Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/91

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
91
Hak Cipta


daripada pematuhan pemberitahuan balas itu oleh pemberi perkhidmatan.

(4) Pemberi perkhidmatan hendaklah—

(a) apabila diterimanya suatu pemberitahuan balas, dengan segera memberi pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) suatu salinan pemberitahuan balas itu dan memberitahu pengeluar itu bahawa bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepada bahan tersebut akan dikembalikan dalam tempoh sepuluh hari bekerja; dan
(b) mengembalikan bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepadanya tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja berikutan penerimaan pemberitahuan balas itu, melainkan jika pemberi perkhidmatan telah menerima suatu pemberitahuan lain daripada pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) bahawa dia telah memfailkan tindakan memohon perintah mahkamah untuk menahan pengeluar pemberitahuan balas di bawah subseksyen (3) daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti pelanggaran berhubungan dengan bahan di rangkaian pemberi perkhidmatan.

(5) Pemberitahuan balas hendaklah dikeluarkan kepada ejen yang ditetapkan bagi pemberi perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang berikut:

(a) tandatangan fizikal atau elektronik pelanggan;
(b) pengenalan bahan yang telah disingkirkan atau yang kepadanya capaian telah dilumpuhkan dan lokasi di mana bahan itu muncul sebelum ia disingkirkan atau capaian kepadanya dilumpuhkan;
(c) pernyataan di bawah hukuman sumpah bohong bahawa pengeluar dengan suci hati mempercayai bahawa bahan itu disingkirkan atau dilumpuhkan daripada kesilapan atau salah pengenalan bahan yang akan disingkirkan atau dilumpuhkan itu; dan
(d) nama, alamat, nombor telefon pengeluar dan pernyataan bahawa pengeluar bersetuju kepada bidang kuasa mahkamah tempat terletaknya alamat itu, atau jika alamat pengeluar adalah di luar Malaysia, di mana pemberi