Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/105

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
105
Hak Cipta


mana orang lain bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan sebagai telah dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bagi apa-apa maksud sebagaimana tersebut di atas:

Dengan syarat bahawa tindakan itu telah dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dicadangkan untuk dilaksanakan dengannya.


BAHAGIAN VIII

PELBAGAI


58. (Dipotong oleh Akta A952).


Peraturan-peraturan


59. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.


Peluasan pemakaian Akta


59A. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan memakai mana-mana peruntukan Akta ini yang dinyatakan dalam peraturanperaturan itu, berhubungan dengan sesuatu negara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu (yang dalam seksyen ini disebut sebagai "negara yang dinyatakan"), yang mungkin menjadi atau mungkin tidak menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli manamana Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku yang kepadanya Malaysia juga menjadi pihak atau ahli, untuk menjaminkan bahawa peruntukan tersebut—

(a) terpakai berhubungan dengan karya sastera, muzik atau seni, atau filem atau rakaman bunyi, atau edisi yang diterbitkan bagi karya sastera, muzik atau seni yang mula-mula diterbitkan dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya sastera, muzik atau seni, atau filem atau rakaman bunyi, atau edisi