Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/81

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
81
Hak Cipta


(4) Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau bermaksud untuk bertindak dalam apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.


Pengkompaunan kesalahan


41A. (1) Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengawal secara bertulis boleh dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.

(2) Setelah menerima bayaran di bawah subseksyen (1), tiada prosiding lanjut boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu dan jika milikan apa-apa barang telah diambil, barang itu boleh dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat pengkompaunan itu.

(3) (Dipotong oleh Akta A1139).


Afidavit boleh diterima dalam keterangan


42. (1) Afidavit, petikan yang diperakui sah daripada Daftar Hak Cipta yang disebut dalam seksyen 26B atau akuan berkanun yang dibuat di hadapan mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk