Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/42

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
42
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah) dalam prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini; tetapi subseksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.


Hak moral pelaku


25A. (1) Seseorang pelaku hendaklah, berkenaan dengan persembahannya atau persembahannya yang telah ditetapkan dalam fonogram, mempunyai hak—

(a) untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya, kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu; dan
(b) untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.

(2) Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1) hendaklah, selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, "fonogram" ertinya penetapan bunyi sesuatu persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.


BAHAGIAN IV

PEMUNYAAN DAN PENYERAHHAKAN HAK CIPTA


Pemunyaan pertama hak cipta


26. (1) Hak cipta yang diberikan oleh seksyen 10 hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya.

(2) Walau apa pun subseksyen 27(6), jika sesuatu karya—