Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/9

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.

kesatuan sa-kerja, pemuda pemudi, wanita golongan² kepandaian khas dan lain² lagi) sa-bagai sasaran² yang mustahak untok di-tembusi dan di0kawal oleh Komunis. Semenjak Peran Dunia yang kedua Komunis² telah berjaya memasokkan dengan berkesan sa-bilangan pertubohan² saperti Gabongan Kesatuan² Sa-kerja Dunia (W.F.T.U.), Gabongan Pemuda Pemudi Democratic Dunia dan Kesatuan Penuntut² Antara Bangsa ka-dalam kawalan-nya, lain' pertubohan, termasok Majlis Keamanan Dunia dan Gabongan Democratic Antara Bangsa bagi Wanita²―sunggoh pun pada dzahir-nya tidak berbau siasah―telah berada di-bawah kawalan Komunis semenjak dari tarikh tertuboh-nya lagi. Pertubohan² ”hadapan” Komunis antara bangsa ini tujuan-nya yang sa-benar telah di-dzahirkan oleh Giuseppe di Vittoria, sa-orang pemimpin kesatuan sa-kerja Komunis Italy yang telah berkata saperti berikut waktu berchakap sa-bagai Yang di-Pertua W.F.T.U.:

”Ada pun Gabongan Kesatuan² Sa-kerja Dunia (W.F.T.U.) itu bertujuan hendak menarek orang² dari semua party siasah; tetapi jika ia hendak mendapatkan sokongan tukang², gulongan² pertengahan, kaum tani dan cherdek pandai maka tidak-lah boleh ia di-ketahui dengan resmi sa-bagai gabongan yang di-kelolakan oleh Komunis atau Soviet.”

16. Dengan tidak menghiraukan ikhtiar mereka pada mengrahsiakan hal ini, ada-lah terang bahawa tujuan besar pertubohan² ini ia-lah berusaha supaya pengaroh Komunis dapat menjalar dengan sa-berapa luas-nya ia-itu dengan melakukan penghasutan dan menyebarkan di'ayah, dengan mengadakan persidangan² antara bangsa, dan bagi pehak W.F.T.U. pula, dengan memberi bantuan wang kapada apa yang di-katakan kesatuan² sa-kerja yang “berkemajuan” atas nama “perpaduan antara bangsa” dan dengan mengadakan kursus² pelajaran dalam hal tipu muslihat kesatuan sa-kerja dari negeri² yang kurang maju. Gabongan Pemuda Pemudi Democratic Dunia dan Kesatuan Penuntut² Antara Bangsa telah juga mengadakan kemudahan² belajar di-negeri² Komunis bagi penuntut² yang di-pileh. Sa-bilangan pertubohan² hadapan Komunis antara bangsa mengirimkan ka-Tanah Melayu ini di'ayah² dan jemputan²-nya untok menghadziri achara² di-luar negeri. Gabongan Pemuda Pemudi Democratic Dunia khas-nya telah bergerak

7