Page:Hikayat Bayan Budiman.djvu/3

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been proofread.

برنياݢ دلاوة مک دچتراکن اوله باين فري فائيدة اورڠ برنياݢ دلاوة مک فد کتيک ايت جوݢ داتڠله فيكر حوج ميمون هندق برلاير مک حوج ممون فون فرکيله فد استري كتاڽ هي کكاسيه‌كو كتهويکه توانهمب بهوا سݢل مانسي اين جک تياد برفنده سݢل راتڽ كرن مڠمبيل فائيده اكن منمباهي راتڽ جكلو دهمفونكن تتافي خبرڽ بشر فاࢨدهڽ دلاوة اين سݢل اورڠيڠ تياد ماو منچاري فࢨده ميڠكوة راسمي اورڠ توا٢ تياد ممبري منفعة سننتياس دراسمي‌كن اورڠ توا٢ دكنتي سفاي تياد كسكيتن اتس كيت مک سكارڠ فيكر همب هندق برلاير مک كتا استريڽ هي حوج ممون سڠكه فون بشر فائيده فرنياݢ يڠدلاوة ايت تتافي بلاڽ بشر جوݢ تيادله


berniaga di laut maka diceterakan oleh bayan peri faedah orang berniaga di laut maka pada ketika itu juga datanglah fikir khoja maymun hendak berlayar maka khoja maymun pun pergilah pada isteri katanya hai kekasihku ketahuikah tuan hamba bahawa segala manusia ini juga tiada berpindah segala [h]artanya kerana mengambil faedah akan menambahi [h]artanya jikalau dihimpunkan tetapi khabarnya besar faedahnya di laut ini segala orang yang tiada mau mencari faedah mengikut rasmi orang tua-tua tiada memberi manfaat sentiasa dirasmikan orang tua-tua diganti supaya tiada kesakitan atas kita maka sekarang fikir hamba hendak berlayar mencari faedah akan diri kita kerana ada hamba beroleh khabar besar sangat faedah pada keraja laut itu melainkan tuan hamba berilah izinnya akan hamba supaya hamba berlayar maka kata isterinya hai khoja maymun sungguh pun besar faedah perniaga yang di laut itu tetapi balanya besar juga tiadalah