) Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen itu ialah keterangan konklusif bahawa dia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangannya.

(5) Tiada seorang pun berada di bawah apa-apa kewajipan, tanggungjawab atau tanggungan, atau dengan apa cara jua dipaksa, untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, gaya atau cara, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, apaapa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).