Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/37

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
37
Undang-Undang Malaysia


Saraan saksama


16B. (1) Jika sesuatu rakaman bunyi diterbitkan bagi maksud komersial atau sesuatu keluaran semula rakaman itu dipersembahkan di hadapan orang awam atau digunakan secara langsung dalam sesuatu siaran atau penyampaian lain kepada orang awam, suatu saraan yang saksama bagi persembahan itu hendaklah kena dibayar kepada pelaku oleh pengguna rakaman bunyi itu.

(2) Saraan tidak boleh dianggap tidak saksama semata-mata kerana dibayar secara sekali bayar.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melucutkan hak seseorang pelaku untuk bersetuju melalui kontrak atas terma dan syarat yang lebih baik baginya berkenaan dengan persembahannya.

(3A) Dalam ketiadaan kontrak tentang saraan yang saksama yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), pelaku boleh memohon kepada Tribunal untuk menentukan amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama.

(3B) Pelaku boleh juga memohon kepada Tribunal—

(a) untuk mengubah apa-apa kontrak tentang amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama; atau
(b) untuk mengubah apa-apa penentuan Tribunal yang terdahulu berhubungan dengan saraan yang saksama itu.

(3C) Permohonan oleh seseorang pelaku di bawah perenggan (3B)(b) hanya boleh dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan yang terdahulu, melainkan jika kebenaran khas oleh Tribunal telah diperoleh.

(3D) Apabila dibuat permohonan di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan membuat apa-apa perintah tentang cara pengiraan dan pembayaran saraan yang saksama sebagaimana yang difikirkannya munasabah dalam hal keadaan itu, dengan mengambil kira kepentingan sumbangan pelaku kepada rakaman bunyi itu.

(3E) Sesuatu kontrak tidak mempunyai kesan setakat yang ia bermaksud untuk menghalang seseorang pelaku mempersoalkan