Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

From Wikisource
Jump to: navigation, search

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif,penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.

BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia— (1) untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan (2) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, Kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;

Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri1960.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“amunisi” ertinya amunisi bagi mana-mana senjata api sebagaimana yang ditakrifkan kemudian daripada ini dan termasuklah grenad,bom dan misil serupa yang lain sama ada boleh digunakan dengan senjata api sedemikian atau tidak dan apa-apa amunisi yang mengandungi atau direka bentuk atau disesuaikan supaya mengandungi apa-apa cecair, gas atau benda lain yang berbahaya;

“angkatan keselamatan” termasuklah Polis Diraja Malaysia,Pasukan Simpanan Polis Sukarela, Polis Tambahan, orang yang ditauliah atau dilantik di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Pasukan Polis Khas) 1948 [P.W. 1694 tahun 1948] angkatan bersenjata,mana-mana angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah manamana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, dan mana-mana angkatan yang merupakan angkatan pelawat bagi maksud Bahagian I Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432], dan yang berkenaan dengannya segala atau mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh angkatan bersenjata atau anggotanya di bawah Akta ini telah dijadikan boleh dijalankan melalui suatu perintah yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang sedemikian;

“bahan letupan” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bahan Letupan 1957 [Akta 207], dan termasuklah apa-apa bahan yang disifatkan sebagai bahan letupan di bawah Akta itu;

“bekalan” termasuklah amunisi, bahan letupan, senjata api, wang,makanan, minuman, pakaian, ubat, dadah dan apa-apa jua punstoran, peralatan, komoditi, barang atau benda lain;

“Daerah Polis” mempunyai erti yang sama seperti “daerah polis”dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

“dokumen” termasuklah apa-apa bahan yang di atasnya dicatatkan apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih daripada satu cara sedemikian;

“jalan raya awam” ertinya mana-mana lebuh raya awam atau mana-mana jalan raya yang ke atasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang atau diberikan akses, dan termasuklah setiap jalan raya, jalan, jambatan, laluan, lorong kaki atau medan yang ke atasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang atau diberikan akses;

“kawasan bahaya” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bahaya di bawah seksyen 48;

“kawasan keselamatan” ertinya mana-mana kawasan yang berkenaan dengannya suatu proklamasi di bawah seksyen 47 sedang berkuat kuasa;

“kawasan terkawal” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan terkawal di bawah seksyen 49;

“keraian” ertinya apa-apa permainan, sukan, lipur, konsert atau apa-apa jenis hiburan yang kepadanya orang awam mempunyai atau dicadangkan mempunyai akses dan yang dalamnya orang awam boleh atau tidak boleh mengambil bahagian, sama ada dengan bayaran atau selainnya;

“kesalahan terhadap Akta ini” termasuklah sesuatu kesalahan terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71;

“Ketua Pegawai Polis” termasuklah seorang Timbalan Ketua Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang pada masa ini diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa itu dan melaksanakan tugas yang diberikan atau dikenakan ke atas seorang Ketua Pegawai Polis oleh Akta ini dan dalam pemakaian Akta ini bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai Ketua Pegawai Polis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Penguasa Polis Bahagian;

“Ketua Polis” ertinya Ketua Polis Negara dan berhubung dengan Sabah dan Sarawak, termasuklah Pesuruhjaya yang mengawal anggota Polis Diraja Malaysia dalam setiap Negeri itu;

“Lembaga Penasihat” ertinya lembaga penasihat yang ditubuhkan di bawah Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan;

“pameran” termasuklah tiap-tiap pertunjukan barangan, buku,gambar, filem atau artikel yang kepadanya orang awam mempunyai atau dicadangkan mempunyai akses, sama ada dengan bayaran atau selainnya;

“pegawai polis” termasuklah seorang pegawai polis simpanan,seorang pegawai polis tambahan dan seorang pegawai polis khas yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;

“penaja” dalam hal sesuatu keraian atau pameran yang ditaja oleh sesuatu pertubuhan, termasuklah setiausaha dan pegawai pertubuhan itu, dan dalam hal sesuatu pertubuhan yang dikelolakan atau mempunyai ibu pejabatnya di luar Malaysia, pegawai pertubuhan itu yang berada di Malaysia;

“penerbitan” termasuklah segala bahan bertulis, bergambar atau bercetak, dan semua benda daripada jenis yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak, sama ada atau tidak mengandungi apa-apa rupaan nyata, atau yang dengan rupanya, bentuknya, atau dengan apa-apa cara lain boleh membayangkan perkataan atau idea, dan setiap salinan, terjemahan dan cetakan ulangan atau sebahagian besar terjemahan atau cetakan ulangan sebahagian atau keseluruhan sesuatu penerbitan;

“penerbitan berkala” termasuklah setiap penerbitan yang dikeluarkan secara berkala atau mengikut bahagian atau bilangan pada lat tempoh, sama ada tetap atau tidak tetap;

“pengganas” ertinya mana-mana orang yang—

(a) dengan menggunakan senjata api, bahan letupan atau amunisi bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam atau mengapikan keganasan atau mengesyorkan keingkaran undang-undang atau mana-mana perintah yang sah;

(b) membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan tanpa kuasa yang sah baginya; atau

(c) menuntut, memungut atau menerima apa-apa bekalan untuk digunakan oleh mana-mana orang yang bercadang hendak atau yang hampir bertindak, atau baru-baru ini telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam;

“senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya apa-apa letusan, peluru atau misil lain boleh dilepaskan atau yang boleh disesuaikan untuk melepaskan apa-apa letusan,peluru atau misil lain yang sedemikian dan apa-apa senjata daripada apa jua pun perihalan yang direka bentuk atau disesuaikan bagi melepaskan apa-apa cecair, gas atau benda lain yang berbahaya dan termasuklah apa-apa bahagian komponen mana-mana senjata yang disebut terdahulu;

“tempat awam” termasuklah mana-mana lebuh raya, jalan awam,jalan raya awam, taman atau taman bunga awam, mana-mana pantai laut, terusan air, jambatan awam, lorong, lorong kaki, medan,halaman, jalan kecil atau laluan, sama ada jalan tembus atau tidak,mana-mana tanah bukan beri hakmilik, mana-mana estet getah,mana-mana ladang, mana-mana tanah yang diberi hakmilik bagi maksud pertanian atau perlombongan, mana-mana teater atau tempat keraian awam daripada apa-apa jenis atau tempat tumpuan umum yang lain yang dikenakan bayaran untuk masuk atau yang kepadanya orang awam mempunyai akses, dan mana-mana kawasan lapang yang kepadanya orang awam telah mempunyai akses atau dibenarkan mendapat akses pada masa ini, sama ada dengan bayaran atau sebaliknya;

“tempat terkawal” ertinya mana-mana tempat atau premis yang berhubungan dengannya suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 50 sedang berkuat kuasa; “tuan punya” termasuklah pemunya, penyewa atau orang lain yang memiliki atau mengawal premis dan mana-mana orang yang menerima bayaran bagi penggunaan premis.

BAHAGIAN II

PERUNTUKAN AM YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

BAB I Larangan ke atas Organisasi dan Persatuan yang Bersifat Politik atau Kuasi-Tentera dan Pakaian Seragam, dsb.

Larangan mengenai pakaian seragam organisasi politik atau kuasi-tentera

3. Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah melarang pemakaian di tempat awam atau di perjumpaan atau perhimpunan yang kepadanya orang awam atau mana-mana bahagian orang awam mempunyai akses—

(a) apa-apa pakaian seragam atau pakaian yang menandakan perhubungan dengan mana-mana organisasi politik atau pemajuan apa-apa tujuan politik; atau

(b) apa-apa pakaian seragam, pakaian atau lambang oleh anggota atau penyokong mana-mana organisasi atau persatuan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah itu, sama ada diperbadankan atau tidak—

(i) apabila, pada pendapat Menteri, anggota organisasi atau persatuan itu dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan bagi maksud membolehkan mereka digunakan untuk merampas fungsi polis atau angkatan bersenjata; atau

(ii) apabila, pada pendapat Menteri, anggota organisasi atau persatuan itu dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan bagi maksud membolehkan mereka digunakan bagi melakukan atau menunjukkan kekerasan fizikal dalam memajukan apa-apa tujuan politik atau tujuan lain atau dengan apa-apa cara yang membangkitkan kebimbangan yang munasabah bahawa mereka telah dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan bagi maksud itu.

Penalti

4. Tiap-tiap orang yang memakai apa-apa pakaian seragam, pakaian atau lambang yang dilarang berlanggaran dengan suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 3 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Larangan mengenai organisasi kuasi-tentera

5. (1) Jika anggota atau penyokong mana-mana persatuan orang,sama ada diperbadankan atau tidak—

(a) dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan bagi maksud membolehkan mereka digunakan untuk merampas fungsi polis atau angkatan bersenjata; atau

(b) dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan sama ada bagi maksud membolehkan mereka digunakan bagi melakukan atau menunjukkan kekerasan fizikal dalam memajukan apa-apa tujuan politik atau tujuan lain, atau dengan apaapa cara yang membangkitkan kebimbangan yang munasabah bahawa mereka telah dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan bagi maksud itu,maka tiap-tiap anggota atau penyokong persatuan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan mana-mana orang yang memajukan atau berkomplot dengan seorang lain untuk memajukan, atau yang mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan, persatuan itu, atau dalam mengelolakan atau melatih mana-mana anggota atau penyokong persatuan itu sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang dipertuduh dengan kesalahan mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan sesuatu persatuan sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah menjadi pembelaan kepada pertuduhan itu untuk membuktikan bahawa dia tidak mempersetujui dan tidak membiarkan pengelolaan, latihan atau perlengkapan mana-mana anggota atau penyokong persatuan itu berlanggaran dengan seksyen ini.

(2) Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah seksyen ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya.

(3) Jika atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya ternyata pada Mahkamah Tinggi bahawa manamana persatuan ialah suatu persatuan yang anggota atau penyokongnya dikelolakan, dilatih atau dilengkapkan berlanggaran dengan seksyen ini, Mahkamah boleh—

(a) membuat apa-apa perintah yang didapatinya perlu untuk mencegah apa-apa pelupusan harta yang dipegang oleh atau untuk persatuan itu tanpa kebenaran Mahkamah;

(b) mengarahkan suatu siasatan dan laporan dibuat mengenai apa-apa harta sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu dan mengenai hal ehwal persatuan itu;

(c) membuat apa-apa perintah selanjutnya yang didapatinya adil dan saksama bagi penggunaan harta itu dalam atau untuk pelepasan liabiliti persatuan itu yang ditanggung dengan sah sebelum tarikh permohonan itu atau, dengan kebenaran Mahkamah, sejak dari tarikh itu dalam atau untuk pembayaran balik wang kepada orang yang telah menjadi penyumbang atau pencarum kepada persatuan itu dengan suci hati dan tanpa pengetahuan mengenai apa-apa pelanggaran yang disebut terdahulu, dan dalam atau untuk apa-apa kos yang ditanggung berkaitan dengan apa-apa siasatan dan laporan yang disebut terdahulu atau dalam penggulungan atau pembubaran persatuan itu;dan

(d) memerintahkan bahawa apa-apa harta yang tidak diarahkan oleh Mahkamah untuk digunakan sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu akan dilucuthakkan kepada Kerajaan.

(4) Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil di bawah seksyen ini, bukti mengenai perkara yang dilakukan atau perkataan yang ditulis, disebut atau diterbitkan (sama ada atau tidak semasa kehadiran mana-mana pihak kepada prosiding itu) oleh mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan sesuatu persatuan atau dalam mengelolakan, melatih atau melengkapkan anggota atau penyokong sesuatu persatuan boleh diterima sebagai keterangan mengenai maksud yang baginya, atau cara yang dalamnya, anggota atau penyokong persatuan itu telah dikelolakan atau dilatih atau dilengkapkan.

(5) Jika seorang Majistret atau Ketua Pegawai Polis berpuas hati melalui maklumat bahawa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan, dan bahawa keterangan mengenai pelakuannya boleh didapati di mana-mana premis atau tempat yang dinyatakan dalam maklumat itu, atas permohonan yang dibuat oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, Majistret atau Ketua Pegawai Polis itu boleh memberikan suatu waran geledah yang membenarkan mana-mana pegawai itu dengan atau tanpa bantuan memasuki premis atau tempat itu pada bila-bila masa dalam tempoh satu bulan dari tarikh waran itu, jika perlu dengan kekerasan, dan menggeledah premis atau tempat itu dan memeriksa tiap-tiap orang yang terdapat di dalamnya, dan menyita apa-apa jua yang dijumpai di atas premis atau tempat itu atau yang dijumpai pada mana-mana orang itu yang pegawai itu mempunyai sebab yang munasabah bagi mengesyaki sebagai keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan itu sebagaimana yang disebut terdahulu.

(6) Tiada seorang pun perempuan, menurut apa-apa waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (5), boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.

(7) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melarang sebilangan munasabah orang diambil kerja sebagai pengelola di mana-mana perjumpaan awam yang diadakan di premis persendirian dengan kebenaran pemunya premis itu, atau melarang dibuat apa-apa persiapan bagi maksud itu atau memberi petunjuk kepada orang yang diambil kerja sedemikian dalam tugas mereka yang sah sebagai pengelola tersebut, atau melarang mereka dilengkapkan dengan lencana atau tanda pengenalan lain.

Melatih tubi dengan menyalahi undang-undang

6. (1) Mana-mana orang selain seorang anggota angkatan bersenjata atau polis atau angkatan sukarela atau angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, atau mana-mana angkatan lain yang ialah suatu angkatan pelawat bagi maksud Bahagian I Akta Angkatan Pelawat 1960, atau mana-mana organisasi atau persatuan yang dikecualikan dengan khasnya oleh Menteri, yang—

(a) berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau perhimpunan orang bagi maksud melatih atau melatih tubi diri mereka untuk menggunakan senjata atau dilatih atau dilatih tubi sedemikian, atau bagi maksud menjalankan latihan, gerakan atau evolusi tentera; atau

(b) berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau perhimpunan sedemikian bagi maksud melatih atau melatih tubi mana-mana orang atau orang lain untuk menggunakan senjata atau menjalankan latihan, gerakan atau evolusi tentera,melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang selain seorang anggota angkatan bersenjata atau polis atau angkatan sukarela atau angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, atau mana-mana angkatan lain yang berada dengan sah di Malaysia di bawah mana-mana undangundang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan angkatan pelawat atau mana-mana organisasi atau persatuan yang dikecualikan dengan khasnya oleh Menteri yang—

(a) melatih atau melatih tubi mana-mana orang lain untuk menggunakan senjata atau menjalankan latihan, gerakan atau evolusi tentera; atau

(b) mengambil bahagian dalam pengawalan atau pengurusan mana-mana persatuan atau organisasi yang anggotanya dilatih tubi dalam menjalankan latihan, gerakan atau evolusi tentera,melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Larangan mengenai pakaian seragam, lambang, dsb.

7. (1) Menteri boleh, jika difikirkannya bagi kepentingan negara untuk berbuat demikian, melalui perintah melarang pembuatan,penjualan, penggunaan, pemakaian, pertunjukan atau pemilikan apa-apa bendera, panji-panji, lencana lambang, peranti, pakaian seragam atau pakaian tersendiri atau apa-apa bahagiannya.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(3) Apa-apa artikel yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen ini boleh disita dan dimusnahkan atau selainnya diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri sama ada atau tidak identiti pesalah itu diketahui dan sama ada atau tidak apa-apa pendakwaan telah dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu.

BAB II Kuasa mengenai Tahanan Pencegahan

Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang

8. *(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, Menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

(2) Dalam subseksyen (1) “perkhidmatan perlu” ertinya manamana perkhidmatan, perniagaan, perdagangan, perusahaan,pembuatan atau pekerjaan yang termasuk dalam Jadual Ketiga.

(3) Tiap-tiap orang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan hendaklah ditahan di mana-mana tempat (kemudian daripada ini disebut “tempat tahanan”) yang diarahkan oleh Menteri dan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (4).

(4) Menteri boleh melalui kaedah-kaedah membuat peruntukan bagi penyelenggaraan dan pengurusan tempat tahanan dan bagi tatatertib dan pengurusan orang yang ditahan di dalamnya, dan boleh membuat kaedah yang berlainan bagi tempat tahanan yang berlainan.

(5) Jika Menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam subsekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti,kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, Menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut “perintah sekatan”) yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:

(a) bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;

(b) bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;

(c) bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;

(d) bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan

(e) bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.

(6) Tiap-tiap perintah sekatan hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua tahun, yang dinyatakan dalamnya, dan bolehlah termasuk suatu arahan oleh Menteri bahawa orang yang berkenaan dengannya arahan itu dibuat, hendaklah mengikat suatu bon dengan atau tanpa jaminan dan dengan apaapa jumlah wang yang ditentukan bagi pematuhannya yang wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya.

(7) Menteri boleh mengarahkan supaya jangka masa mana-mana perintah tahanan atau perintah sekatan dilanjutkan bagi apa-apa tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang dinyatakan olehnya, dan seterusnya bagi apa-apa tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada suatu masa,sebagaimana yang dinyatakan olehnya, sama ada—

(a) atas alasan yang sama seperti alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat;

(b) atas alasan yang berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu mula dibuat; atau

(c) sebahagiannya atas alasan yang sama dan sebahagiannya atas alasan yang berlainan:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu perintah tahanan dilanjutkan atas alasan yang berlainan atau sebahagiannya atas alasan yang berlainan, orang yang dengannya perintah itu berhubungan hendaklah mempunyai hak yang sama di bawah seksyen 11 seolah-olah perintah yang dilanjutkan sebagaimana yang disebut terdahulu ialah suatu perintah baru, dan seksyen 12 hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

(8) Menteri boleh, dari semasa ke semasa dengan notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu perintah sekatan, mengubah, mengkensel atau menambah apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah itu, dan sekatan atau syarat yang diubahkan sedemikian dan apaapa sekatan atau syarat tambahan yang dikenakan sedemikian hendaklah, melainkan jika terlebih dahulu dikensel, terus berkuat kuasa bagi tempoh yang belum tamat yang dinyatakan di bawah subseksyen (6) atau (7).Perintah tahanan tidak menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa atas alasan tertentu

8A. Tiada perintah tahanan boleh menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa oleh sebab—

(a) orang yang dengannya perintah tahanan itu berhubungan—

(i) telah sebaik selepas perintah tahanan itu dibuat ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 8(3);

(ii) terus ditahan sebaik selepas perintah tahanan itu dibuat di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 sebelum dia dipindahkan ke suatu tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 8(3),walaupun tempoh maksimum bagi penahanan sedemikian di bawah subseksyen 73(3) telah tamat;atau

(iii) telah semasa jangka masa perintah tahanan itu berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke suatu tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 8(3); atau

(b) bahawa perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam subseksyen 8(3), atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.

Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri

8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.

(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.

Tafsiran “kajian semula kehakiman”

8C. Dalam Akta ini, “kajian semula kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara—

(a) permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;

(b) permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;

(c) writ habeas corpus; dan

(d) apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undangundang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.

Permulaan kuat kuasa seksyen 8B dan 8C

8D. (1) Seksyen 8B dan 8C hendaklah terpakai bagi apa-apa prosiding yang dimulakan dengan cara kajian semula kehakiman apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri di bawah Akta ini, sama ada prosiding itu telah dimulakan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1989 [Akta A739].

(2) Sebutan mengenai prosiding dalam subseksyen (1) tidaklah termasuk sebutan mengenai prosiding yang telah tamat dan yang berkenaan dengannya keputusan muktamad mahkamah telah diberikan sebelum permulaan kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1989, atau sebutan mengenai mana-mana rayuan atau mana-mana permohonan untuk membuat rayuan terhadap keputusan muktamad sedemikian.

9. (Dipotong oleh Akta A61).

Penggantungan perintah tahanan

10. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan supaya kuat kuasa mana-mana perintah tahanan digantung tertakluk kepada semua atau apa-apa sekatan dan syarat yang Menteri diberikan kuasa oleh subseksyen 8(5) untuk mengenakan melalui suatu perintah sekatan, dan tertakluk, jika Menteri mengarahkannya, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 8(6).

(2) Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang disebut terdahulu, subseksyen 8(8) hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah sekatan dan syarat yang kerananya perintah tahanan itu digantung ialah sekatan dan syarat yang dikenakan oleh sesuatu perintah sekatan.

(3) Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang disebut terdahulu, Menteri boleh membenarkan orang yang terhadapnya perintah tahanan itu telah dibuat untuk kembali ke tanah airnya atau pergi ke mana-mana negara lain pilihannya dengan syarat bahawa Kerajaan negara lain itu bersetuju untuk menerimanya.

(4) Menteri boleh membatalkan penggantungan mana-mana perintah tahanan jika dia berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat telah gagal mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atasnya atau bahawa adalah perlu bagi kepentingan keselamatan supaya penggantungan itu dibatalkan, dan dalam mana-mana hal sedemikian, pembatalan penggantungan itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi kepada mana-mana pegawai polis untuk menangkap semula tanpa waran orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat, dan orang itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan dikembalikan ke tempat tahanannya yang dahulu atau, jika Menteri mengarahkan sedemikian, dihantar ke tempat tahanan yang lain.

(5) Penggantungan mana-mana perintah tahanan sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen 8(8) sebagaimana terpakai oleh subseksyen (2) dan tertakluk juga kepada subseksyen (4), terus berkuat kuasa bagi bahagian tempoh perintah tahanan itu yang belum tamat yang dinyatakan di bawah subseksyen 8(6) atau (7).

Representasi terhadap perintah tahanan

11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya—

(a) diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan

(b) diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis—

(i) mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;

(ii) mengenai pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan

(iii) mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.

Laporan Lembaga Penasihat

12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.

(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apaapa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13,muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Kajian semula

13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:

Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama,sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah subseksyen 8(7) yang baginya proviso kepada subseksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.

(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah subseksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.

Kuasa untuk memanggil saksi

14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud Akta ini tertakluk kepada seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.

Pendedahan maklumat

16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.

Kuasa untuk memerintahkan pemindahan

17. (1) Menteri boleh dengan perintah mengarahkan pemindahan mana-mana orang yang ditahan menurut Bab ini dari mana-mana tempat tahanan di Malaysia ke tempat tahanan yang lain di Malaysia yang hendaklah dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh melalui perkiraan dengan Kerajaan Singapura mengarahkan pemindahan mana-mana orang sedemikian (yang bukan seorang warganegara)ke Singapura, untuk ditahan di situ bagi keseluruhan atau apa-apa bahagian tempoh yang orang itu telah diperintahkan supaya ditahan.

(2) Mana-mana orang dalam masa pemindahan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.

Kuasa untuk mengarahkan pengemukaan orang yang ditahan

18. (1) Apabila dibuktikan sehingga memuaskan hati Menteri bahawa kehadiran di mana-mana tempat mana-mana orang yang ditahan di bawah Bab ini, atau yang dalam jagaan polis yang sah atau yang dikurung di mana-mana penjara sama ada menurut Bab ini atau di bawah suatu perintah mana-mana mahkamah atau dengan cara apa sekalipun selainnya, dan walau apa pun apa-apa perintah mana-mana mahkamah atau apa jua pihak berkuasa yang lain,dikehendaki demi kepentingan keadilan, atau bagi maksud apa-apa siasatan awam atau siasatan lain atau demi kepentingan negara,atau demi kepentingan orang yang ditahan, dalam jagaan, atau dikurung, Menteri boleh memerintahkan supaya orang itu dibawa ke tempat itu.

(2) Mana-mana orang dalam masa dibawa ke mana-mana tempat menurut subseksyen (1) dan semasa berada di tempat itu hendaklah ditahan dalam jagaan sedemikian sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan semasa dalam jagaan itu hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.

Penguatkuasaan waran, dsb., yang dibuat di Singapura

19. (1) Apa-apa dokumen yang berupa sebagai suatu waran atau suatu perintah yang dibuat di Singapura di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Singapura dan yang sama atau setara dengan seksyen 8 dan yang telah diterima daripada mana-mana pegawai polis atau pegawai Kerajaan lain Singapura boleh dikuatkuasakan seolah-olah ia ialah suatu perintah yang telah dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen 8, dan jika orang yang dinamakan dalamnya memasuki atau berada di dalam Malaysia dokumen itu hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya dengan menangkap dan menahan orang itu di bawah Bab ini:

Dengan syarat bahawa tiada dokumen itu boleh dikuatkuasakan sedemikian melainkankan jika Menteri telah memberikan kelulusannya dengan membuat pengendorsan di atasnya.

(2) Jika mana-mana orang ditangkap di bawah seksyen ini dia hendaklah dikembalikan dalam jagaan ke Singapura melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa ada hal keadaan khas yang mewajarkan penahanannya di Malaysia.

(3) Tanpa menjejaskan seksyen 8, jika mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini memuaskan hati Menteri bahawa dia ialah seorang warganegara, orang itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.

(4) Apabila permintaan dibuat oleh seorang Menteri Kerajaan Singapura supaya seseorang yang ditahan di Singapura di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Singapura dan yang sama atau setara dengan seksyen 8 sepatutnya dipindahkan ke Malaysia dan ditahan di Malaysia, Menteri boleh mengarahkan supaya orang itu, jika diserahkan di Malaysia oleh Kerajaan Singapura, diterima dalam jagaan mana-mana pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu; dan orang itu hendaklah selepas itu ditahan di Malaysia, seolah-olah perintah yang di bawahnya orang itu ditahan di Singapura telah dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen 8:

Dengan syarat bahawa suatu salinan mengenai apa-apa bantahan yang dibuat oleh orang itu terhadap perintah tahanannya hendaklah diserahkan oleh Menteri kepada pihak berkuasa yang berkenaan di Singapura, dan orang itu hendaklah bagi maksud mendakwa bantahannya dikembalikan ke dalam jagaan pegawai polis Singapura yang berkenaan.

(5) Menteri boleh, sama ada atas permintaan seorang Menteri Kerajaan Singapura atau selainnya, memerintahkan mana-mana orang yang bukan seorang warganegara dan yang ditahan di Malaysia di bawah subseksyen (4) dikembalikan ke Singapura, dan bagi maksud itu boleh mengarahkan supaya orang tersebut diserahkan ke dalam jagaan pegawai polis Singapura.

(6) Seksyen ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak*.

Penguatkuasaan perintah yang dikeluarkan di Singapura

20. (1) Mana-mana orang yang bukan seorang warganegara dan yang telah diperintahkan dengan sah supaya meninggalkan dan terus berada di luar Singapura melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya dilarang daripada memasuki atau bermastautin di Malaysia selagi perintah yang memerintahnya supaya meninggalkan dan terus berada di luar Singapura masih berkuat kuasa; dan orang itu yang dibawa dalam jagaan ke Malaysia boleh ditahan dalam jagaan oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai imigresen di manamana tempat yang diarahkan oleh Meneri sehingga orang itu boleh dengan mudahnya ditempatkan di atas mana-mana kapal, kereta api, kenderaan motor atau pesawat udara, dan mana-mana orang sedemikian boleh dengan sahnya ditahan di atasnya selagi pengangkut itu berada di dalam wilayah dan perairan wilayah Malaysia.

(2) Kecuali dalam hal seseorang warganegara atau seseorang yang ditahan di bawah subseksyen (1), mana-mana orang yang setelah meninggalkan Singapura menurut mana-mana perintah sah memasuki Malaysia atau dijumpai di dalamnya semasa perintah itu berkuat kuasa melakukan suatu kesalahan dan, sama ada atau tidak pendakwaan bagi kesalahan itu telah dimulakan terhadapnya,boleh ditahan di atas mana-mana kapal, kereta api, kenderaan motor atau pesawat udara bagi maksud memindahkannya dari Malaysia.

(3) Mana-mana orang yang telah ditahan mengikut subseksyen (1) atau (2) hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah.

(4) Seksyen ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak*. Kecualian berkenaan dengan pendakwaan orang yang ditahan

21. Penahanan mana-mana orang di bawah Bab ini tidaklah menjejaskan pembawaan apa-apa prosiding jenayah terhadap orang itu, sama ada semasa atau selepas tempoh tahanannya.

BAB III Kuasa Khas yang Berhubungan dengan Penerbitan Subversif, dsb.

Larangan mengenai pencetakan, penjualan, dsb., dokumen dan penerbitan

22. (1) Jika ternyata pada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mesin cetak dan penerbitan bahawa apa-apa dokumen atau penerbitan—

(a) mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan;

(b) mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau kepada apa-apa perintah yang sah;

(c) dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan yang berlainan; atau (d) memudaratkan kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan Malaysia,

Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta melarang sama ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu, pencetakan,penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pemilikan dokumen atau penerbitan itu.

(2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh, jika perintah itu memperuntukkan sedemikian, diperluas supaya—

(a) dalam hal penerbitan berkala, melarang penerbitan,penjualan, pengeluaran, pengedaran, pemilikan atau pengimportan apa-apa keluaran itu yang telah lalu atau yang akan datang; dan

(b) dalam hal penerbitan yang telah atau didapati atau berupa sebagai telah dikeluarkan daripada sesuatu gedung penerbitan, agensi atau sumber lain yang tertentu, melarang penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pengimportan apa-apa penerbitan yang lain yang mungkin pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas tarikh perintah itu telah atau didapati atau berupa sebagai telah dikeluarkan daripada gedung penerbitan, agensi atau sumber lain yang tertentu itu.

Bantahan terhadap perintah di bawah seksyen 22

23. Tuan punya atau ejen di Malaysia bagi tuan punya apa-apa penerbitan yang ialah subjek suatu perintah di bawah seksyen 22 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyiaran perintah itu dalam Warta, membuat bantahan terhadap perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong, dan keputusan Yang di-Pertuan Agong muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Pencetakan, penerbitan, dsb., yang berlanggaran dengan perintah di bawah seksyen 22

24. Mana-mana orang yang mencetak, menerbitkan, menjual,mengeluarkan, mengedarkan atau mengulang cetak sesuatu dokumen atau penerbitan yang menjadi subjek sesuatu perintah di bawah seksyen 22, atau apa-apa cabutan daripadanya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah, bahawa dokumen atau penerbitan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh telah dicetak, diterbitkan,dijual, dikeluarkan, diedarkan atau diulang cetak, mengikut manamana yang berkenaan, tanpa kebenaran, persetujuan dan pengetahuannya, dan tanpa ketidakcermatan atau ketidakhematan yang sewajarnya bagi pihaknya, dan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki jenis dokumen atau penerbitan itu.

Pemilikan dokumen, dsb., yang berlanggaran dengan perintah di bawah seksyen 22

25. (1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah memiliki apa-apa dokumen atau penerbitan yang pemilikannya dilarang oleh suatu perintah di bawah seksyen 22, atau apa-apa cabutan daripadanya,melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh, bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya dan boleh, bagi kesalahan yang berikutnya, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

(2) Dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini, orang itu hendaklah dianggap,sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mengetahui kandungan dan jenis kandungan apa-apa dokumen atau penerbitan sebaik selepas dokumen atau penerbitan itu berada dalam miliknya.

Pengimportan yang berlanggaran dengan perintah di bawah sekyen 22

26. Mana-mana orang yang mengimport atau cuba mengimport atau bersubahat dalam pengimportan apa-apa dokumen atau penerbitan atau tanpa alasan yang sah memiliki apa-apa dokumen atau penerbitan yang diimport berlanggaran dengan suatu perintah di bawah seksyen 22 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh, bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh, bagi kesalahan yang berikutnya, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Mengeposkan pelekat, dsb.

27. Mana-mana orang yang mengeposkan atau membahagikan apa-apa pelekat, surat pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan atau mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau apa-apa perintah yang sah, atau mungkin menyebabkan pecah keamanan melakukan suatu kesalahan.

Penyebaran laporan palsu

28. Mana-mana orang yang melalui percakapan atau tulisan atau dalam apa-apa surat khabar, majalah berkala, buku, surat pekeliling atau penerbitan bercetak yang lain atau melalui apa-apa cara lain menyebarkan laporan palsu atau membuat pernyataan palsu yang mungkin menyebabkan kecemasan awam melakukan suatu kesalahan.

Pemilikan dokumen subversif

29. (1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah membawa atau memiliki atau mempunyai di bawah kawalannya apa-apa dokumen subversif melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang atau mana-mana pemegang jawatan dalam mana-mana persatuan atau mana-mana anggota atau ejen yang bertanggungjawab dalam mana-mana organisasi yang menerima apa-apa dokumen subversif hendaklah tanpa berlengah menyerahkannya kepada seorang pegawai polis; dan mana-mana orang, pemegang jawatan, anggota atau ejen yang tidak berbuat demikian, atau yang menyampaikannya kepada mana-mana orang lain atau yang menerbitkan atau menyebabkan kandungan apa-apa dokumen tersebut diterbitkan, melainkan jika dia dibenarkan berbuat demikian oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya.

(3) Dalam seksyen ini “dokumen subversif” ertinya apa-apa dokumen yang mempunyai pada sebahagiannya atau pada keseluruhannya kecenderungan—

(a) untuk membangkitkan keganasan terancang terhadap orang atau harta di Malaysia;

(b) untuk menyokong, mengembangkan atau menganjurkan apa-apa tindakan yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam di dalamnya atau mengapikan keganasan atau mengesyorkan keingkaran kepada undang-undangnya atau apa-apa perintah yang sah di dalamnya; atau

(c) untuk mendorong, memohon atau meminta sokongan untuk atau kerana apa-apa kutipan, sumbangan, caruman atau derma, sama ada dalam bentuk wang atau barangbarang,bagi faedah atau kegunaan secara langsung atau tidak langsung orang yang bercadang hendak bertindak atau hampir bertindak, atau yang telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau penyenggaraan ketenteraman awam di dalamnya, atau yang mengapikan keganasan di dalamnya atau mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau apa-apa perintah yang sah di dalamnya.

(4) Tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen subversif hendaklah dianggap sebagai dokumen subversif sehingga dibuktikan sebaliknya; dan jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa seseorang membawa atau memiliki atau mempunyai di bawah kawalannya suatu dokumen subversif dia hendaklah disifatkan telah mengetahui kandungan dan jenis kandungan dokumen itu:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah—

(a) bahawa dia tidak mengetahui kandungan dan jenis kandungan dokumen subversif yang dibawa atau dimilikinya atau di bawah kawalannya; dan

(b) bahawa dia membawa atau memiliki atau mempunyai di bawah kawalannya dokumen subversif itu dalam hal keadaan sedemikian sehingga dia tidak pada bila-bila masa pun mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa dokumen itu ialah suatu dokumen subversif.

Kuasa menggeledah dan menyita dokumen

30. (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan—

(a) memasuki dan menggeledah mana-mana premis; atau

(b) memberhentikan dan menggeledah mana-mana kenderaan,vesel, kereta api, pesawat udara atau memeriksa manamana individu, sama ada di tempat awam atau tidak,jika dia mengesyaki bahawa apa-apa dokumen, penerbitan, benda atau artikel yang menjadi keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan terhadap Bab ini mungkin boleh dijumpai dalam kenderaan,vesel, kereta api, pesawat udara atau pada individu itu, dan boleh menyita apa-apa dokumen, penerbitan, benda atau artikel yang dijumpai sedemikian.

(2) Apa-apa dokumen, penerbitan, benda atau artikel yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dimusnahkan atau selainnya dilupuskan mengikut cara yang diperintahkan oleh Ketua Polis.

(3) Ketua Polis hendaklah, apabila membuat perintah di bawah subseksyen (2), jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemunya, atau orang yang memilikinya sebaik sebelum dokumen, penerbitan, benda atau artikel itu disita, berada di Malaysia,menyebabkan suatu notis disampaikan kepada orang itu memberitahu terma perintah itu kepadanya.

(4) Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh merayu terhadap perintah itu kepada Menteri:

Dengan syarat bahawa tiada rayuan terhadap sesuatu perintah boleh dibenarkan melainkan jika notis rayuan secara bertulis, berserta dengan sebab bagi rayuan itu, diberikan kepada Ketua Polis dan kepada Menteri dalam tempoh empat belas hari dari penyampaian notis mengenai perintah itu di bawah subseksyen (3).

(5) Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (2)ia hendaklah dilaksanakan hanya jika belum ada rayuan dibuat terhadapnya atau jika apa-apa rayuan terhadapnya telah ditolak atau ditinggalkan.

(6) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

Pelupusan dokumen subversif, dsb.

31. (1) Jika prosiding telah diambil berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Bab ini mahkamah yang olehnya atau di hadapannya pesalah yang dikatakan itu dibicarakan hendaklah,atas permohonan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa, semasa pemutusan muktamad prosiding itu memerintahkan supaya apa-apa dokumen, penerbitan,benda atau artikel yang menjadi ekshibit dalam prosiding itu diserahkan kepada pegawai itu untuk dilupuskan di bawah subseksyen 30(2).

(2) Bagi maksud seksyen ini prosiding tidaklah boleh disifatkan sebagai telah diputuskan dengan muktamadnya selagi ada apa-apa rayuan yang belum selesai dalam perkara mengenai prosiding itu;dan sesuatu rayuan dalam perkara itu hendaklah disifatkan sebagai belum selesai dalam masa biasa yang di dalamnya sesuatu rayuan boleh dibuat, dan jika sesuatu rayuan dibuat dengan sewajarnya,rayuan itu hendaklah disifatkan sebagai belum selesai sehingga ia diputuskan atau ditarik balik.

BAB IV

Kawalan mengenai Keraian dan Pameran

Kuasa untuk menghendaki maklumat

32. (1) Penaja dan tiap-tiap orang yang terlibat dengan penajaan apa-apa keraian atau pameran dan tuan punya mana-mana premis yang apa-apa keraian atau pameran itu diadakan atau dicadangkan hendak diadakan, hendaklah atas perintah bertulis Menteri atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri bagi maksud itu, memberikan Menteri atau pegawai itu apa-apa maklumat yang dinyatakan oleh Menteri atau pegawai itu yang berhubungan dengan perkara yang berikut:

(a) butir-butir mengenai orang yang terlibat dengan penajaan keraian atau pameran itu dan mengenai kepentingan yang diwakili oleh mereka itu;

(b) butir-butir mengenai orang yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian atau telah mengambil bahagian dalam keraian atau pameran itu atau telah diundang untuk berbuat demikian dan mengenai kepentingan yang diwakili oleh mereka itu;

(c) maksud yang baginya apa-apa keuntungan daripada keraian atau pameran itu dicadangkan untuk digunakan atau telah digunakan; dan

(d) apa-apa perkara lain yang diarahkan oleh Menteri.

(2) Mana-mana orang yang memberikan sebagai benar, maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) yang dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu palsu atau tidak lengkap melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 41.

(3) Sekiranya apa-apa keraian atau pameran yang berkenaan dengannya maklumat telah diberikan di bawah subseksyen (1) dijalankan dengan apa-apa cara yang berlawanan dengan maklumat yang diberikan sedemikian orang yang memberikan maklumat itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 41.

Kuasa untuk mengenakan syarat

33. (1) Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa perlu untuk berbuat demikian untuk menjamin bahawa apa-apa keraian atau pameran tidak menjadi suatu keraian atau pameran yang baginya seksyen 35 terpakai, dengan perintah bertulis menghendaki penaja dan tiap-tiap orang yang terlibat dengan penajaan keraian atau pameran itu dan tuan punya mana-mana premis yang apa-apa keraian atau pameran itu diadakan atau dicadangkan hendak diadakan,untuk mematuhi apa-apa syarat yang berhubungan dengan pengadaan keraian atau pameran yang dinyatakan olehnya.

(2) Tiap-tiap orang yang melanggar atau tidak mematuhi apaapa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 41:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan bahawa pelanggaran atau kegagalan mematuhi syarat yang berkenaan dengannya dia dipertuduh telah dilakukan tanpa kebenaran,persetujuan dan pengetahuannya, dan tanpa ketidakcermatan atau ketidakhematan yang sewajarnya bagi pihaknya.

(3) Menteri boleh, jika difikirkannya perlu dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki mana-mana orang yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) telah dibuat untuk mengikat suatu bon, dengan atau tanpa jaminan, dalam apaapa jumlah wang yang diarahkan oleh Menteri, supaya syarat yang terkandung dalam perintah itu dipatuhi.

Penaja, dsb., hendaklah hadir di tempat keraian atau pameran

34. (1) Penaja dan tiap-tiap orang yang berkenaan dengan penajaan apa-apa keraian atau pameran yang menjadi subjek suatu perintah di bawah seksyen 33 dan tuan punya mana-mana premis yang apaapa keraian atau pameran sedemikian diadakan hendaklah secara berasingan, dan sama ada dengan sendirinya atau melalui seorang ejen yang diberi kuasa dengan sewajarnya yang diluluskan bagi maksud itu oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, hadir pada sepanjang tempoh tiap-tiap pelaksanaan atau pertunjukan tiap-tiap keraian atau pameran sedemikian.

(2) Menteri boleh secara bertulis mengecualikan mana-mana orang sama ada dengan mutlak atau tertakluk kepada syarat yang ditetapkan olehnya daripada subseksyen (1).

Kuasa untuk melarang keraian atau pameran tertentu

35. (1) Menteri boleh melalui perintah melarang diadakan atau boleh mengarahkan supaya ditutup mana-mana keraian atau pameran—

(a) jika dia berpuas hati bahawa keraian atau pameran itu adalah atau mungkin dalam apa-apa cara mendatangkan bahaya kepada kepentingan negara;

(b) jika telah ada berkenaan dengan keraian atau pameran itu apa-apa keengganan atau kegagalan untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki diberikan di bawah seksyen 32, atau jika apa-apa maklumat yang telah diberikan sedemikian adalah palsu atau tidak lengkap; atau

(c) jika telah ada berkenaan dengan keraian atau pameran itu apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi apaapa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 33.

(2) Penaja dan tiap-tiap orang yang berkenaan dengan penajaan apa-apa keraian atau pameran yang diadakan atau diteruskan berlanggaran dengan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1)dan tuan punya mana-mana premis yang pameran itu diadakan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 41:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan bahawa keraian atau pameran yang berkenaan dengannya dia dipertuduh itu telah ditaja atau diteruskan tanpa kebenaran,persetujuan dan pengetahuannya dan tanpa ketidakcermatan atau ketidakhematan yang sewajarnya bagi pihaknya.

Kuasa kemasukan dan penyiasatan

36. (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri secara bertulis bagi maksud itu boleh tanpa waran memasuki mana-mana premis yang apa-apa keraian atau pameran diadakan atau dicadangkan hendak diadakan dengan tujuan untuk menentukan sama ada Bab ini atau apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya dipatuhi, dan boleh membuat apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan ke atas premis itu dan meminta mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa makalah, buku, akaun, tiket atau dokumen atau benda lain dan memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan oleh pegawai atau orang itu perlu bagi maksud itu:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpakaian seragam yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa di bawah subseksyen ini, apabila dituntut, hendaklah mengemukakan pemberikuasaan bertulisnya untuk menjalankan kuasa ini kepada mana-mana orang yang menuntutnya dengan sah.

(2) Mana-mana orang yang—

(a) menghalang mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa yang dengan sahnya menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah subseksyen(1) daripada masuk atau memeriksa mana-mana premis atau berlengah dalam mengemukakan apa-apa makalah,buku, akaun atau dokumen atau benda lain yang dia telah diminta oleh pegawai atau orang yang diberi kuasa itu untuk mengemukakan dan yang adalah atau sepatutnya dalam perjalanan urusan biasa dalam kuasanya untuk mengemukakan;

(b) enggan memberikan apa-apa maklumat yang dia dikehendaki memberi oleh pegawai atau orang yang diberi kuasa itu atau yang apabila dikehendaki memberikan maklumat oleh pegawai atau orang yang diberi kuasa itu,memberikan maklumat palsu atau yang mengelirukan;atau

(c) menghalang penyitaan apa-apa dokumen atau benda lain di bawah seksyen 38, atau penutupan mana-mana keraian atau pameran di bawah seksyen 39, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 41.

Penggeledahan

37. (1) Mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa kemasukan atau penyiasatan di bawah seksyen 36 boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki mana-mana premis jika difikirkannya perlu dan jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah Bab ini atau apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai sebagai terlibat dalam pengurusan atau penajaan apa-apa keraian atau pameran atau sebagai pekhidmat atau ejen penaja itu atau tuan punya premis itu.

(2) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

Kuasa penyitaan

38. Mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa kemasukan atau penyiasatan di bawah seksyen 36 boleh menyita apa-apa dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya dia semunasabahnya mempercayai suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Bab ini atau apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya atau yang dia semunasabahnya mempercayai sebagai atau mengandungi keterangan yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menjejaskan kuasa seorang pegawai polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Kuasa penutupan

39. Mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk menjalankan kuasa kemasukan atau penyiasatan di bawah seksyen 36 boleh, tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen itu, dengan serta-merta mengambil apaapa langkah yang difikirkannya perlu untuk menutup apa-apa keraian atau pameran yang dia berpuas hati dibuka berlanggaran dengan apa-apa perintah di bawah seksyen 33 atau 35.

Liabiliti prinsipal bagi perbuatan pekhidmat

40. Bagi maksud Bab ini dan apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya tiap-tiap orang adalah bertanggungan bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kemungkiran mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil kerja olehnya, dengan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kemungkiran itu telah dibuat atau dilakukan oleh orang itu;tetapi bagaimanapun tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan liabiliti ejen atau pekhidmat itu, dan dengan syarat bahawa liabiliti prinsipal tidak boleh meluas kepada hukuman pemenjaraan melainkan jika dia mengambil bahagian dalam kesalahan itu.

Kesalahan lain terhadap Bab ini dan pensubahatan

41. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi manamana peruntukan Bab ini atau apa-apa perintah yang dibuat atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawahnya, atau bersubahat dengan pelanggaran atau kegagalan itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

BAB V

Kuasa lain bagi Pencegahan Subversif

Kuasa yang berhubungan dengan pelantikan

41A. (1) Jika mana-mana undang-undang bertulis memberikan apaapa kuasa yang berhubungan dengan apa-apa pelantikan kepada mana-mana orang, badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah undang-undang itu, Menteri melalui perintah boleh menghendaki bahawa sebelum dibuat apa-apa pelantikan, orang, badan atau pihak berkuasa itu hendaklah menyerahkan kepadanya—

(a) suatu senarai nama orang yang daripadanya pelantikan itu akan dibuat; dan

(b) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Orang, badan atau pihak berkuasa sedemikian tidak boleh melantik atau merekrut mana-mana orang yang pelantikannya pada pendapat Menteri memudaratkan kepentingan Malaysia.

(3) Tiada seorang pun selain dalam menjalankan tugas rasminya boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa komunikasi yang diterimanya daripada Menteri di bawah subseksyen (2).

Kuasa untuk menutup sekolah atau institusi pendidikan

41B. (1) Menteri, jika dia berpuas hati pada bila-bila masa bahawa sesuatu sekolah atau institusi pendidikan digunakan—

(a) bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau kepentingan awam;

(b) bagi maksud pengajaran yang memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan murid; atau

(c) sebagai suatu tempat perjumpaan bagi pertubuhan yang menyalahi undang-undang, dan bahawa hal keadaan menghendaki sedemikian boleh membuat suatu perintah menutup sekolah atau institusi pendidikan itu bagi sesuatu tempoh tidak melebihi enam bulan pada mana-mana satu masa, sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.

(2) Lembaga pengurus atau pengelola atau pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab mengenai mana-mana sekolah atau institusi pendidikan, yang terkilan dengan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), boleh dalam tempoh satu bulan dari tarikh perintah itu, membuat bantahan terhadap perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang keputusannya muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(3) Dalam seksyen ini, “sekolah” dan “institusi pendidikan”mempunyai pengertian yang sama sebagaimana dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Kawalan terhadap penerimaan masuk ke institusi pendidikan tinggi

41C. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undangundang bertulis yang lain, tiada seorang pun boleh diterima masuk sebagai seorang pelajar di mana-mana institusi pendidikan tinggi yang baginya seksyen ini terpakai melainkan jika dia memegang suatu perakuan kelayakan bagi penerimaan masuk ke dalam institusi pendidikan tinggi itu yang dikeluarkan kepadanya mengikut peruntukan seksyen ini yang berikut:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi—

(i) mana-mana orang yang biasanya bermastautin di luar Malaysia yang penerimaan masuknya ke mana-mana institusi sedemikian telah disyorkan oleh mana-mana orang atau badan yang ditetapkan bagi maksud seksyen ini oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan;

(ii) kakitangan pengajar institusi itu yang bercadang untukmembuat kerja ijazah lanjutan;

(iii) orang yang bukan pelajar yang telah diterima masuk yang bercadang hendak menghadiri kelas di luar yang dikelolakan oleh institusi itu; dan

(iv) mana-mana orang lain yang dikecualikan daripada seksyen ini oleh Menteri mengikut budi bicaranya.

(2) Mana-mana orang yang menghendaki perakuan kelayakan untuk diterima masuk ke mana-mana institusi pendidikan tinggi hendaklah bagi maksud diterima masuk memohon secara bertulis kepada pegawai pendidikan utama bagi Negeri dia biasanya bermastautin atau, jika dia biasanya bermastautin di luar Malaysia,kepada Ketua Pengarah Pendidikan, dan pegawai pendidikan utama atau Ketua Pengarah Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya sesuai, hendaklah mengeluarkan perakuan itu melainkan jika ternyata padanya ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemohon itu, jika diterima masuk ke institusi yang berkenaan,mungkin akan memajukan, atau selainnya mengambil bahagian dalam tindakan yang memudaratkan kepentingan atau keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya.

(3) Mana-mana orang yang permohonannya untuk mendapatkan perakuan di bawah seksyen ini telah ditolak boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh lapan hari yang bermula pada tarikh yang dia diberitahu mengenai keputusan itu, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri; dan atas rayuan sedemikian, Menteri—

(a) jika dia berpuas hati mengenai kewujudan alasan yang disebut dalam subseksyen (2), hendaklah mengesahkan keputusan itu; dan

(b) dalam mana-mana hal lain, hendaklah mengarahkan supaya suatu perakuan dikeluarkan.

(4) Keputusan Menteri atas apa-apa rayuan di bawah subseksyen (3) muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(5) Institusi pendidikan tinggi yang baginya seksyen ini terpakai seperti yang berikut:

(a) Universiti Malaya; dan

(b) mana-mana institusi pendidikan tinggi yang lain yang ditetapkan oleh Menteri bagi maksud seksyen ini melalui pemberitahuan dalam Warta,dan sebutan dalam seksyen ini mengenai penerimaan masuk seseorang sebagai seorang pelajar ke mana-mana institusi sedemikian ialah sebutan mengenai pendaftarannya atau untuk menghadiri apa-apa kursus pengajian yang disediakan oleh institusi itu.

(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengecualikan daripada seksyen ini mana-mana pelajar yang pengajiannya telah terputus bagi tempoh satu tahun atas alasan tatatertib atau alasan lain, walaupun pelajar itu telah dahulunya diterima masuk atau namanya masih ada dalam daftar institusi itu. Kuasa berhubung dengan murid, dsb., yang melawat Malaysia

42. (1) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah bertulis melarang, kecuali mengikut kebenaran bertulis Ketua Polis yang diperoleh terlebih dahulu, semua atau mana-mana murid,pelajar, guru atau anggota yang dinamakan atau mana-mana golongan murid, pelajar, guru atau anggota mana-mana sekolah, kolej, institusi pendidikan atau kesatuan atau persatuan pelajar, yang ditentukan dalam perintah itu dan—

(i) terletak atau ditubuhkan di luar Semenanjung Malaysia* yang memasuki atau membuat perjalanan di dalamnya;atau

(ii) terletak atau ditubuhkan di luar Sabah dan Sarawak yang memasuki atau membuat perjalanan di dalam Negeri-Negeri itu atau salah satu daripadanya, sebagai suatu kumpulan, atau sebagai salah seorang daripada kumpulan yang terdiri daripada lima orang murid, pelajar, guru atau anggota sedemikian atau lebih, atau, bagi maksud melaksanakan sebagai salah seorang daripada suatu kumpulan orang sedemikian apa-apa tujuan bersama di dalam Semenanjung Malaysia* atau di dalam Negeri Sabah dan Sarawak atau salah satu daripadanya,mengikut mana-mana yang berkenaan, selain untuk memasuki atau membuat perjalanan di dalamnya.

(2) Ketua Polis boleh memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1) tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan, dan, sebagai suatu syarat terdahulu kepadanya, dia boleh menghendaki murid, pelajar, guru atau anggota yang berkenaan itu atau ibu bapa murid, pelajar atau anggota itu atau mana-mana orang lain yang difikirkannya memuaskan, untuk memberikan apa-apa jaminan melalui bon atau selainnya yang difikirkannya mencukupi untuk memastikan pematuhan dan pemenuhan wajar syarat yang dikenakan.

(3) Jika mana-mana Ketua Pegawai Polis mempunyai sebab untuk mempercayai—

(a) bahawa seseorang itu ialah seorang murid, pelajar, guru atau anggota yang tersentuh oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), dan bahawa dia—

(i) telah memasuki Semenanjung Malaysia* atau Sabah atau Sarawak dari suatu tempat di luarnya dan telah tidak sejak tarikh kemasukan itu tinggal berterusan di situ bagi suatu tempoh melebihi tiga bulan;

(ii) bukan pemegang suatu kad pengenalan yang sah yang dikeluarkan kepadanya di dalam, dan menunjukkan suatu alamat di dalam, Semenanjung Malaysia* atau Sabah atau Sarawak mengikut undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kad pengenalan yang sedang berkuat kuasa; dan (iii) telah melanggar atau bercadang hendak melanggar mana-mana perintah sedemikian; atau

(b) bahawa mana-mana orang yang telah memperoleh kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1) telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan ke atasnya di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan kebenaran itu,Ketua Pegawai Polis boleh melalui perintah bertulis—

(i) mengarahkan supaya orang itu dikehendaki meninggalkan Semenanjung Malaysia* atau Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu dan selepas itu terus berada di luar wilayah itu bagi tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian perintah itu kepadanya,atau bagi apa-apa tempoh yang lebih kurang daripada itu yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Polis; atau

(ii) mengarahkan supaya orang itu diambil ke dalam jagaan dan, dengan secepat yang mungkin, dibawa ke seberang perbatasan, dan orang itu boleh ditahan dengan sah untuk seberapa lama yang perlu untuk melaksanakan pemindahannya; dan orang yang dipindahkan sedemikian hendaklah terus berada di luar wilayah yang disebut terdahulu bagi suatu tempoh enam bulan dari tarikh pemindahannya.

(4) Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini atau yang melakukan suatu pelanggaran apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

(5) Seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa untuk membenarkan pemindahan dari Semenanjung Malaysia* mana-mana orang yang ialah seorang warganegara atau dari Sabah dan Sarawak manamana orang yang ialah seorang warganegara menurut perenggan 2 Bahagian I Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

(6) Kuasa Ketua Polis di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penguasa yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Polis.

BAB VI

Pelbagai

Cubaan untuk melakukan kesalahan dan membantu pesalah

43. (1) Tanpa menjejaskan kuat kuasa Bab V Kanun Keseksaan,mana-mana orang yang cuba melakukan, atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi melakukan suatu kesalahan terhadap Bahagian ini hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2) Tiada seorang pun yang mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang lain melakukan suatu kesalahan terhadap Bahagian ini boleh memberi orang lain itu apa-apa bantuan dengan niat oleh itu untuk mencegah,menghalang atau mengganggu pemberkasan, perbicaraan atau penghukuman orang itu bagi kesalahan itu.

Kesalahan lain di bawah Bahagian ini dan pensubahatan

44. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Bahagian ini atau apa-apa perintah atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan di bawahnya atau bersubahat dalam pelanggaran atau kegagalan yang selainnya tidak diisytiharkan sebagai suatu kesalahan,melakukan suatu kesalahan.

Penalti am di bawah Bahagian ini

44A. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan terhadap Bahagian ini yang baginya tiada penalti yang khas diperuntukkan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penangkapan

45. Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkapmana-mana orang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan terhadap Bahagian ini atau ialah seorang yang diperintahkan supaya ditahan menurut Bahagian ini.

Penguatkuasaan bon

46. (1) Jika mana-mana orang dikehendaki mengikat suatu bon di bawah subseksyen 8(6), atau di bawah subseksyen 10(1), atau di bawah subseksyen 33(3), bon itu bolehlah dikuatkuasakan oleh mana-mana Majistret atas permohonan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, mengikut cara yang sama seperti yang di bawah Kanun Tatacara Jenayah Mahkamah Majistret boleh menguatkuasakan sesuatu bon yang dikehendaki oleh Mahkamah itu dikuatkuasakan di bawah Kanun itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mencegah penalti atau apa-apa bahagiannya mengenai apa-apa bon itu daripada didapatkan semula melalui guaman atau tindakan di mahkamah daripada orang yang mengikat bon itu atau daripada penjaminnya, mengikut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan prosiding Kerajaan.

BAHAGIAN III

PERUNTUKAN KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAWASAN KESELAMATAN

BAB I

Proklamasi Kawasan Keselamatan

Proklamasi kawasan keselamatan 47. (1) Jika pada pendapat Yang di-Pertuan Agong keselamatan awam di mana-mana kawasan di Malaysia diganggu atau diancam dengan serius oleh sebab apa-apa tindakan yang diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, untuk menyebabkan atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan terancang terhadap orang atau harta, dia boleh, jika difikirkannya perlu bagi maksud menghapuskan keganasan terancang itu, memproklamasikan kawasan itu sebagai suatu kawasan keselamatan bagi maksud Bahagian ini.

(2) Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1)terpakai hanya bagi mana-mana kawasan yang dinyatakan dalamnya dan hendaklah berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau diungkai melalui ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen:

Dengan syarat bahawa apa-apa pembatalan atau pengungkaian itu tidak menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan terdahulu menurut kuasa proklamasi itu.

(3) Sesuatu proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1)hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri untuk membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya dan proklamasi itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja pemberitahuan itu dibuat, tanpa disiarkan dalam Warta.

(4) Suatu salinan tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di hadapan Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin selepas ia dibuat.

BAB II

Kuasa yang Berhubungan dengan Pemeliharaan Keselamatan Awam

Kawasan bahaya

48. (1) Menteri, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi keselamatan awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang akan disiarkan dalam Warta, boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan di dalam sesuatu kawasan keselamatan sebagai kawasan bahaya.

(2) Had dan luasnya tiap-tiap kawasan bahaya hendaklah ditandakan di tempat itu dengan apa-apa cara yang akan, pada pendapat Menteri, menjadikannya nyata kepada orang di dalam atau di sekitar kawasan yang berkenaan itu bahawa kawasan itu telah diisytiharkan sebagai suatu kawasan bahaya.

(3) Tiada seorang pun boleh memasuki atau berada di dalam sesuatu kawasan bahaya, dan mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen ini melakukan suatu kesalahan:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi anggota angkatan keselamatan dalam melaksanakan tugas mereka atau bagi mana-mana orang yang ditemani oleh mana-mana anggota itu.

(4) Mana-mana anggota angkatan keselamatan boleh di dalam sesuatu kawasan bahaya mengambil apa-apa langkah, sebagaimana termasuk cara yang membahayakan atau yang membawa maut kepada nyawa manusia, sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memastikan bahawa tiada seorang pun yang dilarang daripada memasuki atau berada di dalam suatu kawasan bahaya akan memasuki atau berada di dalam kawasan itu.

(5) Tiada apa-apa jenis tuntutan boleh terakru kepada, atau berkenaan dengan apa-apa kecederaan yang ditanggung oleh,mana-mana orang akibat daripada orang itu memasuki atau berada di dalam sesuatu kawasan bahaya berlanggaran dengan subseksyen (3):

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak menghalang pemberian pampasan di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71 jika, dalam hal keadaan tertentu yang di bawahnya seseorang yang menanggung kecederaan itu memasuki atau berada di dalam sesuatu kawasan bahaya, pihak berkuasa yang diberikan kuasa untuk memberikan pampasan di bawahnya memikirkannya saksama untuk memberikan pampasan itu.

(6) Jika mana-mana tanah, bangunan atau harta tak alih lain yang berada di dalam sesuatu kawasan bahaya, suatu tuntutan untuk mendapatkan pampasan berkenaan dengan tanah, bangunan atau harta tak alih lain itu boleh dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71.

Kawasan terkawal

49. (1) Menteri, jika difikirkannya suai manfaat bagi keselamatan awam untuk berbuat demikian, boleh membuat suatu perintah, yang akan disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan di dalam sesuatu kawasan keselamatan sebagai suatu kawasan terkawal, dan dalam perintah yang sama atau kemudiannya, boleh mengisytiharkan mana-mana bahagian tertentu kawasan terkawal itu sebagai suatu bahagian kediaman. (2) Tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah mengisytiharkan— (a) bahawa selepas tamat sesuatu tempoh yang hendaklah ditentukan dalam perintah itu (yang hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari dari tarikh itu) dan tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang baginya peruntukan boleh dibuat oleh perintah yang sama atau perintah kemudiannya dan kepada apa-apa syarat yang atasnya pengecualian itu boleh diberikan, tiada seorang pun boleh bermastautin atau terus bermastautin di dalam mana-mana bahagian sesuatu kawasan terkawal selain bahagian kediaman; dan Keselamatan Dalam Negeri 53 (b) bahawa antara apa-apa waktu atau pada bila-bila masa yang ditentukan dalam perintah itu dan tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang baginya peruntukan boleh dibuat oleh perintah yang sama atau perintah kemudiannya dan kepada apa-apa syarat yang atasnya pengecualian itu boleh diberikan, tiada seorang pun boleh memasuki atau berada di dalam mana-mana bahagian kawasan terkawal itu selain bahagian kediaman. (3) Mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan. (4) Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi— (a) Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri; (b) mana-mana anggota angkatan keselamatan apabila bertindak dalam menjalankan tugasnya; dan (c) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis. Tempat terkawal 50. (1) Jika, berkenaan dengan mana-mana tempat atau premis di dalam mana-mana kawasan keselamatan, ternyata pada Ketua Pegawai Polis sebagai perlu atau suai manfaat bagi kepentingan keselamatan atau ketenteraman awam, atau bagi penyenggaraan perbekalan atau perkhidmatan yang perlu bagi kehidupan komuniti, bahawa tindakan berjaga-jaga yang khas patut diambil untuk mencegah kemasukan orang yang tidak dibenarkan, Ketua Pegawai Polis boleh melalui perintah mengisytiharkan tempat atau premis itu sebagai suatu tempat terkawal bagi maksud Bahagian ini; dan selagi perintah itu masih berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang baginya peruntukan boleh dibuat dalam perintah itu, memasuki atau berada di tempat atau premis itu tanpa kebenaran mana-mana pihak berkuasa atau orang yang ditentukan dalam perintah itu. (2) Jika, menurut seksyen ini, mana-mana orang diberikan kebenaran untuk berada di dalam sesuatu tempat terkawal, orang itu, semasa bertindak di bawah kebenaran itu, hendaklah mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia kelakuannya sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pegawai Polis atau pihak berkuasa atau orang yang memberikan kebenaran itu. 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (3) Mana-mana pegawai polis, atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki atau cuba memasuki, atau yang berada di dalam sesuatu tempat terkawal dan boleh menahan mana-mana orang sedemikian bagi maksud memeriksanya. (4) Jika mana-mana orang berada di dalam sesuatu tempat terkawal berlanggaran dengan seksyen ini atau, semasa berada di dalam tempat itu, tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan di bawah seksyen ini, maka tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang mungkin diambil terhadapnya, dia boleh dipindahkan dari tempat itu oleh mana-mana pegawai polis atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penduduk premis itu. (5) Mana-mana orang yang berada di dalam sesuatu tempat terkawal berlanggaran dengan seksyen ini atau yang apabila dicabar oleh seorang pegawai polis dengan sengaja tidak berhenti atau dengan menyalahi undang-undang enggan membenarkan dirinya diperiksa melakukan suatu kesalahan. (6) Sah bagi Ketua Pegawai Polis untuk mengambil atau menyebabkan supaya diambil apa-apa langkah sebagaimana yang disifatkannya perlu bagi perlindungan mana-mana tempat terkawal, dan langkah itu boleh meluas kepada pengambilan langkah pertahanan yang melibatkan atau mungkin melibatkan bahaya kepada nyawa mana-mana orang yang memasuki atau cuba memasuki tempat terkawal itu. (7) Jika apa-apa langkah yang melibatkan apa-apa bahaya sebagaimana yang disebut terdahulu diambil, Ketua Pegawai Polis hendaklah menyebabkan apa-apa tindakan berjaga-jaga diambil, termasuk menunjukkan dengan jelas notis amaran, yang disifatkan semunasabahnya perlu untuk mencegah kemasukan ke dalam manamana tempat terkawal secara tidak sengaja atau cuai, dan jika tindakan berjaga-jaga itu telah diambil dengan sewajarnya, tiada seorang pun berhak kepada pampasan atau ganti rugi berkenaan dengan kecederaan yang diterima atau kematian yang disebabkan oleh apa-apa kemasukan tanpa kebenaran ke dalam mana-mana tempat terkawal itu. (8) Bagi maksud seksyen ini “pegawai polis” termasuklah— (a) mana-mana anggota angkatan keselamatan; (b) mana-mana pegawai penjara; dan Keselamatan Dalam Negeri 55 (c) mana-mana orang lain yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal yang pelantikannya telah sama ada secara khas atau am dibenarkan oleh seorang Ketua Pegawai Polis. (9) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. Penahanan masuk orang 51. Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah bertulis menahan masuk mana-mana orang dari Daerah Polis di bawah jagaannya atau dari mana-mana bahagiannya dan Daerah atau bahagian itu menjadi sebahagian kawasan keselamatan. Perintah berkurung 52. (1) Tiap-tiap orang di dalam mana-mana Daerah Polis atau sebahagiannya di dalam suatu kawasan keselamatan yang ditetapkan melalui perintah oleh Pegawai Penjaga Daerah Polis hendaklah berada di dalam rumah, atau di dalam mana-mana kawasan yang ditentukan dalam perintah itu, antara apa-apa waktu yang ditentukan dalam perintah itu, melainkan jika dia memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu yang dikeluarkan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Sub-Inspektor. (2) Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi— (a) Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri; (b) mana-mana anggota angkatan keselamatan apabila bertindak dalam menjalankan tugasnya; atau (c) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis. Kuasa untuk mengambil milik tanah atau bangunan 53. (1) Menteri boleh jika didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keselamatan awam, atau bagi mengadakan tempat tinggal bagi mana-mana angkatan keselamatan, mengambil milik mana-mana tanah atau mana-mana 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 bangunan atau bahagian sesuatu bangunan di dalam mana-mana kawasan keselamatan dan boleh memberikan apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilan milik tanah atau bangunan itu. (2) Mana-mana pegawai polis boleh mengambil apa-apa langkah dan menggunakan apa-apa paksaan yang didapatinya adalah semunasabahnya perlu bagi memastikan pematuhan arahan yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1). (3) Sementara mana-mana tanah atau bangunan berada dalam milik Menteri menurut kuasa seksyen ini, tanah atau bangunan itu, walau apa pun sekatan yang dikenakan ke atas penggunaannya (sama ada melalui mana-mana undang-undang bertulis atau surat cara lain atau selainnya), boleh digunakan oleh, atau di bawah kuasa Menteri bagi apa-apa maksud, dan dengan apa-apa cara, yang difikirkan suai manfaat oleh Menteri demi kepentingan keselamatan awam atau bagi mengadakan tempat tinggal bagi manamana angkatan keselamatan; dan Menteri, setakat yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilan milik atau penggunaan tanah atau bangunan itu menurut subseksyen ini— (a) boleh melakukan, atau membenarkan orang yang menggunakan tanah atau bangunan yang disebut terdahulu untuk melakukan, berhubung dengan tanah atau bangunan itu, apa-apa jua yang mana-mana orang yang mempunyai kepentingan dalam tanah atau bangunan itu berhak melakukannya menurut kuasa kepentingan itu; dan (b) boleh melalui perintah mengadakan peruntukan bagi melarang atau menghadkan penggunaan hak lalu-lalang ke atas tanah atau bangunan itu, dan hak lain yang berhubungan dengannya yang dinikmati oleh mana-mana orang, sama ada menurut kepentingan dalam tanah itu atau selainnya. (4) Pemunya atau penduduk mana-mana tanah atau bangunan, jika diminta oleh atau bagi pihak Menteri untuk berbuat demikian, hendaklah memberikan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam permintaan itu apa-apa maklumat yang berada dalam miliknya yang berhubungan dengan tanah atau bangunan itu (yang berupa maklumat yang boleh dengan Keselamatan Dalam Negeri 57 semunasabahnya dikehendaki daripadanya berhubung dengan pelaksanaan seksyen ini) sebagaimana yang dinyatakan sedemikian. (5) Bagi maksud seksyen ini hendaklah ada satu jawatankuasa penasihat atau lebih yang terdiri daripada orang yang dilantik oleh Menteri; dan mana-mana jawatankuasa sedemikian boleh membuat kaedah-kaedah bagi perjalanan prosidingnya. (6) Mana-mana orang yang terkilan oleh sebab pengambilan milik mana-mana tanah atau bangunan di bawah seksyen ini boleh dalam masa empat belas hari selepas pengambilan milik dibuat memberikan notis bantahan terhadapnya kepada suatu jawatankuasa penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (5). (7) Pengerusi jawatankuasa penasihat yang kepadanya notis itu telah diberikan oleh seseorang yang terkilan hendaklah memberitahu mana-mana orang yang bagi pihaknya pengambilan milik tanah atau bangunan itu telah dibuat, dan jawatankuasa penasihat itu hendaklah sesudah itu menimbangkan bantahan yang dibuat oleh orang yang terkilan itu dan apa-apa alasan yang mungkin dikemukakan terhadap bantahan itu oleh orang yang bagi pihaknya pengambilan milik telah dibuat, dan hendaklah mengemukakan syornya kepada Menteri. (8) Menteri selepas menimbangkan syor jawatankuasa penasihat itu hendaklah memberikan apa-apa arahan mengenainya sebagaimana yang difikirkannya patut. Kuasa untuk memerintahkan pemusnahan bangunan tidak diduduki tertentu 54. (1) Jika di dalam mana-mana kawasan keselamatan manamana bangunan atau struktur tidak diduduki oleh sebab kuat kuasa mana-mana perintah yang dibuat di bawah Bab ini, Pegawai Penjaga Daerah Polis di mana bangunan atau struktur itu terletak boleh jika ternyata padanya— (a) ada kemungkinan bangunan atau struktur itu jika dikekalkan akan digunakan oleh mana-mana orang yang bercadang hendak, atau hampir, bertindak atau baru-baru ini telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan 58 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 awam atau oleh mana-mana orang lain yang mungkin melindungi mana-mana orang sedemikian; dan (b) adalah tidak praktik untuk mencegah penggunaan sedemikian dengan apa-apa cara yang lain, memusnahkan atau membenarkan pemusnahan bangunan atau struktur itu. (2) Pampasan hendaklah dibayar berkenaan dengan pemusnahan mana-mana bangunan atau struktur di bawah seksyen ini jika pihak menuntut memuaskan hati Menteri— (a) bahawa bangunan atau struktur itu telah didirikan oleh atau dengan persetujuan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas tanah yang di atasnya bangunan atau struktur itu didirikan; dan (b) bahawa bangunan atau struktur itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71: Dengan syarat bahawa pampasan boleh dibayar kepada pemunya atau penduduk mana-mana bangunan atau struktur yang didirikan oleh atau dengan izin orang yang berhak menurut undang-undang ke atas tanah yang di atasnya ia didirikan, walaupun bangunan atau struktur itu mungkin dilucuthakkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, jika pemunya atau penduduk itu memuaskan hati Menteri bahawa bangunan atau struktur itu telah digunakan oleh orang yang bercadang hendak, atau hampir, bertindak atau baru-baru ini telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau bahawa orang itu dilindungi atau telah dilindungi oleh pekhidmat atau ejennya, mengikut manamana yang berkenaan, tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah bangunan atau struktur itu daripada digunakan sedemikian atau pelindungan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Apa-apa pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah ditafsirkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71. Keselamatan Dalam Negeri 59 Kuasa untuk mengawal jalan, dsb. 55. (1) Mana-mana Pegawai Penjaga Daerah Polis atau manamana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh mana-mana Pegawai sedemikian boleh melalui perintah atau dengan memberikan arahan, atau dengan apa-apa cara lain, mengawal selia, menghadkan, mengawal atau melarang penggunaan mana-mana jalan atau laluan air di dalam mana-mana kawasan keselamatan oleh mana-mana orang atau golongan orang atau apa-apa kenderaan atau vesel atau jenis atau perihalan kenderaan atau vesel atau menutup manamana jalan atau laluan air di dalam kawasan itu. (2) Mana-mana Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh, melalui pengeluaran permit yang kepadanya syarat boleh disertakan atau dengan apa-apa cara lain, mengawal selia, menghadkan, mengawal atau melarang perjalanan oleh mana-mana orang atau golongan orang di dalam mana-mana kereta api, motokar, motor bas atau kenderaan daripada apa-apa perihalan di dalam mana-mana kawasan keselamatan, dan boleh dengan cara yang sama mengawal selia, menghadkan, mengawal atau melarang perjalanan oleh mana-mana orang di dalam mana-mana vesel di dalam kawasan itu. Kuasa untuk menyita beras dan makanan lain 56. (1) Semasa bertugas, mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Koperal atau mana-mana anggota angkatan keselamatan yang berperingkat atau berpangkat atau berperingkat atau berpangkat lebih tinggi daripada lasykar kanan atau pegawai tidak bertauliah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh menyita beras atau apa-apa artikel makanan yang lain di dalam mana-mana kawasan keselamatan yang oleh sebab kuantiti atau keadaannya boleh didapati atau mungkin boleh didapati atau akan menjadi boleh didapati oleh mana-mana orang yang bercadang hendak, atau hampir, bertindak atau baru-baru ini telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam. 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (2) Mana-mana pegawai polis atau anggota angkatan yang disebut terdahulu boleh tanpa waran memasuki dan menggeledah manamana premis jika dia mengesyaki bahawa apa-apa beras atau apaapa makanan yang boleh disita di bawah seksyen ini mungkin dijumpai di dalam premis itu. (3) Semasa bertugas, mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota angkatan keselamatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh menahan dan memeriksa mana-mana vesel, kenderaan atau individu di dalam mana-mana kawasan keselamatan, sama ada di tempat awam atau tidak, jika dia mengesyaki bahawa apa-apa beras atau apa-apa makanan yang boleh disita di bawah seksyen ini mungkin dijumpai di atas vesel, kenderaan atau pada individu itu. (4) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. BAB III Kesalahan yang Berhubungan dengan Kawasan Keselamatan Kesalahan yang berhubungan dengan senjata api, amunisi dan bahan letupan 57. (1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah, dan beban membuktinya adalah pada orang itu, di dalam mana-mana kawasan keselamatan membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya— (a) apa-apa senjata api tanpa kebenaran yang sah baginya; atau (b) apa-apa amunisi atau bahan letupan tanpa kebenaran yang sah baginya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati. Keselamatan Dalam Negeri 61 (2) Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kebenaran yang sah bagi maksud seksyen ini hanya jika dia— (a) ialah seorang pegawai polis atau seorang anggota angkatan keselamatan, atau mana-mana orang yang diambil kerja dengan Jabatan Penjara Malaysia, dan dalam tiap-tiap hal sedemikian membawa atau memiliki atau mempunyai di bawah kawalannya senjata api, amunisi atau bahan letupan itu dalam atau berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya; (b) ialah seorang yang dilesenkan dengan sewajarnya, atau dibenarkan tanpa suatu lesen, di bawah mana-mana undangundang bertulis yang sedang berkuat kuasa untuk membawa, memiliki atau mempunyai di bawah kawalannya senjata api, amunisi atau bahan letupan itu; atau (c) ialah seorang yang dikecualikan daripada seksyen ini oleh seorang Pegawai Penjaga Daerah Polis, atau ialah seorang anggota mana-mana golongan orang yang dikecualikan sedemikian oleh Ketua Polis melalui pemberitahuan dalam Warta: Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disifatkan mempunyai kebenaran yang sah bagi maksud seksyen ini atau dikecualikan daripada seksyen ini jika dia membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan itu bagi maksud menggunakannya dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam. (3) Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai alasan yang sah bagi maksud seksyen ini hanya jika dia membuktikan— (a) bahawa dia memperoleh senjata api, amunisi atau bahan letupan itu dengan cara yang sah dan bagi maksud yang sah; dan (b) bahawa dia tidak pada bila-bila masa semasa membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya senjata api, amunisi atau bahan letupan itu, bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam. 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (4) Seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan terhadap seksyen ini tidak boleh diberikan jaminan. Berdamping dengan orang yang membawa atau memiliki senjata atau bahan letupan 58. (1) Mana-mana orang di dalam mana-mana kawasan keselamatan berdamping dengan atau yang didapati bersama dengan seorang lain yang membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan berlanggaran dengan seksyen 57, dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia bercadang hendak, atau hampir, bertindak, atau baru-baru ini telah bertindak, dengan orang lain itu dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. (2) Mana-mana orang di dalam mana-mana kawasan keselamatan yang berdamping dengan, atau didapati bersama dengan seorang lain yang membawa atau mempunyai dalam miliknya, atau di bawah kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan berlanggaran dengan seksyen 57, dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia mengetahui bahawa orang lain itu membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun. (3) Jika, dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa orang tertuduh itu berdamping dengan atau bersama dengan mana-mana orang yang membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan, maka hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang yang akhir disebut itu membawa atau mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya senjata api, amunisi atau bahan letupan itu berlanggaran dengan seksyen 57. Keselamatan Dalam Negeri 63 Bekalan 59. (1) Mana-mana orang yang sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan menuntut, memungut atau menerima apa-apa bekalan daripada mana-mana orang lain dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia bercadang hendak, atau hampir, bertindak, atau baru-baru ini telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam, atau bahawa bekalan yang dituntut, dipungut atau diterima itu dicadangkan untuk kegunaan mana-mana orang yang bercadang hendak, atau hampir, bertindak sedemikian, atau baru-baru ini telah bertindak sedemikian, atau bagi kegunaan mana-mana pengganas, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati dalam hal jika bekalan yang berkenaan dengannya dia disabitkan terdiri daripada senjata api, amunisi atau bahan letupan, atau boleh dipenjarakan seumur hidup dalam hal lain. (2) Mana-mana orang yang sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan didapati memiliki apa-apa bekalan yang dia tidak boleh menjelaskan dengan memuaskan dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa bekalan itu dicadangkan untuk kegunaan mana-mana orang yang bercadang hendak, atau hampir, bertindak, atau baru-baru ini telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam, atau bahawa bekalan itu dicadangkan untuk kegunaan mana-mana pengganas, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati dalam hal jika bekalan yang berkenaan dengannya dia disabitkan terdiri daripada senjata api, amunisi atau bahan letupan, atau boleh dipenjarakan seumur hidup dalam hal lain. (3) Mana-mana orang yang sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan menyediakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bekalan kepada mana-mana orang lain dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa orang lain itu bercadang hendak, atau hampir, bertindak, atau baru-baru ini telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam, atau bahawa bekalan yang disediakan sedemikian dicadangkan untuk kegunaan mana-mana orang yang bercadang hendak, atau hampir, 64 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 bertindak sedemikian, atau baru-baru ini telah bertindak sedemikian, atau bahawa bekalan itu dicadangkan untuk kegunaan mana-mana pengganas, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum mati dalam hal jika bekalan yang berkenaan dengannya dia disabitkan terdiri daripada senjata api, amunisi atau bahan letupan, atau boleh dipenjarakan seumur hidup dalam hal lain: Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap subseksyen ini jika dia membuktikan bahawa sebelum ditangkap oleh seorang pegawai polis atau seseorang yang berkuasa dia dengan sukarelanya telah memberikan maklumat yang lengkap mengenai kesalahan itu kepada seorang pegawai polis. (4) Dalam mana-mana pertuduhan bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini adalah tidak perlu untuk menyatakan orang yang daripadanya apa-apa bekalan dituntut, dipungut atau diterima atau yang baginya apa-apa bekalan disediakan atau dicadangkan hendak disediakan. Kegagalan untuk melaporkan kesalahan atau untuk memberikan maklumat 60. Mana-mana orang yang sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan, semasa mana-mana proklamasi di bawah seksyen 47 berkuat kuasa— (a) yang mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seorang lain telah melakukan suatu kesalahan terhadap Bahagian ini, gagal melaporkannya kepada seorang pegawai polis; atau (b) yang mempunyai dalam miliknya apa-apa maklumat mengenai pergerakan atau tempat beradanya buat masa ini atau yang dicadangkan bagi mana-mana orang yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai sebagai seorang pengganas, tidak melaporkannya kepada seorang pegawai polis, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun: Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan dengan sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini jika dia membuktikan bahawa sebelum dia ditangkap oleh seorang pegawai polis atau seorang Keselamatan Dalam Negeri 65 yang berkuasa, dia dengan sukarelanya telah memberikan maklumat yang lengkap mengenai kesalahan yang satu lagi itu atau mengenai pergerakan atau tempat beradanya itu kepada seorang pegawai polis. Cubaan untuk melakukan kesalahan 61. Tanpa menjejaskan kuat kuasa Bab V Kanun Keseksaan, mana-mana orang yang sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan, semasa mana-mana proklamasi di bawah seksyen 47 berkuat kuasa cuba melakukan, atau melakukan apaapa tindakan sebagai persediaan bagi melakukan sesuatu kesalahan terhadap Bahagian ini hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Membantu pesalah 62. Tiada seorang pun, yang mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang lain itu telah melakukan sesuatu kesalahan terhadap Bahagian ini, sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan, boleh memberi seseorang lain itu apa-apa bantuan dengan niat hendak mencegah, menghalang atau mengganggu penangkapan, perbicaraan atau penghukuman orang itu bagi kesalahan tersebut. Kesalahan lain di bawah Bahagian ini dan pensubahatan 63. Jika mana-mana orang melanggar atau tidak mematuhi manamana peruntukan Bahagian ini, atau apa-apa perintah yang dibuat atau arahan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana peruntukan itu atau, sama ada di dalam atau di luar sesuatu kawasan keselamatan, bersubahat dengan pelanggaran atau kegagalan itu yang selainnya tidak ditetapkan sebagai suatu kesalahan melakukan suatu kesalahan. Penalti am di bawah Bahagian ini 63A. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Bahagian ini yang baginya tiada penalti yang khas diperuntukkan, tertakluk kepada apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Bahagian ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 66 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 BAB IV Kuasa Polis dan Orang Lain Penangkapan 64. (1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang yang disyaki melakukan suatu kesalahan terhadap Bahagian ini. (2) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis. Kuasa menggeledah 65. (1) Apabila bertugas mana-mana pegawai polis atau manamana anggota angkatan keselamatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Pegawai Penjaga Daerah Polis, boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan menahan dan menggeledah atau memeriksa kenderaan, vesel, kereta api, pesawat udara atau individu, sama ada di tempat awam atau tidak, jika dia mengesyaki bahawa apa-apa artikel atau benda yang menjadi keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan terhadap Bahagian ini mungkin didapati di dalam kenderaan, vesel, kereta api, pesawat udara atau pada individu itu, dan boleh menyita apa-apa artikel atau benda yang dijumpai sedemikian. (2) Apabila bertugas mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Koperal atau mana-mana anggota angkatan keselamatan yang berperingkat atau berpangkat atau berperingkat atau berpangkat lebih tinggi daripada lasykar kanan atau pegawai tidak bertauliah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan memasuki dan menggeledah mana-mana premis atau tempat jika dia mengesyaki apa-apa artikel atau bahan yang menjadi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan terhadap Bahagian ini mungkin dijumpai di atas premis atau tempat itu dan boleh menyita apa-apa artikel atau bahan yang dijumpai sedemikian. Keselamatan Dalam Negeri 67 (3) Tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. Kuasa untuk mengetepikan inkues, dsb. 66. Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam manamana undang-undang bertulis, di dalam mana-mana kawasan keselamatan— (a) seorang Majistret atau seorang Koroner boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota angkatan keselamataan; dan (b) jika Majistret atau Koroner yang bertanggungjawab bagi pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat mana-mana orang berpuas hati bahawa orang itu telah terbunuh di dalam sesuatu kawasan keselamatan akibat operasi oleh pasukan polis atau angkatan keselamatan bagi maksud menghapuskan keganasan terancang, Majistret atau Koroner, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengetepikan pengadaan siasatan kematian atau inkues ke atas mayat orang itu. Pegawai perubatan angkatan tentera hendaklah dianggap sebagai pegawai perubatan Kerajaan bagi maksud siasatan 67. Bab XXXII dan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah, berkenaan dengan apa-apa penyiasatan ke atas apa-apa kematian di dalam mana-mana kawasan keselamatan, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sebutan dalamnya mengenai seorang Pegawai Perubatan Kerajaan dan mengenai seorang Pegawai Perubatan termasuk sebutan dalam setiap hal mengenai seorang pegawai perubatan angkatan tentera apabila bertindak dalam menjalankan tugasnya: Dengan syarat bahawa— (a) adalah tidak perlu di bawah seksyen 330 Kanun Tatacara Jenayah untuk memberitahu seorang pegawai perubatan angkatan tentera mengenai apa-apa kematian di dalam mana-mana kawasan itu jika Pegawai Perubatan Kerajaan yang terdekat, selain seorang pegawai perubatan angkatan tentera, boleh diberitahu tanpa kelengahan yang tidak wajar; dan 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (b) tiada pegawai perubatan angkatan tentera, tanpa persetujuannya, boleh dikehendaki oleh mana-mana perintah atau selainnya untuk melakukan suatu pemeriksaan bedah siasat ke atas mana-mana mayat. BAB V Am Pampasan 68. (1) Jika dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, pemilikan diambil bagi mana-mana tanah, bangunan atau struktur lain atau mana-mana harta alih atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di dalam mana-mana vesel, pesawat udara, kereta api atau kenderaan, pampasan berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah ditaksirkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71. (2) Bagi mengelakkan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada pampasan kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerosakan atau kecederaan kepada dirinya atau hartanya yang disebabkan oleh atau diakibatkan oleh apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Bahagian ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, melainkan jika peruntukan bagi pampasan tersebut dibuat oleh Bahagian ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71. Pemakaian seksyen 94 Kanun Keseksaan 69. Seksyen 94 Kanun Keseksaan (yang berhubungan dengan suatu perbuatan yang kepadanya seseorang dipaksa oleh ancaman) hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah kesalahan yang boleh dihukum mati di bawah Bahagian ini ialah kesalahan yang termasuk dalam Bab VI Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati. Peluasan hak pertahanan persendirian 70. Hak pertahanan persendirian mengenai harta yang diberikan oleh seksyen 103 Kanun Keseksaan hendaklah disifatkan diperluas kepada apa-apa khianat melalui kebakaran atau letupan yang dilakukan ke atas enjin kereta api, stokereta atau kenderaan motor Keselamatan Dalam Negeri 69 di dalam mana-mana kawasan keselamatan, sebagaimana yang ia terpakai bagi khianat melalui kebakaran yang dilakukan ke atas suatu bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal manusia atau sebagai tempat bagi penjagaan harta. BAB VI Kuasa untuk membuat Peraturan-Peraturan Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 71. (1) Apabila suatu proklamasi telah dibuat di bawah seksyen 47 maka sahlah bagi Yang di-Pertuan Agong untuk membuat berkenaan dengan mana-mana kawasan keselamatan apa-apa jua peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu bagi keselamatan awam. (2) Tanpa menjejaskan keluasan atau skop kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam kelas subjek yang dinyatakan kemudian daripada ini— (a) pentaksiran dan pembayaran saraan, pampasan dan elaun berkenaan dengan segala perkara yang dibuat di bawah Akta ini atau berkenaan dengan kecederaan yang disebabkan oleh atau diakibatkan oleh apa-apa proklamasi di bawah seksyen 47; (b) sekatan pergerakan orang di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (c) perarakan dan perjumpaan di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (d) pembekalan dan pembahagian makanan, air, bahan api, lampu dan keperluan lain di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (e) pengisytiharan mengenai pagar atau rintangan yang mengelilingi mana-mana kawasan di dalam sesuatu kawasan keselamatan sebagai pagar perimeter, dan pengawalseliaan lalu lintas dan bekalan dari dalam dan dari luar manamana kawasan sedemikian; (f) pengusiran orang yang menduduki tanah dengan menyalahi undang-undang di dalam mana-mana kawasan keselamatan; 70 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (g) penyitaan, pendudukan dan pelucuthakkan tanah, bangunan dan struktur lain dan harta alih di dalam mana-mana kawasan keselamatan yang dipunyai oleh atau digunakan oleh orang yang bercadang hendak, atau hampir, bertindak, atau telah bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan awam Malaysia, atau yang dipunyai atau digunakan oleh orang yang melindungi atau yang telah melindungi atau yang melalui pekhidmat atau ejennya melindungi atau telah melindungi mana-mana orang sedemikian; (h) pengambilgunaan, pengawalan, pelucuthakkan, pelupusan dan penggunaan harta di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (i) rekuisisi ruang atau tempat tinggal di dalam mana-mana vesel, pesawat udara, kereta api atau kenderaan di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (j) pemusnahan bangunan dan struktur lain di dalam manamana kawasan keselamatan; (k) pengemasan tanah di dalam mana-mana kawasan keselamatan, mendapat kembali kos dan pembayaran pampasan berkenaan dengan pengemasan itu; (l) pembayaran ganjaran kepada pekerja yang cedera atau kepada orang tanggungan pekerja yang terbunuh oleh tindakan pengganasan di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (m) sekatan dan larangan di dalam mana-mana kawasan keselamatan mengenai bahan makanan dan bekalan lain; (n) pendaftaran orang atau mana-mana golongan orang dan pengawalan pekerjaan dan perindustrian di dalam manamana kawasan keselamatan; (o) pengawalan pergerakan getah dan pelindungan pokok getah di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (p) pengubahsuaian, pindaan, penggantian atau penggantungan peruntukan peraturan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan keselamatan; Keselamatan Dalam Negeri 71 (q) kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri mana-mana Negeri di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; (r) kemasukan ke dalam dan penggeledahan premis atau tempat lain dan penangkapan, pemeriksaan dan soal siasat orang di dalam mana-mana kawasan keselamatan; (s) pembentukan tribunal dan badan lain bagi maksud memutuskan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam manamana peraturan, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan denda atau pemenjaraan; (t) penepatan fi dan bayaran lain; dan (u) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Yang di-Pertuan Agong berpendapat perlu demi kepentingan keselamatan awam bahawa peraturan-peraturan itu dibuat. (3) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan, sekiranya ia dilanggar, bagi denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah— (a) melainkan jika Yang di-Pertuan Agong mengarahkan selainnya, mula berkuat kuasa pada hari ia dibuat, dan hendaklah kemudiannya terus berkuat kuasa selagi proklamasi di bawah seksyen 47 berkuat kuasa, melainkan jika terlebih dahulu dibatalkan; dan (b) berkuat kuasa hanya di dalam kawasan keselamatan yang baginya proklamasi tersebut terpakai. (5) Segala perundangan subsidiari di bawah Akta ini yang berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan keselamatan sebaik sebelum pembatalan atau pengungkaian mana-mana proklamasi di bawah seksyen 47, hendaklah terhenti berkuat kuasa di dalam kawasan itu atas pembatalan atau pengungkaian itu, tetapi tanpa menjejaskan pengambilan atau penerusan apa-apa prosiding berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum itu atau pembayaran apa-apa pampasan atau elaun di bawahnya. 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 BAHAGIAN IV PERUNTUKAN PELBAGAI Kebolehtangkapan dan kebolehjaminan kesalahan 72. (1) Tiap-tiap kesalahan terhadap Akta ini ialah kesalahan boleh tangkap bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah. (2) Tiap-tiap kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh melebihi tiga tahun ialah kesalahan tidak boleh jamin bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah. Kuasa untuk menahan orang yang disyaki 73. (1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai— (a) bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan (b) bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya. (2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya. (3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8: Dengan syarat bahawa— (a) dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor; Keselamatan Dalam Negeri 73 (b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan (c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri. (4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61). (6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis. (7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di manamana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri. Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan 74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk— (a) melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8; (b) melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2); 74 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (c) melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama; (d) mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau (e) mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut. (2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan. (3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis. (4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan. Penerimaan pernyataan sebagai keterangan 75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada Keselamatan Dalam Negeri 75 dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apaapa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undangundang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apaapa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya: Dengan syarat bahawa— (a) tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu— (i) jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apaapa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau (ii) dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian: “Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”; dan 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (b) suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin. (2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya. (3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu. Pemeriksaan buku jurubank 76. Menteri boleh jika dia berpuas hati bahawa apa-apa keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mungkin dijumpai dalam mana-mana buku jurubank, melalui perintah membenarkan mana-mana pegawai polis untuk memeriksa mana-mana buku sedemikian, dan seorang pegawai polis yang dibenarkan sedemikian boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa buku jurubank yang disimpan di dalam bank itu, dan boleh mengambil salinan apa-apa catatan dalam mana-mana buku sedemikian. Pelupusan harta 77. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan pelupusan harta yang ialah subjek suatu kesalahan hendaklah terpakai bagi apa-apa artikel yang sampai ke dalam milik seorang pegawai polis atau manamana orang lain yang mempunyai apa-apa fungsi berkaitan dengan penguatkuasaan Akta ini, yang pegawai atau orang itu ada alasan yang munasabah bagi mempercayainya sebagai keterangan pelakuan Keselamatan Dalam Negeri 77 suatu kesalahan terhadap Akta ini; dan berhubung dengan manamana artikel itu apa-apa sebutan dalamnya mengenai seorang pegawai polis hendaklah mempunyai kesan seolah-olah ia termasuk suatu sebutan mengenai mana-mana orang sedemikian. (2) Apa-apa artikel atau bahan yang sampai ke dalam milik seorang pegawai polis di bawah seksyen 65 boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Menteri. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan apa-apa hak untuk menyimpan atau melupuskan harta yang mungkin wujud dalam undang-undang selain peruntukan seksyen ini. Pendaftaran orang yang ditangkap atau ditahan 78. (1) Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7], yang berhubungan dengan pengambilan cap jari dan fotograf orang yang ditangkap dan dituduh melakukan apa-apa jenayah hendaklah terpakai bagi orang yang ditangkap dan ditahan di bawah Akta ini seolah-olah mereka ialah orang yang dituduh melakukan apa-apa jenayah mengikut pengertian Akta itu. (2) Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 hendaklah terpakai bagi oranng yang disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini seolah-olah kesalahan itu ialah suatu jenayah yang termasuk dalam Jadual Pertama Akta itu. Bidang kuasa mahkamah 79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya. Sekatan ke atas pendakwaan 80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya: Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah— (a) seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan (b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli, dan peruntukan undangundang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya. Publisiti perintah 81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta. (2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa. (3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apaapa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu. Keselamatan Dalam Negeri 79 Kecualian 82. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan manamana undang-undang lain yang berhubungan dengan kesalahan jenayah: Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama. Pindaan, dsb., kepada Jadual 83. Jadual kepada Akta ini boleh ditambah, diubah atau dipinda melalui ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. 84. (Ditinggalkan). Peruntukan peralihan 85. (1) Tiap-tiap orang yang ditahan menurut suatu perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah Akta ini sebelum 1 September 1971, sama ada atau tidak dia telah membuat representasi bertulis kepada suatu Lembaga Penasihat di bawah Kaedah-Kaedah Keselamatan Dalam Negeri (Lembaga Penasihat Orang-orang Tahanan) 1964 [P.U. 23/1964]* (kemudian daripada ini disebut Kaedah-Kaedah) sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Ordinan Darurat (Keselamatan Dalam Negeri) (Pengubahsuaian Undang-Undang) 1969 [Ordinan 4 tahun 1969] (kemudian daripada ini disebut “Ordinan”), hendaklah walau apa pun pengubahsuaian yang dibuat kepada Kaedah-Kaedah itu oleh Ordinan itu, jika oleh sebab Ordinan itu dia telah dicegah daripada menghadiri sendiri atau diwakili di hadapan suatu Lembaga Penasihat, sama ada bagi pendengaran representasinya terhadap, atau bagi kajian semula, perintah tahanannya, diberikan peluang untuk hadir atau diwakili sedemikian, atau kedua-duanya, sebagaimana yang dipilih olehnya. (2) Peluang yang disebut terdahulu hendaklah diberikan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui notis bertulis yang dikeluarkan dengan arahan Pengerusi sesuatu Lembaga Penasihat, yang apabila menerima jawapan yang menyatakan bahawa mana-mana orang itu ingin hadir atau diwakili di hadapan Lembaga itu hendaklah meneruskan prosiding seolah-olah subkaedah 3(3) dan kaedah 4 Kaedah-Kaedah itu dalam hal representasi atau kaedah 6 Kaedah-Kaedah itu dalam hal kajian semula sedang berkuat kuasa.

  • CATATAN:—Kaedah-kaedah Keselamatan Dalam Negeri (Lembaga Penasihat Orang-orang Tahanan)

1964 telah dibatalkan dan digantikan oleh Kaedah-kaedah Keselamatan Dalam Negeri (Acara Lembaga Penasihat) 1972 [P.U. (A) 324/1972]. 80 Undang-Undang Malaysia AKTA 82 (3) Perkiraan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah setakat yang dapat dilaksanakan supaya keutamaan diberikan kepada orang yang paling lama berada di bawah tahanan, tetapi supaya dalam mana-mana hal semua representasi yang dibuat di bawah seksyen ini telah dipertimbangkan dan syor dibuat mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong, dan semua kajian semula yang diadakan di bawahnya telah diselesaikan dan laporan dibuat mengenainya kepada Menteri sebelum 1 September 1972. (4) Seksyen ini hendaklah terhenti berkuat kuasa pada 1 September 1972