Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/82

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
82
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


mengendalikan sumpah oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang mengaku bahawa dia ialah—

(a) pemunya hak cipta mengenai mana-mana karya yang layak dilindungi oleh hak cipta di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa—
(i) pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak cipta wujud mengenai karya itu;
(ii) dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan
(iii) satu salinan karya itu yang disertakan bersama-sama afidavit atau akaun berkanun itu adalah salinan asal karya itu; atau
(b) pelaku dalam persembahan yang layak dilindungi oleh hak pelaku di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa—
(i) pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak pelaku wujud mengenai persembahan itu;
(ii) dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pelaku itu; dan
(iii) satu salinan dokumen yang disertakan bersamasama afidavit atau akuan berkanun itu adalah dokumen yang membuktikan bahawa dia atau orang yang dinamakan di dalamnya telah membuat persembahan dalam persembahan itu,


bolehlah diterima sebagai keterangan di dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang terkandung di dalamnya.

(2) Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemunya hak cipta atau pelaku bagi maksud subseksyen (1) adalah dikehendaki menunjukkan kuasa secara bertulis yang membenarkannya bertindak sedemikian.

(3) (Dipotong oleh Akta A1082).