Titah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 1965

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
Titah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 1965  (1965) 
by Tuanku Syed Putra Jamalullail
Dititahkan pada 1 Jun 1965

Beta yang dikasihi,

Pada tiap-tiap tahun semenjak beta memerintah di atas takhta kerajaan, beta sentiasalah menunggu-nunggu hari keputeraan rasmi beta dengan penuh kesukaan kerana pada masa itu dapat beta luang bercakap kapada tuan-tuan sekalian.

Akan tetapi, pagi ini beta berasa sedikit sedih kerana tahun ini ialah tahun yang kelima iaitu tahun yang penghabisan beta memerintah di atas takhta kerajaan dan yang dengan demikian inilah kali yang akhir beta memberi ucapan kepada rakyat sekalian.

Beta sedia maklum di mana-mana juga di Malaysia pada hari ini dari kampung-kampung di negeri Sabah hinggalah kampung-kampung di negeri Perlis dan di semua bandar di negara kita ini, tuan-tuan sekalian sedang bersuka ria bersama-sama menyambut hari keputeraan beta. Perayaan-perayaan memuliakan beta pada hari ini bukannya diadakan di Malaysia sahaja bahkan di mana-mana juga rakyat Malaysia atau sahabat-sahabat malaysia berada di dunia ini.

Dalam masa beta bercakap kepada tuan-tuan ini, beta berasa syukur kerana beta ketahui tuan-tuan sekalian mensifatkan hari ini sebagai hari kelepasan istimewa bagi menunjukkan taat setia tuan-tuan kepada raja dan menghormatkan beta sebagai raja tuan-tuan yang berdaulat.

Sumber[edit]