Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/23

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
23
Hak Cipta

Karya terbitan

8. (1) Karya terbitan berikut adalah dilindungi sepertimana karya asal:

(a) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya yang layak bagi hak cipta; dan
(b) koleksi karya yang layak bagi hak cipta, atau penyusunan

data semata-mata sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin atau bentuk lain, yang menjadi suatu hasil ciptaan intelek oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya.

(2) Perlindungan karya yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklah tidak menjejaskan apa-apa perlindungan kepada karya yang tersedia wujud yang digunakan.


Hak cipta dalam edisi karya diterbitkan

9. (1) Hak cipta wujud, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dalam setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam hal—

(a) penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
(b) penerbit edisi itu adalah orang berkelayakan pada tarikh penerbitan pertama itu:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai kepada suatu edisi yang mengeluarkan semula susunan tipografi edisi yang sebelumnya karya atau karya-karya yang sama.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penerbit sesuatu edisi adalah berhak kepada hak cipta yang wujud dalam edisi itu menurut kuasa seksyen ini.

(3) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, perlakuan yang disekat oleh hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini dalam suatu edisi ialah perbuatan mengeluarkan semula susunan tipografi edisi itu.