Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/69

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
69
Hak Cpita


Maklumat pengurusan hak


36B. (1) Tiada seorang pun boleh—

(a) menanggalkan atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; atau

(b) mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya dengan mengetahui bahawa maklumat pengurusan hak elektronik telah ditanggalkan atau diubah tanpa kebenaran,


dan dengan mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mengetahui bahawa perbuatan itu akan menyebabkan, membolehkan, memudahkan atau menyembunyikan suatu pelanggaran apa-apa hak di bawah Akta ini.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai jika penanggalan atau pengubahan apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran adalah—

(a) berhubungan dengan apa-apa yang dilakukan dengan sah semata-mata bagi maksud—
(i) penguatkuasaan undang-undang;
(ii) keselamatan negara; atau
(iii) pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
(b) dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang

dalamnya wujud hak cipta.

(3) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 41, "maklumat pengurusan hak" ertinya maklumat yang mengenal pasti karya, pencipta karya, pemunya apa-apa hak dalam karya, pelaku atau terma dan syarat penggunaan karya, apa-apa nombor atau kod yang menggambarkan maklumat sedemikian, apabila mana-mana butiran ini dilekatkan kepada salinan sesuatu karya atau kelihatan berkaitan dengan penyampaian sesuatu karya kepada awam.