Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/85

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
85
Hak Cipta



Pemancaran, penghalaan dan pengadaan penyambungan


43C. (1) Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan bagi pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya jika pelanggaran itu berlaku oleh sebab—

(a) pemancaran atau penghalaan, atau pengadaan penyambungan, oleh pemberi perkhidmatan bagi salinan elektronik karya itu melalui rangkaian utamanya; atau
(b) apa-apa storan fana salinan elektronik karya itu oleh pemberi perkhidmatan dalam perjalanan pemancaran, penghalaan atau pengadaan penyambungan itu:
Dengan syarat bahawa—
(A) pemancaran salinan elektronik karya itu dimulakan oleh atau atas arahan seseorang selain pemberi perkhidmatan;
(B) pemancaran, penghalaan, pengadaan penyambungan atau storan dijalankan melalui suatu proses teknikal automatik tanpa apa-apa pemilihan salinan elektronik karya oleh pemberi perkhidmatan;
(C) pemberi perkhidmatan tidak memilih penerima salinan elektronik karya kecuali sebagai jawapan automatik kepada permintaan seseorang lain; atau
(D) pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik karya itu semasa pemancarannya melalui rangkaian utama.

(2) Jika bahan langgaran telah dikenal pasti sebagai berasal dari suatu lokasi atas talian di luar Malaysia atau daripada suatu akaun tertentu dan jika mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen (1) terpakai bagi pemberi perkhidmatan, mahkamah boleh memerintahkan pemberi perkhidmatan—

(a) supaya mengambil langkah yang munasabah untuk melumpuhkan capaian kepada suatu lokasi atas talian yang secara fizikalnya terletak di luar Malaysia; atau