Surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search

Al-Fattah

Raja Sultan Abu Hayat surat datang kepada mama(maha) Raja Purtugal [be]sar dunia alam semuhanya tuwwan besar kerana dahulu Raja Purtugal menyuruh Francisco Serra datang dari Maluku binasa dari Ambon. Maka Raja Maluku semuhanya dengar Feringgi dan binasa dari Ambon. Maka Raja Tidore dan Jailolo disuruh Ambon semuhanya berhimpun mau bunuh pada Francisco Serrão. Maka Raja Ternate dengar, disuruh saudara duwwa membawah perauhu tujuh buha diambil Francisco Serrão membawah ke Ternate. Maka nageri Ternate seperti nageri Purtugal. Maka Raja Purtugal suruh kerwal membawah surat datang pada Raja Ternate. Kerwal dan harta dan lasykar aserahkan pada tangan Raja Ternate. Maka jung Ternate dan kerwal balayar ke Melaka musim kasap dayam di Bejahan. Maka Tidore dan Jailolo disu[ruh] raja Bejahan bunuh pada orang Feringgi dayam di Bejahan. Harta dam lasykar semuhanya dirampas. Maka Raja Ternate dengar. Maka Raja Ternate kata bakmana Raja Purtugal, jung dan harta dan lasykar aserahkan pada tangan kita, marilah jung dan harta dan lasykar kit[a] suruh kembalik[an] ke Melaka, jika tiada kembalik, beparanglah pada Raja Bejahan. Maka Raja Bejahan pun hadarlah senjatah Tidore dan Jailolo pun serta Bejahan semuhanya, lengkaplah Tidore dan Jailolo. Bejahan lekas suruh anak perempuan itu anak Raja Bejahan dalam Raja Ternate perempuan itu kasih. Maka dapat diberinya racu[n]. Maka waf'at raja Ternate dahulu. Raja Tidore suruh jemput membawah Francisco Serrão ke Tidore beri minum, waktu itu diberi rac[un]. Maka datang ke rumah empat hari sakit mati. Beberapa hari suda[h] raja mati, maka ia waktu mati itu Raja Abu Hayat aserahkan daripada mama Raja Purtugal kerana....Ternate pelabuwwan Raja Purtugal, kerana Tidore dan Jailolo dan Bejahan bagi harta Raja Purtugal beparang pada Ter[nate]....k[emba]l[i]k mama kasih lekas tolong pada Ternate. Surat ini seperti kita membawah baik ja[hat].

Surat kedua Sultan Ternate kepada Raja Portugal[edit]

Al-hamdulillahi rabbil alamin

Ya Aziz Ya Ghaffar

Ini surat kasih Sultan Abu Hayat, surat datang kepada ayahanda Sultan Purtugal dunia alam ialah yang maha besar. Keri mengatakan hal negeri sangkalah sanakdah, Sultan Bayan Sirrullah meninggalkan negeri Ternate. Sekelianlah hal negeri Ternate sekarang. Raja Castile datang dua buah kapal meng[h]antarkan senjatanya dan hartanya dan memelihara akan bandar Raja Tidore bandar Raja Castile sebenarnyalah. Sultan Purtugal memelihara akan Sultan Ternate dari kerana bandar Sultan Ternate bandar Sultan Purtugal. Sekarang ini Raja Castile memberi Raja Tidore bedil empat puluh buah bedil, gandi tujuh puluh buah gandi. Janji tuan ini akan datang ke Tidore sebuah kapal belayar bulan Muharram sebuah kapal tinggal, nantikan kapal dua puluh bua[h] ta[h]un lagikan datang. Adapun anakdah Sultan Abu Hayat tiada harap lain harap ayandah Sultan Purtugal. Sebenarnyalah Sultan Purtugal memeliharakan anakdah pihatu lagi kanak-kanak, sebenarnyalah memeliharakan negeri Ternate. Cenderamata anakdah tiada sepertinya.

Wassalamu bilkhair.

(Two Malay Letters from Ternate in The Moluccas, written in 1521 and 1522)