Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/53

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
53
Undang-Undang Malaysia


(4) Jika Tribunal berpuas hati bahawa dakwaan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa, berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam perintah itu, pemohon berhak mendapat lesen atas apa-apa terma yang ditentukan sebagai terpakai mengikut skim pelesenan itu atau, mengikut manamana yang berkenaan, sebagai munasabah dalam hal keadaan itu, oleh Tribunal.

(5) Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.


Permohonan bagi kajian semula perintah tentang hak untuk mendapat lesen


27F. (1) Jika Tribunal telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 27E bahawa seseorang berhak mendapat lesen di bawah suatu skim pelesenan, pengendali skim pelesenan itu atau pemohon asal boleh memohon kepada Tribunal untuk mengkaji semula perintahnya.

(2) Suatu permohonan tidak boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran khas Tribunal,—

(a) dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini; atau
(b) jika perintah itu dibuat supaya berkuat kuasa bagi lima belas bulan atau kurang, atau hasil daripada keputusan atas suatu permohonan terdahulu di bawah seksyen ini yang akan habis tempoh dalam tempoh lima belas bulan daripada keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum habis tempoh perintah itu.

(3) Tribunal hendaklah atas suatu permohonan bagi kajian semula mengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang ditentukan sebagai munasabah oleh Tribunal dengan mengambil kira terma yang terpakai mengikut skim pelesenan itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, hal keadaan hal itu.