Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/84

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
84
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


BAHAGIAN VIB

PENGEHADAN TANGGUNGAN PEMBERI
PERKHIDMATAN


Tafsiran


43B. Bagi maksud Bahagian ini—

"rangkaian lain" ertinya apa-apa jenis rangkaian yang boleh disambungkan dengan rangkaian utama;

"mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di Malaysia;

"salinan elektronik", berhubungan dengan apa-apa karya, ertinya suatu salinan karya dalam bentuk elektronik dan termasuk versi asal karya itu dalam bentuk itu atas rangkaian;

"rangkaian pemula" ertinya rangkaian lain yang daripadanya suatu salinan elektronik bermula;

"rangkaian utama", berhubungan dengan pemberi perkhidmatan, ertinya suatu rangkaian yang dikawal atau dikendalikan oleh atau bagi pemberi perkhidmatan itu;

"penghalaan" ertinya mengarahkan atau memilih cara atau hala bagi pemancaran data;

"pemberi perkhidmatan"—

(a) bagi maksud seksyen 43C, ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan berhubungan dengan, atau mengadakan penyambungan bagi, capaian, pemancaran atau penghalaan data; dan
(b) bagi maksud Bahagian ini selain seksyen 43C, ertinya seseorang yang memberikan, atau mengendalikan kemudahan bagi, perkhidmatan atas talian atau capaian rangkaian dan termasuk seseorang yang disebut dalam perenggan (a).