Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/76

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
76
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


(2A) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah memutuskan permohonan itu dan Pengawal hendaklah dalam tempoh yang munasabah memberitahu pemohon dengan notis bertulis sama ada permohonan itu diluluskan dan menyatakan tempoh salinan itu akan dianggap sebagai salinan langgaran.

(3) Jika permohonan itu diluluskan oleh Pengawal berkenaan dengan sesuatu karya dan permohonan itu tidak ditarik balik, pengimportan apa-apa salinan langgaran ke dalam Malaysia sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu adalah dilarang:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi pengimportan apa-apa salinan oleh seseorang bagi kegunaan persendirian dan domestiknya.

(4) (Dipotong oleh Akta A1082).

(5) Pengawal hendaklah menghendaki mana-mana orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a) supaya mendepositkan cagaran yang pada pendapat Pengawal adalah mencukupi untuk membayar ganti Kerajaan bagi apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung berikutan dengan penahanan pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu apa-apa salinan langgaran atau berikutan dengan apa-apa jua yang dilakukan berhubungan dengan salinan yang ditahan itu; dan
(b) sama ada atau tidak cagaran diberikan, supaya sentiasa mengganti rugi Pengawal terhadap apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a).

(6) Mana-mana Penolong Pengawal, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai Kastam boleh mencari dan menyita mana-mana salinan langgaran yang dilarang daripada diimport ke dalam Malaysia di bawah subseksyen (3).

(7) Apabila mana-mana salinan langgaran disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan segera