Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/102

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
102
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


Pemulaan pendakwaan

53. Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.

Perampasan artikel

54. (1) Apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita menurut Akta ini boleh dirampas.

(2) Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh apabila selesai perbicaraan itu, sama ada pesalah yang dituduh itu telah disabitkan atau tidak, memerintah supaya apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita daripada orang itu dilupuskan, atau dalam hal salinan langgaran, diserahkan kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita semasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini dijalankan, artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dirampas apabila tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh ia disita, melainkan suatu tuntutan telah dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita di bawah Akta ini dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu tidak boleh dirampas bolehlah dengan sendirinya atau melalui ejennya yang dibenarkan secara bertulis olehnya, memberi notis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu.

(5) Apabila Penolong Pengawal menerima notis di bawah subseksyen (4), dia hendaklah merujuk notis itu kepada Pengawal yang boleh, setelah menjalankan siasatan yang difikirkannya perlu, mengarah artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan