Surat Kuasa Sultan Brunei kepada Baron de Overbeck

From Wikisource
Jump to: navigation, search
                              Cop Mohor 

Kepada segala bangsa yang ada di atas bumi dan [kepada barang yang akan] datang perkara yang tersebut di atas ini bahawasanya adalah kita Seri Paduka Mawlana bawah Duli Yang Dipertuan al-Sultan Abd al-Mu'min ibn al-Marhum Seri Paduka Mawlana Abd al-Wahhab yang mempunyai kuasa dan perintah dalam Negeri Berunai Dar al-Salam serta sekelian daerah takluknya empunya titah bahawasanya adalah kita telah memajakkan kepada sahabat yang kepercayaan dan kekasih kita yang bernama Tuan Gustabs Barun di Ubarbik dan kepada Alfarid Dint Askuwir dengan sahnya akan tanah-tanah yang dalam kerajaan kita iaitu semuanya tanah-tanah yang di sebelah utara Pulau Berunai dari Sungai Sulaman di sebelah barat sampai di Teluk Marudu dan ke Sungai Pitan serta semuanya yang di sebelah timur sampai di Sungai Sibuku iaitu jajahan-jajahan atau negeri-negeri Pitan dan Sugut dan Banggai dan Labuk dan Sandakan dan Cinabatangan dan Mumiang serta lain-lain tanah sampai di Sungai Sibuku dan lagi jajahan Kimanis dan Binuni dan Papar serta jajahan-jajahan di Teluk Gaya dan di Teluk Sanggar serta dengan segala tanah-tanah dan pulau-pulau yang termasuk dalamnya itu dan lagi Pulau Banggi karena sebab daripada hasil pajakan yang telah kita tentukan. Bahawasanya adalah Tuan Gustabs Barun di Ubarbik itulah menjadi kepala dan wali atas Kompeni dalam Pulau Berunai. Maka sekarang ini ketahuilah oleh sekelian orang maka adalah kita bawah Duli Yang Dipertuan al-Sultan Abd al-Mu'min ibn al-Marhum Seri Paduka Mawlana Abd al-Wahhab sultan dalam Negeri Berunai telah menjadikan dan menentukan Tuan Gustabs Barun di Ubarbik yang tersebut itu Seri Maharajalela atas sekelian tanah-tanah itu dan digelarkan akan dia Maharaja Sabak (Sabah) dan Raja Gaya dan Sandakan dengan sepenuh-penuh kuasa hidup dan mati di atas segala orang isi negeri-negeri itu serta di atas segala perkara-perkara yang kita punya dan di atas hasil negeri-negeri itu dan ada berkuasa akan menyewakan tanah-tanah itu dan lagi atas bendah-bendah yang dalam tanah dan atas tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang serta boleh pula mengadakan hukum-hukum dan membuat wang dan membuat dan menaruh soldadu dan kapal-kapal perang dan mengadakan cukai atas dagangan dalam negeri itu dan atas dagangan lain-lain bangsa asing dan lain-lain cukai dan biya atas orang-orang negeri itu seperti yang difikirkannya patut dan harus bersama-sama dengan sekelian kuasa yang berpatutan yang dilakukan oleh sekelian raja-raja yang memerintah. Maka kita sudah anugerahi dan serahkan semuanya itu dengan suka ripa kita sendiri. Maka inilah kita menyatakan kepadaa bangsa-bangsa asing maka seperti kita telah mengadakan perjanjian sahabat bersahabat dengan perhubungan adalah kita [beri maklumkan] dari hal Maharaja yang tersebut itu seperti diri kita sendiri dalam negeri-negeri yang tersebut di atas ini dan menghormati kuasanya. Maka jikalau datang maa sha Allah sesuatu ke atasnya dan ia berhenti daripada pekerjaannya menjadi maharaja itu maka kemudian wakilnya yang dengan sepatutnya dalam jawatan itu menjadi gabernor di atas jajahan-jajahan dalam Pulau Burniu akan menjadi gantinya iaitu Maharaja Sabak dan Raja Gaya dan Sandakan serta memigang sekelian kuasa yang tersebut di atas ini yang telah diadakannya itu. Demikianlah adanya.

Termaktub surat kuasa ini dalam Negeri Berunai di [lapuh] bawah Duli Yang Dipertuan Sultan Berunai kepada 23 haribulan Dzulhijjah sanah 1294 iaitu kepada tahun masihi 29 haribulan Disember sanah 1877.

Sumber