Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/26

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
26
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia

Dengan syarat bahawa Kementerian atau Jabatan berkenaan boleh memberi kuasa kepada Pengarah Arkib Negara untuk mentadbir dan mengawal hak cipta tersebut bagi pihak Kerajaan.

BAHAGIAN III

KUASA DAN JANGKA MASA HAK CIPTA

Kuasa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem dan rakaman bunyi

13. (1) Hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem, rakaman bunyi atau karya terbitan adalah hak eksklusif bagi mengawal dalam Malaysia—

(a) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;
(aa) penyampaian kepada orang awam;
(b) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;
(c) (Dipotong oleh Akta A994);
(d) (Dipotong oleh Akta A994);
(e) pengedaran salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan
(f) penyewaan secara komersial kepada orang awam,

keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa—

(A) hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan itu atau apaapa pengimportan kemudiannya salinan itu ke dalam Malaysia; dan