Syair Awang Semaun

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search

Sebahagian daripada syair ini:

Asal Brunei kita nyatakan
Awang Alak Betatar kita khabarkan
Asal negeri keinderaan
Di atas awan berkawan-kawan
Sekalian itu bersaudara
Sebilang hari berhimpun segara
Ke negeri Garang berkira-kira
Tiada bercerai barang bicra
Semua pakaian mengikut Murut
Bajunya terayung habis diturut,
Utap sumpitnya habis diikut
Senjatanya rambu dengan pigangkut.

Bahagian lain

Asal usul Lumut Lunting;
Ayam Mutiara terbang menyiring
Serta menybarang ke tengah aing
Ayam Mutiara gugur berpusing
Menjadi batu si Lumut Lunting.

Bahagian lain

Awang Semaun pun lalu tertidur
Di hujung jungkar duduk terfakur
Sumpit-sumpit hilir lalu menyembur
Disumpitnya Semaun lalu tergugur
Semaun makan bukan setagal
Setengah hari terkunyal-kunyal
Lalu dipapak dipenggal
Habis ditelannya tiada bertinggal
Nafasnya deras tergurut-gurut
Seperti ombak si barat laut
Segala atap terbang ke laut
Gemuruh seperti temparik ribut

Bahagian lain

Awang Alak berpuspa dikatakan
Pateh mengatur segala perhiasan
Sekalian itu habis dikanankan
Maklum sahaja tuan memikirkan
Awang Alak memakai yang selengkapnya
Pakaian di Johor sekaliannya
Serta Mahkota dikenakannya
Nugraha Baginda habis semuanya
Berseluar kudandang Aceh
Seratus di luar cermin berlalih
Beraratatar berair mulih
Rupa seperti bintang beralih
Mahkota kerajaan dikenakan sudah
Sembilan pangkat terlalu indah
Elok majlis makin bertambah
Barang memandang berhati gundah
Keris Si-Naga dipakai Baginda
Kepada pinggang Paduka anakanda
Berhulu emas Bunga Suganda
Bersarung emas buatan …