Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/86

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
86
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


(b) supaya menamatkan akaun tertentu itu.


Sistem caching


43D. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta bagi pembuatan apa-apa salinan elektronik karya di rangkaian utamanya jika ia—

(a) daripada suatu salinan elektronik karya yang tersedia di suatu rangkaian pemula;
(b) melalui suatu proses automatik;
(c) tindak balas kepada suatu tindakan oleh pengguna rangkaian utamanya; atau
(d) bagi memudahkan capaian efisien kepada karya oleh seseorang pengguna:
Dengan syarat bahawa—
(A) pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian substantif, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik semasa pemancaran salinan itu kepada pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain; dan
(B) pemberi perkhidmatan memenuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri berhubungan dengan—
(i) capaian kepada salinan elektronik oleh pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
(ii) penyegaran semula, muatan semula atau pengemaskinian salinan elektronik itu; dan
(iii) ketiadaan gangguan terhadap teknologi yang digunakan di rangkaian pemula untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan apa-apa karya di rangkaian pemula, yang merupakan teknologi yang konsisten dengan standard industri di Malaysia.