Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/40

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
40
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.


Jangka masa hak pelaku


23A. Hak mengenai persembahan yang wujud di bawah Akta ini hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun persembahan itu diadakan atau ditetapkan dalam suatu rakaman bunyi.


Jangka masa saraan saksama


23B. Hak kepada saraan yang saksama hendaklah wujud dari masa rakaman bunyi diterbitkan sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun penerbitan atau, jika rakaman bunyi itu tidak diterbitkan, dari masa penetapan rakaman bunyi itu sehingga habis tempoh lima puluh tahun yang dihitung dari permulaan tahun kalendar berikutan tahun penetapan itu.


24. (Dipotong oleh Akta A775).


Hak moral


25. (1) Bagi maksud seksyen ini, perkataan "nama" termasuklah nama pendek atau monogram.

(2) Tertakluk kepada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu karya, tiada seorang pun boleh, tanpa persetujuan penciptanya, atau, selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:

(a) penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa mengenal pasti pencipta atau di bawah suatu nama selain daripada nama pencipta karya itu; dan
(b) perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain akan karya itu jika perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian itu—