Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/80

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
80
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


(ii) dalam hal kesalahan di bawah perenggan (g) dan (ha), *didenda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya **didenda tidak kurang daripada lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada lapan puluh ribu ringgit bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya;
(iii) dalam hal kesalahan di bawah perenggan (h), (i) dan (j), didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi ***lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi †sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud perenggan 1(a) hingga (f), mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya tiga atau lebih salinan langgaran sesuatu karya atau rakaman dalam bentuk yang sama, hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap memiliki atau mengimport salinan tersebut bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian atau domestik.

(3) Mana-mana orang yang menyebabkan sesuatu karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem dipertunjukkan di hadapan awam, melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengagakkan bahawa hak cipta akan atau mungkin dilanggar. *CATATAN—Dahulunya "denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit"–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].

**CATATAN—Dahulunya "denda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit"–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].

***CATATAN—Dahulunya "tiga tahun"–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].

CATATAN—Dahulunya "lima tahun"–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].