Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/70

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page has been validated.
70
AKTA 332
Undang-Undang Malaysia


Tindakan pemunya hak cipta dan relif

37. (1) Tindakan terhadap pelanggaran hak cipta dan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A dan 36B bolehlah diambil tindakan atas guaman pemunya hak cipta itu dan, dalam apa-apa tindakan bagi pelanggaran atau perbuatan yang dilarang sedemikian, mahkamah boleh memberikan jenis relief yang berikut:

(a) suatu perintah injunksi;
(b) ganti rugi;
(c) suatu akaun keuntungan;
(d) ganti rugi statutori yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi setiap karya, tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya; atau
(e) apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), semua relief boleh didapati oleh plaintif dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen 36A(3) kecuali ganti rugi statutori.

(3) Dalam membuat sesuatu award di bawah perenggan (1)(b), mahkamah boleh juga membuat perintah di bawah perenggan (1)(c) bagi suatu akaun apa-apa keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu yang tidak diambil kira dalam mengira ganti rugi.

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jenis relief yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) adalah berbeza sama sekali.

(5) Bagi maksud perenggan (1)(d), semua bahagian sesuatu karya kolektif hendaklah dikira sebagai satu karya.

(6) Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini telah dipastikan bahawa suatu pelanggaran atau perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B telah dilakukan tetapi juga telah dipastikan bahawa pada masa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dilakukan defendan tidak menyedari, dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki, bahawa perbuatan itu ialah suatu pelanggaran hak cipta atau dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B, plaintif tidaklah berhak di bawah