Anak Itik Tok Wi

From Wikisource
Jump to: navigation, search
Lagu kanak-kanak.

Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang.

Dalam paya orang berakit,
Buluh layu patah sebatang,
Dalam dada terasa sakit,
Sakit rindu abang seorang.

Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang.

Letak dulang berhias tepi,
Bunga perca rebah bertindih,
Dengar abang adik menyanyi,
Lagu resah orang berkasih.

Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang.

Harap-harap tumbuhnya padi,
Tapi lalang tumbuh sebendang,
Harap-harap kasih menjadi,
Sampai masa tinggal seorang.
 
Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang.

Kalau padi katakan padi,
Jangan hampa tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Jangan kita ternanti-nanti