Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/90

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
90
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


(b) perincian dan butiran ejen yang ditetapkan untuk menerima apa-apa aduan atau notis berkenaan dengan pengataan pelanggaran hak cipta.

(2) Ketidakpatuhan subseksyen (1) oleh pemberi perkhidmatan tidak mengehakkan pemberi perkhidmatan itu untuk bergantung kepada perlindungan yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini.


Pemberitahuan oleh pemunya hak cipta dan kesannya


43H. (1) Jika suatu salinan elektronik apa-apa karya yang boleh dicapai dalam suatu rangkaian melanggar hak cipta sesuatu karya, pemunya hak cipta yang telah dilanggar itu boleh memberitahu pemberi perkhidmatan rangkaian itu mengenai pelanggaran sedemikian dengan mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan untuk menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik itu di rangkaian pemberi perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa pemunya hak cipta itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit daripada pematuhan pemberitahuan itu oleh pemberi perkhidmatan.

(2) Pemberi perkhidmatan yang telah menerima pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik yang melanggar itu di rangkaiannya tidak lewat daripada empat puluh lapan jam dari masa pemberitahuan itu diterima.

(3) Orang yang salinan elektronik karyanya telah disingkirkan atau capaian kepadanya telah dilumpuhkan menurut subseksyen (2) boleh mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan balas mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan itu mengembalikan salinan elektronik itu atau capaian kepadanya di rangkaian utama pemberi perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa orang itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit