Safinatunnaja

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search

Inilah kitab Safinat al naja fi ilmi al fiqh Karangan orang yang alim lagi fadil iaitu Tuan Shaikh Salim bin Samir al Hadrami atas mazhab Syafi'i. Mudah-mudahan Allah Ta'ala memberi rahmat atas Tuan Shaikh dan ibu bapanya, amin. Dan yang terjemah kepada bahasa Melayu rendah iaitu hamba yang daif Haji Muhammad Nasir bin Haji Muhammad Salih كدو kota Betawi. Dan diharap juga kepada tuan-tuan yang melihat pada ini terjemah jika ada yang salah, hamba harap tolong betulkan yang sowab dan mengucap jazaahullahu khairan kepada yang membetulkan oleh hamba.

Aku mulai membaca ini kitab dengan nama Allah, Tuhan yang amat murah di dalam dunia lagi amat mengasihani di dalam akhirat. Bermula segala puji itu bagi Tuhan seru sekelian alam, dan dengan Allah Taala kami minta pertolongan atas segala perkara dunia dan agama. Dan mudah-mudahan memberi rahmat oleh Allah Taala atas penghulu kami Nabi Muhammad yang kesudahan daripada segala nabi dan mudah-mudahan memberi rahmat oleh Allah Taala atas segala keluarganya dan sekelian sahabatnya sekelian. Dan tiada daya meninggalkan maksiat dan tiada kuasa berbuat taat melainkan dengan pertolongan Allah Taala yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Bermula segala rukun Islam itu lima; pertama menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Taala dan menyaksikan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Taala, dan kedua mendirikan sembahyang lima waktu, dan ketiga memberi zakat, dan keempat puasa bulan Ramadhan, dan kelima pergi haji oleh orang yang kuasa kepadanya berjalan. Bermula segala rukun iman itu enam, pertama bahawa engkau percaya pada Allah Taala, dan kedua percaya pada sekelian malaikat-Nya, dan ketiga percaya pada sekelian kitab-kitab-Nya, dan keempat percaya pada sekelian rasul-rasul-Nya, dan kelima percaya pada hari kiamat, dan keenam percaya pada takdir Allah Taala - baiknya dan jahatnya daripada Allah Taala. Dan bermula makna la ilaha illAllahu itu tiada ada yang disembah dengan sebenar-benarnya pada keadaan melainkan Allah. Bermula tanda baligh itu tiga, pertama sempurna umurnya lima belas tahun pada laki-laki dan perempuan, dan kedua dapat mimpi jimak hingga keluar mani pada laki-laki dan perempuan bagi yang umur sembilan tahun, dan ketiga dapat haidh pada perempuan bagi yang umur sembilan tahun. Bermula segala syarat istinjak dengan batu itu delapan, pertama bahawa ada ia orang beristinjak itu dengan tiga batu, dan kedua membersihkan ia akan tempatnya, dan ketiga bahawa jangan sudah kering oleh najisnya, dan keempat jangan berpindah ia najis, dan kelima jangan kedatangan atasnya oleh najis yang lain, dan keenam jangan melampaui ia najis akan safhahnya dan jangan melampaui ia najis akan safhahnya dan jangan melampaui ia najis akan hasyafahnya, dan ketujuh jangan terkena ia akan najis oleh air, dan kedelapan bahawa ada segala batu itu suci. Bermula segala fardu wuduk itu enam. Bermula yang pertama itu niat. Bermula yang kedua membasuh muka. Bermula yang ketiga itu membasuh dua tangan serta dua sikunya. Bermula yang keempat menyapu sesuatu setengah daripada kepala. Bermula yang kelima membasuh dua kaki hingga dua mata kaki. Bermula yang keenam itu tertib. Bermula makna niat itu menyehaja sesuatu pada hal disertakan dengan memperbuatnya. Bermula tempatnya niat itu di hati. Dan bermula melafazkan dengan niat itu sunat. Dan bermula waktunya niat itu pada ketika membasuh awal suku-suku daripada muka. Dan bermula ...nya tertib itu bahawa jangan mendahulukan satu anggota atas satu anggota. Bermula air itu ada yang sedikit dan ada yang banyak. Bermula air yang sedikit iaitu yang kurang daripada dua kolah. Bermula air yang banyak itu dua kolah atau lebih banyak. Bermula air yang sedikit itu najis ia dengan sebab kejaTuhan najis padanya dan sekalipun tiada berubah. Bermula air yang banyak itu tiada najis ia melainkan apabila berubah oleh rasanya atau warnanya atau baunya. Bermula yang mewajibkan mandi itu enam, pertama memasukkan hasyafah pada faraj, dan kedua keluar mani, dan ketiga keluar haidh, dan keempat keluar darah habis beranak, dan kelima keluar anak, dan keenam mati. Bermula segala fardu mandi itu dua, pertama niat, dan kedua meratakan badan dengan air. Bermula segala syarat wuduk itu sepuluh, pertama Islam, dan kedua tamyiz, dan ketiga suci daripada haidh dan nifas, dan keempat bersih daripada barang yang menegah ia barang akan sampainya air kepada kulit, dan kelima bahawa jangan ada atas anggotanya barang yang mengubahkan ia barang akan air, dam keenam mengetahui dengan segala fardunya, dan ketujuh bahawa jangan mengiktikadkan ia akan salah suatu fardu daripada segala fardunya akan sunat, dan kedelapan air yang suci menyucikan, dan kesembilan masuk waktu, dan kesepuluh berturut-turut bagi orang yang sentiasa berhadas. Bermula segala yang membatalkan wuduk itu empat perkara, bermula yang pertama itu keluar daripada salah suatu daripada dua jalan daripada qubul atau dubur angin atau lainnya melainkan mani, bermula yang kedua hilang akal dengan sebab tidur atau lainnya melainkan orang yang tidur yang duduk yang menetapkan akan punggungnya daripada bumi, bermula yang ketiga berjumpa dua kulit laki-laki dan perempuan besar keduanya orang lain keduanya daripada ketiadaan dinding, bermula yang keempat menyentuh qubul anak Adam atau bundar (bulatan) duburnya dengan tapak tangan atau perut segala jari. Bermula siapa-siapa batal oleh wuduknya maka haram atasnya empat perkara, pertama sembahyang, dan kedua tawaf, dan ketiga menyentuh Quran, dan keempat memikulnya. Dan lagi haram atas orang yang junub enam perkara, pertama sembahyang, dan kedua tawaf, dan ketiga menyentuh Quran, dan keempat memikulnya (menanggungnya), dan kelima diam di dalam masjid, dan keenam membaca Quran dengan qasad baca Quran. Dan lagi haram dengan sebab haidh itu sepuluh perkara, pertama sembahyang, dan kedua tawaf, dan ketiga menyentuh Quran, dan keempat memikulnya, dan kelima diam di dalam masjid, dan keenam membaca Quran dengan qasad baca Quran, dan ketujuh puasa, dan kedelapan ceraikan bini, dan kesembilan berjalan di dalam masjid jika takut ia perempuan akan cemarkannya masjid, dan kesepuluh bercanda (bersedap-sedap) dengan barang yang antara pusat dan lutut. Bermula segala sebab tayammum itu tiga, pertama ketiadaan air, dan kedua dengan sebab sakit, dan ketiga berhajat kepada air bagi meminum binatang yang dihurmatkan. Dan bermula yang tiada dihurmatkan itu enam, pertama orang yang meninggal sembahyang, dan kedua orang yang berzina itu orang yang sudah tahu kawin, dan ketiga orang yang murtad, dan keempat kafir harbi, dan kelima anjing yang galak, dan keenam babi. Bermula segala syarat tayammum itu sepuluh, pertama bahawa ada ia bertayammum dengan tanah debu, dan kedua bahawa ada ia tanah itu suci, dan ketiga bahawa jangan ada tanah itu musta'mal, dan keempat bahawa jangan bercampur akan tanah oleh te(n?)pung dan seumpamanya, dan kelima bahawa menyehaja ia akan tayammum, dan keenam bahawa menyapu ia akan mukanya dan dua tangannya dengan dua pukulan, dan ketujuh bahawa menghilangkan ia akan najis pada mula-mula, dan kedelapan bahawa berijtihad pada kiblat sebelumnya tayammum, dan kesembilan bahawa ada tayammum sesudahnya masuk waktu, dan kesepuluh bahawa bertayammum ia bagi tiap-tiap fardu. Bermula segala fardu tayammum itu lima, bermula yang pertama itu memindahkan tanah debu, bermula yang kedua itu niat, bermula yang ketiga itu menyapu muka, bermula yang keempat itu menyapu dua tangan hingga dua sikunya, bermula yang kelima itu beratur antara dua sapuan. Bermula yang membatalkan tayammum itu tiga, pertama sebagaimana barang yang batal ia barang akan wuduk, dan kedua murtad, dan ketiga menyangka ia akan ada air jika bertayammum ia kerana ketiadaan air. Bermula yang suci daripada segala najis itu tiga, pertama arak apabila sudah jadi cuka dengan sendirinya, dan kedua kulit bangkai apabila disamak, dan ketiga barang yang jadi binatang. Bermula segala najis itu tiga, pertama najis mughalazah, dan kedua najis mukhaffafah, dan ketiga najis mutawassitah. Bermula najis mughalazah itu najis anjing dan babi dan anak-anak daripada salah suatu daripada keduanya. Dan bermula najis mukhaffafah itu kencing anak kecil yang tiada mencapai ia sabiy akan makanan lain daripada susu dan belum cukup umurnya dua tahun. Dan bermula najis mutawassitah itu selainnya daripada najis mughalazah dan mukhaffafah. Bermula najis mughalazah itu suci ia dengan basuhnya tujuh kali sesudahnya hilang zatnya bermula salah suatu daripadanya itu dengan debu tanah. Dan bermula najis mukhaffafah itu suci ia dengan memercikkan air atasnya serta rata dan sudah hilang zatnya. Dan bermula najis mutawassitah itu terbahagi ia kepada dua bahagian, pertama najis ainiyah, dan kedua najis hukmiyah. Bermula najis ainiyah yang ada baginya rupa dan bahu dan rasa, maka tiada boleh tiada daripada menghilangkan warnanya dan bahunya dan rasanya. Dan bermula najis hukmiyah itu yang tiada warna dan tiada bahu dan tiada rasa, maka memadai oleh menjalankan air atasnya. Dan bermula sekurang-kurangnya haidh sehari dan semalam, dan bermula biasanya enam hari atau tujuh hari. Dan bermula sebanyak-banyaknya haidh lima belas hari dengan segala malamnya. Dan bermula sekurang-kurang suci antara dua haidh itu lima belas hari, bermula kebiasaannya itu dua puluh empat hari atau dua puluh tiga hari, dan tiada ada sempadan bagi banyaknya. Bermula sekurang-kurang nifas itu seperludahan (sekerlip mata) dan bermula kebiasaannya itu empat puluh hari, dan bermula sebanyak-banyaknya itu enam puluh hari. Bermula segala uzur sembahyang itu dua, pertama ketiduran, dan kedua lupa. Bermula segala syarat sembahyang itu delapan, pertama suci daripada dua hadas - hadas kecil dan hadas besar -, dan kedua suci daripada segala najis pada pakaian dan badan dan tempat, dan ketiga tutup aurat, dan keempat mengadap kiblat, dan kelima masuk waktu, dan keenam mengetahui dengan fardu-fardunya, dan ketujuh bahawa jangan mengiktikadkan ia musalli akan satu fardu daripada segala fardunya itu sunat, dan kedelapan menjauhkan segala yang membatalkan sembahyang. Bermula hadas itu dua, pertama hadas kecil, dan kedua hadas besar. Bermula hadas kecil iaitu barang yang mewajibkan ia barang akan wuduk. Dan bermula hadas besar iaitu barang yang mewajibkan ia barang akan mandi. Bermula segala aurat itu empat, bermula aurat laki-laki di dalam sembahyang atau luar sembahyang dan budak perempuan pada sembahyang barang yang antara pusat dan lutut, dan bermula aurat perempuan yang merdeka pada sembahyang itu sekelian badannya barang yang lain daripada mukanya dan dua pergelangan, dan bermula aurat perempuan yang merdeka dan budak perempuan dari sekelian orang yang هلة itu sekelian badannya daripada mahramnya dan pada sekelian perempuan iaitu barang yang antara pusat dan lutut. Bermula segala rukun sembahyang itu tujuh belas perkara, pertama itu niat, kedua itu takbiratul ihram, ketiga itu berdiri atas orang yang kuasa, keempat itu membaca fatihah, kelima itu ruku', keenam itu diam sekadar membaca subhanAllah pada ruku', ketujuh i'tidal, kedelapan diam sekadar subhanAllah pada i'tidal, kesembilan sujud dua kali, kesepuluh diam sekadar subhanAllah pada duduk antara dua sujud, kesebelas duduk antara dua sujud, kedua belas diam sekadar subhanAllah pada duduk antara dua sujud, ketiga belas membaca tasyahhud akhir, keempat belas duduk pada ketika membaca tasyahhud akhir, kelima belas membaca selawat atas Nabi SAW pada ketika duduk, keenam belas memberi salam, ketujuh belas itu tertib. Bermula niat itu tiga darjat, darjat yang pertama jika ada sembahyang itu fardu maka wajib oleh menyehaja berbuat sembahyang dan wajib menyatakan subuh atau zohor atau asar atau maghrib atau isya' dan wajib menyebut fardunya, dan darjat yang kedua jika ada sembahyang itu sunat yang ada waktunya atau yang ada mempunyai sebab maka wajib oleh menyehaja berbuat sembahyang saja, bermula makna fi'l itu usolli dan bermula maknanya ta'yin menyatakan zohor atau asar, dan bermula makna fardiyah itu sebut fardunya. Bermula segala syarat takbiratul ihram itu enam belas, pertama bahawa jatuhnya takbiratul ihram pada ketika berdiri pada fardu, dan kedua bahawa ada takbir itu dengan bahasa Arab, dan ketiga bahawa ada takbir dengan lafaz Allah dan dengan lafaz akbar, dan keempat mesti tertib antara dua lafaz, dan kelima bahawa jangan memanjangkan ia musolli akan hamzah lafaz Allah, dan keenam jangan memanjangkan akan ba lafaz akbar, dan ketujuh bahawa jangan mentasydidkan ia musolli akan ba, dan kedelapan bahawa jangan menambahkan ia musolli akan waw yang mati atau menambahkan waw yang berbaris antara dua kalimah seperti dikata Allah wa akbar, dan kesembilan bahawa jangan menambahkan ia musolli akan waw sebelumnya lafaz Allah seperti dikata wAllah akbar, dan kesepuluh bahawa jangan diam ia musolli antara dua kalimah takbir pada perhentian yang panjang dan jangan perhentian yang pendek, dan kesebelas bahawa wajib mendengarkan ia musolli akan dirinya pada sekelian hurufnya Allah akbar, dan kedua belas masuk waktu pada sembahyang yang ditentukan, dan ketiga belas jatuhnya takbir pada ketika berhadap kiblat, dan keempat belas bahawa jangan merosakan ia musolli dengan lain huruf daripada segala huruf takbir, dan kelima belas menta'khirkan takbir ma'mum daripada takbir imamnya. Bermula segala syarat fatihah itu sepuluh, pertama tertib, dan kedua berturut-turut, dan ketiga memeliharakan segala huruf fatihah, dan keempat memeliharakan sabdu fatihah, dan kelima bahawa jangan diam ia musolli akan diam yang panjang, dan keenam jangan diam yang pendek yang menyehaja ia pada fatihah akan memutuskan bacaan dan ketiadaan tersalah yang merosakan akan makna dan bahawa ada dibaca fatihah pada ketika berdiri pada sembahyang fardu dan bahawa hendak mendengarkan ia musolli akan dirinya pada ketika membaca fatihah, dan kesepuluh bahawa jangan menyelangi akan fatihah oleh zikir yang lain. Bermula segala sabdu fatihah itu empat belas, pertama bismillah itu di atas lam tasydidnya, kedua arrahman di atas ra sabdunya, ketiga arrahim di atas ra sabdunya, keempat alhamdulillah di atas lam sabdunya, kelima rabbil 'alamin di atas ba sabdunya, keenam arrahman di atas ra sabdunya, ketujuh arrahim di atas ra sabdunya, kedelapan maaliki yaumiddin di atas dal sabdunya, kesembilan iyyaaka na'budu di atas ya sabdunya, kesepuluh iyyaka nasta'in di atas ya sabdunya, kesebelas ihdinassiratalmustaqim di atas sad sabdunya, kedua belas siratallazina di atas lam sabdunya, ketiga belas keempat belas an'amta alaihim ghairil maghdubi alaihim waladdhallin di atas dad sabdunya dan di atas lam sabdunya. Disunatkan akan mengangkat dua tangan pada empat tempat, pertama pada ketika takbiratul ihram, dan kedua pada ketika rukuk, dan ketiga pada ketika i'tidal, dan keempat pada ketika berdiri daripada tasyahhud awal. Bermula segala syarat sujud itu tujuh, pertama bahawa sujud ia musolli atas tujuh anggota, dan kedua bahawa ada jidatnya (yakni dahinya) itu terbuka, dan ketiga bertekan sedikit dengan kepalanya, dan keempat jangan ia turun kerana lainnya, dan kelima bahawa jangan sujud ia musolli atas sesuatu yang bergerak ia sesuatu dengan geraknya, dan keenam mengangkat bawahnya atas atasnya, dan ketujuh mesti diam pada ketika sujud dan sunat bahawa membaca ia musolli pada sujudnya subhanAllahi mil almiizaani wa mablaghal ilmi wa muntaharridwaani wa zinatal arsy. Bermula segala anggota sujud itu tujuh, pertama jidah (yakni dahi), dan kedua ketiga perut dua tapak tangan, dan keempat kelima dua lutut, dan keenam ketujuh perut segala anak jari dua kaki. Bermula segala sabdu tasyahhud dua puluh satu pada kesempurnaan tasyahhud dan enam belas pada sekurang-kurang tasyahhud, bermula yang pertama attahiyyatu di atas ta sabdunya dan atas ya sabdunya, al mubarakatussalawatu atas sad sabdunya, attaiyyibatu atas tha dan ya sabdunya, lillahi atas lam jalalah sabdunya, assalaamu atas sin sabdunya, alaika ayyuhannabiyyu atas ya dan nun dan ya sabdunya, wa rahmatullahi atas lam jalalah sabdunya, wa barakaatuhussalamu atas sin, alaina wa ala ibaadillahi atas lam jalalah sabdunya, assaalihina atas sad sabdunya, asyhadu allaa ilaaha illAllahu atas lam alif dan lam jalalah sabdunya, wa asyhadu anna atas nun, Muhammadarrasuulullahi atas mim Muhammad sabdunya, dan atas ra dan atas lam jalalah. Bermula sabdu sekurang-kurang pada selawat atas nabi saw itu empat, Allahumma atas lam dam mim sabdunya, salli atas lam sabdunya, ala Muhammadin atas mim sabdunya. Bermula sekurang-kurang salam assalaamu alaikum. Bermula sabdu assalaamu atas sin sabdunya. Bermula segala waktu sembahyang itu lima, pertama waktu zohor itu gelincir matahari dan bermula akhirnya kembali bayang-bayang tiap-tiap sesuatu bersamaan yang tiada ada zillul istiwa mafhumnya jika ada dibuang, dan bermula waktu asar apabila jadi bayang-bayang tiap-tiap sesuatu itu bersamaan dan tambah sedikit dan bermula akhirnya waktu asar itu masuk matahari, dan bermula awal waktu maghrib itu masuk matahari dan bermula akhirnya itu masuk mega yang merah, dan bermula akhirnya itu terbit fajar sadiq, dan bermula mula-mula waktu subuh itu terbit fajar sadiq dan bermula akhirnya itu terbit matahari. Bermula mega itu tiga, pertama mega yang merah, dan kedua mega yang kuning, dan ketiga mega yang putih. Bermula mega yang merah itu waktu maghrib, dan bermula mega kuning dan putih itu isyak, dan disunatkan menta'khirkan sembahyang isyak hingga bahawa hilang oleh mega yang kuning dan yang putih. Haramlah sembahyang yang tiada baginya sebab yang terdahulu dan yang tiada beserta apa-apa pada lima waktu, pertama pada ketika terbit matahari sehingga naik matahari sekadar satu mabak (segalah), dan kedua pada ketika rembang matahari pada bukan hari jumaat hingga gelincir, dan ketiga pada ketika kuning matahari hingga masuk matahari, keempat sesudahnya sembahyang subuh sehingga terbit matahari, dan kelima sesudahnya sembahyang asar hingga masuk matahari. Bermula diamnya sembahyang itu enam, pertama antara takbiratul ihram dan doa iftitah, dan kedua antara doa iftitah dan ta'awwuz, dan ketiga antara ta'awwuz dan fatihah, dan keempat antara akhir fatihah dan amin, dan kelima antara amin dan surah, dan keenam antara surah dan rukuk. Bermula segala rukun yang mesti padanya diam itu empat, pertama rukuk, dan kedua i'tidal, dan ketiga sujud, dan keempat duduk antara dua sujud. Bermula ertinya tama'ninah iaitu diam sesudahnya bergerak dengan sekira-kira diam tetap oleh tiap-tiap anggota pada tempatnya dengan sekadar subhanAllah. Bermula segala sebab sujud sahwi itu empat, bermula yang pertama itu meninggalkan setengah daripada segala sunat ab'ad sembahyang atau meninggal setengah daripada sunat ab'ad seperti meninggalkan ملؤ kalimah daripada qunut, yang kedua membuat akan barang yang batal oleh sengajanya dan tiada batal oleh lupanya apabila membuat ia akan dia pada hal lupa, yang ketiga memindahkan rukun qauli kepada yang bukan tempatnya, yang keempat itu jatuh rukun fi'li serta di-ihtimal lebihnya. Bermula segala sunat ab'ad sembahyang itu tujuh, pertama tasyahhud awal, dan kedua duduknya, dan ketiga membaca selawat atas Nabi saw pada tasyahhud awal, dan keempat membaca selawat atas keluarganya di tasyahhud akhir, dan kelima membaca qunut, dan keenam berdiri ketika qunut, dan ketujuh membaca selawat dan membaca taslim atas nabi saw dan atas keluarganya dan sahabatnya di dalam qunut. Batal oleh sembahyang dengan empat belas perkara, pertama dengan sebab berhadas kecil atau besar, dan kedua kejaTuhan najis jika tiada dijatuhkan pada ketika itu daripada ketiadaan pikul tanggung (pikul), dan ketiga terbuka aurat jika tiada ditutup pada ketika itu, dan keempat ngomong (bertutur) dengan dua huruf atau satu huruf yang difaham pada hal sengaja, dan kelima memakan sedikit pada hal sengaja, dan keenam memakan yang banyak pada hal lupa, dan ketujuh bergerak-gerak tiga kali berturut-turut dan sekalipun lupa, dan kedelapan lompat yang keji, dan kesembilan memukul yang keras, dan kesepuluh menambahkan satu rukun fi'li pada hal dengan sengaja, dan kesebelas terdahulu atas imamnya dengan dua rukun fi'li, dan kedua belas ketinggalan dengan dua rukun fi'li dengan tiada uzur, dan ketiga belas niat memutuskan sembahyang atau menggantungkan memutuskan sembahyang dengan sesuatu, dan keempat belas pergi datang fikiran pada memutuskan sembahyang. Bermula yang mesti padanya niat menjadi imam itu empat, pertama sembahyang jumaat, dan kedua sembahyang lima waktu yang diulangkan, dan ketiga sembahyang dinazarkan akan jamaah, dan keempat sembahyang jamak taqdim pada ketika hujan. Bermula segala syarat ikut imam itu sebelas, pertama bahawa jangan menyangka ia akan batal sembahyang imamnya dengan berhadas atau lainnya, dan kedua bahawa jangan beriktikad ia akan wajib qadha sembahyang atas imam, dan ketiga bahawa jangan ada yang diikut itu makmum, dan keempat jangan mengikut makmum yang bagus bacaannya akan imam yang jelek (tak bagus) bacaannya, dan kelima bahawa jangan lebih dahulu makmum atas imam pada tempat, dan keenam bahawa mengetahui makmum akan pindahnya imamnya, dan ketujuh bahawa berhimpun makmum dan imam pada masjid atau berhimpun pada jauhnya tiga ratus hasta lebih kurang, dan kedelapan bahawa berniat makmum akan mengikut atau niat berjamaah, dan kesembilan bahawa muafakat oleh aturan sembahyang keduanya jangan imamnya sembahyang kusuf makmumnya sembahyang maktubah, dan kesepuluh bahawa jangan tiada menurut ia imam pada bekerja sunat-sunat yang keji pada tiada menurutnya seperti لما sujud tilawah kita tiada ikut, dan kesebelas bahawa mengikut makmum akan imam yakni jangan دلم belum belum takbir makmum. Bermula segala macam-macam perikutan itu sembilan, adalah yang sah diikut ada lima macam, pertama mengikut laki-laki dengan laki-laki, dan kedua mengikut perempuan dengan laki-laki, dan ketiga mengikut banci (كدي) dengan laki-laki, dan keempat mengikut perempuan dengan banci (كدي) dan kelima mengikut perempuan dengan perempuan, dan tiada sah mengikut ada empat, pertama mengikut laki-laki dengan perempuan, dan kedua mengikut laki-laki dengan banci (كدي), dan ketiga mengikut banci (كدي) dengan perempuan, dan keempat mengikut banci dengan banci. Bermula segala syarat jamak takdim itu empat, pertama semulakan dengan yang mempunyai waktu, dan kedua niat jamak pada sembahyang yang pertama, dan ketiga berturut-turut antara dua sembahyang, dan keempat berkekalan uzur hingga takbiratul ihram yang kedua. Bermula segala syarat jamak ta'khir itu dua, pertama niat menta'khirkan di dalam waktu yang awal dan sesungguhnya berkekalan daripada waktu yang pertama akan ....nya bersembahyang tamam atau qasar, dan kedua berkekalan uzur hingga sempurna sembahyang yang kedua. Bermula segala syarat qasar itu tujuh, pertama bahawa ada perlayarannya itu dua marhalah yakni sembilan puluh fal, dan kedua bahawa ada perlayarannya itu harus, dan ketiga mengetahui dengan harus qasar, dan keempat niat qasar pada ketika takbiratul ihram, dan kelima bahawa ada sembahyang yang bangsa empat raka'at, dan keenam kekalnya perlayaran hingga sempurna sembahyang, dan ketujuh bahawa jangan mengikut orang yang qasar akan orang yang pada satu juzuk daripada sembahyangnya sekalipun. Bermula segala syarat jumaat itu enam, pertama bahawa ada sekelian orang yang sembahyang jumaat di dalam waktu zohor, dan kedua bahawa ada dirikan jumaat di dalam gurisnya negeri, dan ketiga bahawa disembahyangkan jumaat pada hal berjamaah, dan keempat bahawa ada mereka itu yang sembahyang jumaat empat puluh orang yang merdeka lagi laki-laki lagi baligh lagi yang berumah-rumah, dan kelima bahawa jangan keduluan jumaah dan jangan berbareng (beserta jumaah) akan jumaat yang demikian itu negeri, dan keenam bahawa hendak dahulunya jumaat ada itu dua khutbah. Bermula segala rukun dua khutbah itu lima, pertama membaca alhamdulillah di dalam dua-dua khutbah, dan kedua membaca selawat atas nabi saw di dalam dua khutbah, dan ketiga wasiat bittaqwa di dalam dua khutbah, dan keempat membaca ayat daripada quran pada salah suatu daripada dua khutbah, dan kelima doa bagi orang mukmin (laki-laki) dan orang yang mukminat (perempuan) di khutbah yang akhir. Bermula segala syarat dua khutbah itu sepuluh, pertama suci daripada dua hadas kecil dan hadas besar, dan kedua suci daripada najis di dalam pakaian dan badannya dan tempat, dan ketiga menutup aurat, dan keempat berdiri atas yang kuasa, dan kelima duduk antara dua khutbah lamahan (di atas) sedikit daripada tamakninah sembahyang, dan keenam berturut-turut antara dua khutbah, dan ketujuh berturut-turut antara dua khutbah dan antara sembahyang, dan kedelapan bahawa ada dua khutbah dengan bahasa arab, dan kesembilan bahawa mendengarnya ia akan musolli akan dua khutbah akan empat puluh orang, dan kesepuluh bahawa ada sekelian jumaat di dalam waktu zohor. Ini suatu fasal yang lazim bagi mayat itu empat perkara, pertama memandikannya dan mengkafankannya, dan ketiga sembahyangkan atasnya, dan keempat tanamnya. Bermula sekurang-kurang memandikan mayat meratakan badannya dengan air, dan bermula sempurnanya bahawa memandikan ia ghasil akan qubul dan dubur, dan bahawa menghilangkan ia ghasil akan cemar-cemar daripada hidungnya, dan bahawa mengambil air sembahyang ia ghasil akan mayat, dan bahawa menggosok ia ghasil akan badannya mayat dengan daun bidara, dan bahawa menuangkan ia ghasil akan air atas mayat tiga kali. Bermula sekurang-kurang bungkus (kafan) itu satu kain yang meratakan ia tsaub akan mayat, dan bermula yang terlebih sempurnanya bungkusnya bagi laki-laki itu tiga lipat dan bagi perempuan pakai qamis dan telekung dan kain dan dua lipat. Bermula segala rukun sembahyang jenazah itu tujuh, yang pertama niat, yang kedua itu empat takbir, yang ketiga itu berdiri atas orang yang kuasa, yang keempat itu membaca fatihah, yang kelima selawat atas nabi saw sesudahnya takbir yang kedua, yang keenam baca doa bagi mayat sesudahnya takbir yang ketiga, yang ketujuh memberi salam sesudahnya takbir yang keempat. Bermula sekurang-kurang tanam mayat lubang yang menitupkan ia lubang akan bahunya mayat dan terpeliharanya daripada binatang yang buas-buas, dan bermula sempurnanya lubang itu seperdirian dan sepanjangnya tangan yang didirikan oleh orang yang sedang kecediyaan dan dihantarkan orang akan pipi mayat atas debu, dan wajib oleh menghadapkannya mayat kepada kiblat. Digali orang akan mayat bagi empat perkara, pertama kerana hendak memandikan mayat apabila tidak berubah mayat itu, dan kedua kerana menghadapkan ke kiblat, dan ketiga kerana mengambil harta apabila ditanam itu harta beserta mayat, dan keempat kerana melihat perempuan apabila ditanam akan anaknya yang ada di dalam perut sertanya. Dan boleh ditakbir hidupnya dengan sekira-kira sudah dalam bulan, bermula perkara minta tolong itu ada empat perkara, pertama harus, dan kedua khilaf al-ula, dan ketiga makruh, dan keempat wajib, maka bermula yang harus minta tolong iaitu minta tolong dekatkan akan air, dan bermula khilaf al-ula iaitu minta tolong tuangkan air atas umpama orang yang mengambil air sembahyang, dan bermula yang makruh iaitu minta tolong bagi orang yang hendak membasuh akan sekelian anggotanya, dan bermula yang wajib iaitu minta tolong bagi orang yang sakit pada ketika lemah. Bermula segala harta yang wajib padanya harta oleh zakat itu enam macam, pertama segala binatang, dan kedua emas dan perak, dan ketiga segala tumbuh-tumbuh, dan keempat harta dagangan, dan kelima dapat harta tanam orang dahulunya, dan keenam mas perak dari bumi yang Allah Taala jadikan. Bermula ini suatu fasal wajib oleh puasa ramadan dengan salah suatu daripada segala perkara yang lima, bermula satu daripada yang lima itu dengan sempurna bulan sya'ban tiga puluh hari, dan yang keduanya dengan sebab melihat satu haribulan sya'ban pada hak si mana yang melihat akan hilal dan sekalipun ada orang yang melihat itu fasiq, dan yang ketiganya itu menerima akan orang yang melihat akan satu haribulan pada hak orang yang tiada melihat akan satu haribulan dengan sentiasa ada adil syahadah bukan adil riwayah iaitu budak dan perempuan, dan yang keempatnya itu dengan sebab mekhabarkan adil riwayah yang sudah dipercayai dengan dia seperti bininya atau gundiknya atau temannya samada jatuh di dalam hati oleh membenarkannya atau tiada atau yang tiada dipercayai dengan dia jika jatuh di dalam hati oleh membenarkannya, dan yang kelimanya itu dengan sebab zhann masuk bulan ramadan dengan sungguh-sungguh pada orang yang tersamar atasnya oleh yang demikian itu. Bermula ini suatu fasal, bermula syarat sahnya puasa itu empat perkara, pertama Islam, dan kedua ada akal, dan ketiga bersih daripada seumpama haidh, dan keempat mengetahui dengan ada waktu itu menerima bagi puasa. Bermula ini suatu fasal, bermula segala syarat wajibnya itu lima perkara, pertama Islam, dan kedua mukallaf, dan ketiga kuasa, dan keempat sihat, dan kelima mukim. Ini suatu fasal, bermula rukunnya puasa itu tiga perkara, pertama niat pada waktu malam bagi tiap-tiap hari pada puasa fardu, dan kedua meninggalkan makan pada ketika ingat ia lagi ikhtiar ia lagi bukan bodoh yang diuzurkan, dan yang ketiga orang yang puasa diitung saim.... Ini suatu fasal, dan wajib serta qada bagi puasa oleh kaffarah yang besar dan pukul دبواهن فولولن had atas orang yang merosakkan puasanya pada bulan ramadan sehari yang cukup dengan sebab jimak yang sempurna lagi dosa dengan dia bagi puasa dan wajib serta qada oleh imsak yakni tahan bagi puasa pada enam tempat, bermula yang pertama itu pada bulan ramadan tiada wajib imsak pada lain daripada bulan ramadan atas orang yang sengaja dengan makannya, dan yang keduanya itu atas orang yang meninggalkan niat pada waktu malam pada puasa fardu, dan yang ketiga itu atas orang yang sahur pada hal menyangka ia akan kekal malam maka nyata oleh salahnya, dan yang keempat itu atas orang yang buka pada hal menyangka ia sudah masuk matahari maka nyata oleh salahnya pula, dan yang kelima itu atas orang yang nyata baginya hari tiga puluh daripada bulan sya'ban bahawasanya itu hari daripada bulan ramadan, dan yang keenam itu atas orang yang terlanjur akan dia oleh air yang bersangatan daripada kumur-kumur dan masukkan air di hidung. Ini suatu fasal batal oleh puasa dengan sebab murtad dan dengan sebab haidh dan dengan sebab nifas atau sebab beranak dan dengan sebab gila dan sekalipun ada gila itu sebentaran dan dengan sebab ianya .... dengan sebab mabuk yang disengaja dengan dia jika rata ianya dan mabuk sekelian harinya. Ini satu fasal, bermula boleh makan pada bulan ramadan itu empat macam, pertama wajib seperti pada perempuan yang haidh dan nifas, dan kedua harus seperti pada orang yang berlayar dan orang yang sakit, dan yang ketiga tiada wajib dan tiada harus seperti pada orang yang gila, dan keempat haram seperti pada orang yang menta'khirkan qada ramadan serta boleh ia qada tetapi belum juga ia qada sehingga يجق oleh waktunya daripadanya. Dan bermula bahagian buka itu empat pula, pertama barang yang mesti padanya qada dan fidyah dan iaitu dua, yang pertama buka kerana takut .... atas lain daripada dirinya seperti sulung ... yang dihormati, dan kedua buka serta menta'khirkan ia akan qada'nya serta boleh ia bayar qada .... belum juga ia qada sehingga sampai bulan ramadan yang lain,dan yang kedua barang yang mesti padanya qada tiada mesti fidyah dan iaitu banyak seperti ianya atasnya ada lupa niat dan sengaja buka bukan lantaran jimak, dan yang ketiga barang yang mesti padanya fidyat tiada mesti qada dan iaitu orang tua yang sudah tiada kuat, dan yang keempat tiada wajib qada dan tiada wajib bayar fidyah iaitu orang gila yang tiada sengaja dengan gilanya. Ini satu fasal, bermula yang tiada jadi batal puasa barang yang sampai kepada rongga itu tujuh suku, bermula yang pertama dan kedua dan ketiga barang yang sampai kepada rongga dengan sebab lupa atau bodoh atau tergagah, dan yang keempat dengan sebab berjalan ludah pada barang yang antara segala giginya walhal lemah ia daripada menepikannya (meludahkannya) kerana uzurnya, dan kelima barang yang sampai ia kepada rongga walhal ada ia barang itu .... jalan, dan yang keenam dan ketujuh barang yang sampai ia kepada rongga walhal ada ia barang .... (...) .... atau lalat yang terbang atau seumpama lalat. Dan bermula Allah Taala itu amat mengetahui dengan barang yang benar. Kami minta akan Allah yang amat murah dengan sebab kebesaran pangkat nabiNya yang bagus kejadiannya akan bahawa mengeluar aku daripada dunia pada hal lagi di dalam agama Islam dan ibu bapaku dan sekelian kekasihku dan orang yang kepadaku periksa, dan bahawa mengampuni Allah Taala kepadaku dan bagi mereka itu dosa yang besar-besar dan dosa yang kecil-kecil. Dan mudah-mudahan memberi rahmat oleh Allah Taala atas penghulu kami nabi Muhammad yang anak sayyiduna abdullah yang anak sayyiduna abdul muttalib yang anak sayyiduna hasyim yang anak sayyiduna abdu manaf, pesuruh Tuhan kepada sekelian makhluk, rasul yang banyak perang, kekasih Tuhan yang dibukakan pintu rahmat lagi yang kesudahan daripada segala nabi dan sekelian keluarganya dan sahabatnya sekelian. Dan bermula segala puji itu bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam. Telah selesai dengan pertolongan Tuhan oleh matan safinatunnaja.