Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/9

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
9

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 332

AKTA HAK CIPTA 1987

Suatu Akta bagi membuat peruntukan yang lebih baik dalam undang-undang berhubungan dengan hak cipta dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

[1 Disember 1987, P.U. (B) 586/1987]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hak Cipta 1987 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

(2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia.

Takat pemakaian

2. (1) Tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 59A dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 59A, Akta ini hendaklah terpakai berhubungan dengan karya yang dibuat sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini sebagaimana ia terpakai