Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/107

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
107
Hak Cipta


(2) Sebutan dalam perenggan (1)(a) mengenai karya yang mula-mula diterbitkan dalam sesuatu negara yang dinyatakan hendaklah meliputi karya yang mula-mula diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan dalam negara yang dinyatakan itu dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan sedemikian di tempat lain.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memakai peruntukan Akta ini—

(a) berhubungan dengan sesuatu negara yang dinyatakan selain daripada Malaysia tertakluk kepada apa-apa kekecualian atau ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan tersebut;
(b) sama ada secara am atau berhubungan dengan kelas karya atau hal perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan tersebut.

(4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan bagi pemakaian peraturan-peraturan itu berhubungan dengan karya atau persembahan, mengikut manamana yang berkenaan, yang dibuat sebelum tarikh Malaysia menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli sesuatu Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya atau persembahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat selepas tarikh itu.

(5) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula mana-mana hak cipta atau hak pelaku yang telah tamat tempohnya di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu sebelum tarikh Malaysia menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli sesuatu Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku.

(6) Menteri tidaklah boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini yang memakai mana-mana peruntukan Akta ini berkenaan dengan sesuatu negara yang dinyatakan, selain daripada sesuatu negara yang dinyatakan yang menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli mana-mana Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku yang kepadanya Malaysia juga menjadi pihak atau ahli, melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa, berkenaan dengan kelas karya atau hal perkara lain yang dimaksudkan oleh peruntukan itu, peruntukan telah atau akan dibuat