Titah Hari Kebangsaan Yang di-Pertuan Agong 1964

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
Titah Hari Kebangsaan Yang di-Pertuan Agong 1964  (1964) 
by Tuanku Syed Putra Jamalullail
Dititahkan pada 29 Ogos 1964

Tidaklah diketahui apa yang akan terjadi masa hadapan, baik atau buruk tetapi kita berdoa agar semua terselamat. Dalam tahun yang penuh kekacauan dan ketegangan disebab oleh konfrontasi Indonesia, rakyat Malaysia telah bertambah sedar betapa mustahaknya perpaduan kebangsaan.

Tidak boleh dinafikan bahawa waktu Indonesia melancarkan konfrontasinya, dia tidak menyangka bahawa pembentukan Malaysia adalah didorong oleh semangat perpaduan. Sekiranya Indonesia berbaik sangka dan mengganggap kita sebagai sahabat serta menyambut baik dan mengalu-alukan pembentukan Malaysia, mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun lagi bagi kita mencapai perpaduan yang terdapat di seluruh negara kita sekarang ini.

Sumber[edit]