Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/71

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
71
Hak Cipta


seksyen ini kepada apa-apa ganti rugi terhadap defendan berkenaan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang yang dilakukan itu, tetapi hendaklah berhak kepada suatu akaun keuntungan atau ganti rugi statutori sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak di bawah seksyen ini.

(7) Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini pelanggaran hak cipta atau pelakuan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B dipastikan, mahkamah boleh, dalam menilai ganti rugi bagi pelanggaran atau pelakuan perbuatan yang dilarang itu, mengaward apa-apa ganti rugi tambahan yang difikirkannya patut dalam hal keadaan itu jika ia berpuas hati bahawa adalah patut untuk berbuat demikian dengan mengambil kira—

(a) bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
(b) apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; dan
(c) semua perkara lain yang berkaitan.

(8) Dalam mengaward ganti rugi statutori di bawah perenggan (1)(d), mahkamah hendaklah mengambil kira—

(a) sifat dan maksud perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu, termasuk sama ada perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu bersifat komersial atau selainnya;
(b) bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
(c) sama ada defendan bertindak dengan niat jahat;
(d) apa-apa kerugian yang dialami oleh plaintif atau berkemungkinan akan dialami oleh plaintif oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
(e) apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan atas sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
(f) kelakuan pihak-pihak sebelum dan semasa prosiding;