Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/77

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
77
Hak Cipta


memberi notis bertulis mengenai penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya salinan langgaran jika diketahui, sama ada dengan sendiri menyerahkan notis itu kepadanya atau dengan pos di tempat kediamannya, jika diketahui:

Dengan syarat bahawa notis tersebut tidaklah dikehendaki diberi jika penyitaan dibuat pada orang itu atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, atau dalam hal suatu vesel atau kapal udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(8) Salinan langgaran boleh kena dirampas seolah-olah ia barang larangan di bawah undang-undang berhubungan dengan Kastam.

(9) Menteri boleh membuat peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud seksyen ini.


Pemakaian seksyen 36, 37, 38 dan 39 bagi hak pelaku


39A. (1) Seksyen 36, 37, 38 dan 39 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi hak pelaku.


Salinan sokong program komputer


40. (1) Walau apa pun apa-apa syarat kontrak yang nyata yang sebaliknya, hak cipta mengenai sesuatu karya sastera dalam bentuk sesuatu program komputer tidak dilanggar dengan pembuatan suatu pengeluaran semula karya itu atau program komputer sebagai penyesuaian karya itu, jika—

(a) pengeluaran semula itu dibuat oleh, atau bagi pihak, pemunya salinan itu (dalam seksyen ini disebut "salinan asal") dari mana pengeluaran semula itu dibuat; dan
(b) pengeluaran semula itu dibuat bagi maksud digunakan, oleh atau bagi pihak pemunya salinan asal sahaja, sebagai ganti salinan asal jika salinan asal itu hilang, musnah atau telah tidak digunakan.