Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/79

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
79
Hak Cipta


(f) mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada bagi kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu salinan langgaran;
(g) membuat atau ada dalam milikannya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran;
(h) memintas atau menyebabkan atau membenarkan dipintas apa-apa langkah teknologi yang berkesan yang disebut dalam subseksyen 36A(1);
(ha) membuat, mengimport atau menjual apa-apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3);
(i) membuang atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik yang disebut dalam seksyen 36B tanpa kebenaran; atau
(j) mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau menyampaikan kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran,

melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengagakkan bahawa hak cipta atau hak pelaku akan atau mungkin dilanggar, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(i) dalam hal kesalahan di bawah perenggan (a) hingga (f), *didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya **didenda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;

*CATATAN—Dahulunya "denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit"–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].

**CATATAN—Dahulunya "denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit"–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].